Jumpa lagi Mesir…

Kongsikan kepada yang lain
Share
Pejabat pentadbiran Universiti Al Azhar

Salam ceria.

Malam tadi Wada’ dengan YBM Tuan PE, Dato’ CEO, Tuan Rizal RPU, Tuan Suhaimi, En Nazif, Ibu Gina dan Ibu Picah. Tuan Hasnan dan Ibu Ju, lebih awal keluar. Tak dan wada’. Tn PE dan rombongan ke Jakarta, transit Dubai. Dato’ CEO dan rombongan ke KL. Tn Hasnan ke Bangkok. Begitulah tuntutan tugas. Masing-masing kembali untuk menyambung tugas. Di zon Madinah-masing. Anjang balik Amman la. Balik seorang je sebab tak ada siapa yang transit Jordan.

Sempat duduk-duduk dengan YBM PE, PLP dan CEO sebelum mereka berpisah dan selama di sini. Entah bila akan bertemu. Sangat berkat. Bertemu saling bercerita tentang kemenangan Islam. Tentang bantuan Allah. Tentang dunia Islam yang perlu kekuatan roh. Tentang musuh Allah yang semakin Allah lemahkan.

Tiada kejian. Tiada umpatan. Tiada meninggi suara. Tiada bertegang urat. Tiada menghina. Tiada berbangga-bangga dengan pendapat.

Yang ada merujuk. Melapor. Meminta nasihat. Perbincangan. Kurang bercakap. Banyak mendengar. Penekanan tentang roh. Taubat dari dosa. Bertukar pendapat mengenai semua perkara. Menyelesaikan masalah zon, anak buah, simpati. Saling bercerita perkembangan. Bersyukur dengan nikmat jemaah dan mengeluarkan hikmah permusafiran. Indahnya hidup begini. Pemimpin sebagai berwatak ayah, ibu, kawan, guru dan pemimpin.

Bukan tiada ketawa, tetapi tidak sampai berlalai-lalai. Serius bukan muka tegang memanjang dan mata bajet-bajet jegil tapi serius itu dalam hal membela perjuangan, follow up semua tugasan dan menjaga ibadah. Sebab itu bilangan ahli sentiasa diupdate dalam kepala.

Yang paling penting dalam perjuangan, jaga hubungan dengan pemimpin. Pemimpin orang mukmin itu siapa? Allah, Rasulullah dan orang-orang mukmin.

Duduk-duduk dengan para pemimpin GISBH amo kita diingatkan tentang sembahyang. Sembahyang kena jaga. Kena awal waktu. Kena biasakan. Kalau tak terbiasa, akan sembahyang lewat. Itu tanda tak besarkan sembahyang. Inilah pertarungan kita setiap hari. Gagalnya kita nak jaga waktu sembahyang. Gagal nak mujahadah. Sebab itu susah kita nak istiqomah.

Dalam pertarungan dengan nafsu, kena letakkan diri kita sebagai hamba dan khadam apatah lagi sebagai umat Nabi Muhammad. Kalau kita dah terbiasa lewat, kita akan kekal perangai begitu sehinggalah ke tua. Dah tua susah nak berubah. Sebab itu kena latih dari muda lagi. Masa remaja ini la kena latih. Paling minimum awal waktu itu, ketika azan kita sudah berwudhu’. Sebagai hamba, kita kena tunggu Tuhan. Bukan dah azan, dah dipanggil baru datang. Lagi-lagilah dah panggil pun tak datang-datang. Mana rasa hamba kita? Sebab itu kena kira bilangan kita, bagi cukup di depan Allah.

Sembahyang kena berjemaah, lurus saf, serentak pergerakan. Kena faham makna bacaan dan simbolik pergerakan. Hamba, bawalah rasa hamba! Nak berjanji depan Tuhan ni. Tuhan tuntut janji-janji nak hidup mati untuk dan keranaNya. Patutnya ketakutan yang menguasai kita selepas sembahyang mengingatkan janji-janji yang entah ribuan kali telah diulang-ulang di hadapan Allah sedangkan belum benar-benar di tunaikan di dalam kehidupan.

Mulakan menjaga sembahyang itu dengan memperkemaskan wudhu’. Wudhu’ kalau cincai nanti syaitan mencelah. Itu yang akan mudah menarik fikiran kita ketika sembahyang. Syaitan mencelah di setiap anggota wudhu’ kita. Ini yang paling besar. Ini kena jaga. Jaga dari wudhu’ lagi.

Lepas sembahyang jaga wirid kita. Wirid apapun kena buat dengan Istiqamah. Tak cukup Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar 33 kali. Makan nak lauk, sayur, kuah, sup, buah-buahan, sambal, pencuci mulut, air panas, air sejuk bagai. Tapi ibadah nak buat yang wajib je. Kena la tambah wirid zikir dan istiqamah. Inilah yang boleh buatkan kita bertahan dalam perjuangan atas keberkatan adalah kerana wirid. Dah wajib istiqamah berwirid. Kalau lepas sembahyang, cepat je nak bangun, itu ikut syaitan. Jangan berbohong pada diri. Nak wirid ketika kerja. Temberang je. Bawa tasbih semasa bekerja. Macam orang timur tengah ni, bawa tasbih merata-rata. Bila menari, tasbih diputar-putar jadi alat hiburan pula. Kalau cincai-cincai wirid memang kehidupan kita tak sempurna walaupun ada berwirid.

Isshh. Tak duduk-duduk dengan pemimpin, tak dapat Mutiara-Mutiara macam ni. Ok la, AM jalan dulu. Nanti di Jordan kita sambung.

Selamat Tinggal Mesir, jumpa lagi Saiyidina Husin, Imam Syafie, Darrasah, Atabah, Hayyu Sabi’, Giza…

29 tahun lalu, sampahmu begini, sekarang pun tak banyak berubah… Tolonglah ya Allah!

Jumpa lagi, debu, pasir, sampah, sampah, sampah, kotor, kotor, kotor… berubahlah!

Rindu kalian semua…

Gate G7, Cairo Airport

11.32, Okt 27, 2018

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *