Dato’ Ismail Kamus di Restoran Nasi Ayam Hainan Ikhwan, Seremban 2

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria.

Al Ustaz Dato’ Ismail Kamus adalah seorang tokoh ulama yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Tapi kalau tak sebut sikit-sikit takut ada remaja yang tak kenal. Atau mungkin mereka yang tidak tinggal di Malaysia kurang menghayati. Sebelum penceramah-penceramah seperti Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Nurruddin Al Banjari, Ustaz Kazim Elias terkenal, Ust Ismail Kamus telah lebih dahulu popular.

Dato’ Ustaz Ismail Kamus adalah ulama dan juga ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia. Beliau merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Selangor bertanding di atas tiket PAS. Beliau merupakan Pengasas dan Pengerusi Persatuan Perubatan Islam Darussalam Malaysia.

Dato’ Ismail Kamus mendapat pendidikan awal di Sek. Arab Batang Kali selama enam tahun sebelum ke Maahad Hisyamuddin, Kelang. Disana beliau sempat berguru dengan seorang ulama yang tersohor al-Syeikh Mahmood al-Arif al-Bukhari. Selepas menamatkan pengajian di sana, beliau melanjutkan pelajaran ke Kolej Islam Kelang dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan beliau memdapat Ijazah Sarjana Muda Syariah dengan kepujian pada tahun 1976.

Dato’ Ismail Kamus pernah menimba pengalaman sebagai guru, pegawai penyelidik dan pegawai dakwah selain bertugas selama 15 tahun di Jabatan Islam Wilayah Persekutuan(JAWI), INTAN dan Pusat Islam. Jawatan terakhir beliau ialah sebagai pakar rujuk Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS) Pusat Islam sebelum bersara secara pilihan.

Beliau juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor kawasan N17 Gombak Setia atas tiket PAS. Di dalam parti, beliau pernah memegang jawatan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat. Kini beliau berkhidmat sebagai perunding motivasi dan pendakwah bebas.

Selepas bersara daripada perkhidmatan kerajaan dan menubuhkan syarikat perkhidmatan umrah dan haji, Datuk Ismail Kamus menumpukan sepenuh masa kepada rawatan Islam. Ustaz Ismail Kamus mempelajari perubatan Islam daripada Prof. Datuk Dr. Haron Din sekitar tahun 1979 dan mula merawat pada tahun 1986.

Dato’ Ismail Kamus adalah pengasas dan pakar pengamal perubatan Islam di Darussalam. Beliau juga sebagai penasihat Persatuan Perubatan Islam Darussalam Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 2003.

Haaa itu la serba sedikit mengenai beliau. Sebenarnya AM cuma nak kongsi kedatangan beliau ke Restoran GISBH di Seremban.

Hari ini Dato’ Ismail Kamus datang untuk kali pertamanya ke Restoran Nasi Ayam Hainan Ikhwan, di Seremban 2.

Kehadiran Dato’ Ismail Kamus bersama pembantunya dan AJK Surau Rasah Kemayan seramai 6 orang.

Alhamdulillah dgn keberkatan, Dato’ sangat seronok, ceria dan teruja bila disebut bahawa semua staf GISBH adalah anak murid Ust Ashaari Muhamad. Dato’ kata Abuya adalah Senior beliau dan Dato’ juga berguru dgn Syeikh Mahmod Al Bukhary.

Wakil staf mempromosikan GISBH kepada beliau dan AJK Surau Rasah Kemayan turut juga mempromosikan GISBH kpd Dato’. Dato’ kata bolehlah GISBH tolong pasarkan produk beliau yang ada 8 jenis produk iaitu produk kesihatan dan Dato’ menghadiahkan kepada wakil GISBH 2 produknya iaitu minyak Zaitun dan Honey Lemon.

Dato’ dan AJK Surau bertanyakan Travel GISBH di luar negara dan mengatakan InsyaAllah sekiranya mereka keluar negara nak ambil pakej Travel GISBH.

Dato’ turut berdoa panjang yang diantaranya isi doanya ialah berkatilah dan majukanlah Syarikat GISBH.

Pihak GISBH juga menghadiahkan cenderahati berupa produk GISBH kepada Dato’

Keberadaan Dato’ di Restoran Hainan Ikhwan hampir satu jam setengah.

Di akhir pertemuan Dato’ dan AJK sangat seronok dan mengatakan akan datang lagi ke Cafe Ikhwan. Begitulah hasil didikan Ustaz Ashaari yang diteruskan oleh para pemimpin GISBH untuk berkhidmat sesama manusia membuahkan kasih sayang dan kerjasama dalam masyarakat Malaysia. Is jauh lebih baik dari berpolitik yang hanya banyak bercakap tanpa berbuat dan menimbulkan perpecahan di dalam masyarakat.

Jumpa lagi. Jom tonton forum remaja:

Tajuk “REMAJA MASA KINI , PEMIMPIN MASA HADAPAN”

Villa GISBH Amman

2.13pm, Okt 28, 2018

By anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

1 comment

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *