Tunang Jamal Khashoggi tolak pelawaan Trump ke Rumah Putih

Kongsikan kepada yang lain
Share
Cenghiz bimbang pelawaan Presiden AS itu sekadar publisiti murahan.

ANKARA: : Tunang wartawan Arab Saudi yang mati dibunuh, Hatice Cenghiz mendedahkan bahawa beliau menolak pelawaan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump ke Rumah Putih.

Menurut Cenghiz, beliau bimbang pelawaan itu sekadar publisiti murahan.

“Trump mempelawa saya ke Rumah Putih. Tapi, saya melihat ia sebagai cara beliau untuk memenangi hati semua orang,” katanya semasa ditemubual agensi penyiaran Haberturk, semalam.

Dalam temubual itu, Cenghiz turut mendedahkan maklumat terperinci mengenai pembunuhan kejam Jamal Khashoggi.

Cenghiz turut dilihat berhenti beberapa kali sambil menahan air mata sepanjang temubual dijalankan.

Beliau menerangkan wujud kebimbangan bahawa Khashoggi mungkin diapa-apakan jika masuk ke konsulat Arab Saudi di Istanbul.

Namun, beliau berfikiran positif dan percaya tunangnya tidak akan ditangkap atau dicederakan di bumi Turki.

Keyakinan itu ditambah pula layanan baik kakitangan konsulat berkenaan semasa kunjungan Khashoggi pada akhir September.

Sejak dilaporkan tidak keluar dari pejabat konsulat Arab Saudi di Istanbul pada 2 Oktober lalu, Riyadh mengeluarkan pelbagai versi kenyataan mengelirukan dengan yang pertama mendakwa Khashoggi telah meninggalkan bangunan konsulat itu sebaik urusannya selesai.

Berikutan desakan dan tekanan pelbagai pihak, khususnya daripada Ankara, Riyadh kemudian mengakui Khashoggi ‘meninggal dunia’ di pejabat konsulat itu selepas terbabit dalam pergaduhan dengan pihak yang menemui beliau.

Bagaimanapun, susulan pendedahan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan bahawa Ankara mempunyai bukti kolumnis akhbar The Washington Post yang juga rakyat Arab Saudi itu mati dibunuh, Riyadh sekali lagi mengeluarkan kenyataan bercanggah daripada yang terdahulu.

Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman menyifatkan pembunuhan Khashoggi sebagai perbuatan kejam dan berjanji akan mengambil tindakan tegas terhadap pelakunya.

Setakat ini, Arab Saudi sudah menangkap 18 individu dan memecat pegawai berpangkat jeneral yang terbabit dalam kes itu.

Khashoggi dipercayai dibunuh sekumpulan 15 anggota pasukan khas perisik, termasuk lima pegawai kanan yang rapat dengan Putera Mohammed, 2 Oktober lalu.

Sehingga kini, penyiasat Turki masih mencari di mana mayat Khashoggi dibuang.

Trump yang mempunyai hubungan baik dengan Arab Saudi pula seakan-akan mengambil pendekatan tunggu dan lihat berhubung pembunuhan Khashoggi. – Agensi

AM: Sebelum ni MBS bawa anak Jamal Khashoggi ke Istana dan ucap takziah. Dalam gambar tu mata anak Jamal Khashoggi memandang tajam ke arah MBS dan tangan pengawal MBS kelihatan bersiap nak memegang pistol. Pentas lakonan orang-orang politik sudah hampir berakhir. Allah buka satu persatu kejahatan mereka. Sudah tentu kebenaran sedang muncul kerana Allah mengatakan, “Apabila datang kebenaran, kebatilan akan lenyap.”

Kebatilan tampak akan jatuh, membuktikan kebenaran sedang naik. Siapakah pelopor kebenaran itu? Ia sedang naik. Ia sangat pasti sedang naik. Kerana kebatilan sedang dibongkar-bongkar oleh perancangan dan strategi mereka sendiri.

“Mereka merancang untuk menipu daya, Allah juga merancang untuk menipu mereka. Allahlah sebaik-baik Perancang.”

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *