Kematian Boleh Datang Tiba-tiba Tanpa Sebab, Tanpa Isyarat

Kongsikan kepada yang lain
Share

BALIK KE NEGARA ASAL

KAFILAH demi kafilah telah balik ke negara asal

Ada yang berombongan ada yang bersendirian

Setiap hari kafilah manusia balik berbondong-bondong Setelah berdagang dan berkelana di negara fana

Ada yang telah bersedia balik, ada yang tidak

Tapi dipaksa pulang, tempohnya sudah habis Berbagai-bagai barang dagangan yang dibawa pulang Dengan harapan senang hidup di negara sendiri

Tapi malang sampai di border telah kena tahan

Kerana di sempadan semua barang digelidah

oleh kastam dan imegresen Rabbul Jalil

Ramailah manusia yang tersadai di sempadan Kerana terbawa barang larangan di negara abadi

Di sana ditengking, diherdik, dipukul dan dibelasah Justeru membawa balik barang-barang salah

Aduh, ramai manusia tersadai di border

Menyesal tidak sudah membawa barang

yang tidak berfaedah

Di waktu berdagang tidak prihatin dengan undang-undang Selalu sahaja melanggar peraturan negara

Setelah di sempadan baru sedar barang salah

Sesal dahulu pendapatan,

sesal kemudian tiada berguna lagi

Abu Wadud

Klik Gambar untuk tonton video. Jangan lupa share, like dan subscribe untuk manfaat orang lain.
Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *