Ms Siti Jehanne, tetamu GISBH dari Autonomus Region of Muslim Mindanao, Filipina

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria.

GISBH menerima ramai tetamu-tetamu khasnya di pusat-pusat perniagaannya seperti PPI BCH. Di antara tetamu-tetamu yang hadir ialah wakil kerajaan autonomi Mindanao, Mr Radia dan Ms Siti Jehanne.

Ms Jehanne merupakan ketua wanita bagi ARMM (Autonomus Region of Muslim Mindanao) di bawah Gabenor Mujiv Hatamam yang di dalam pemerintahannya ada 7 lagi kawasan/Pulau di selatan Filipina.

Ms Jehanne mempunyai hubungan rapat dengan Timbalan Presiden Filipina sekarang Leni Robredo (wanita) kerana beliau pernah jadi City Consul di Marawi City dan sebelum itu sebagai Penolong Setiausaha di Pejabat Presiden di Istana Malacanang.

Ms Jehanne adalah lepasan Mindanao State University dan sekarang sedang mentua plan pengajian peringkat Phd. Beliau adalah seorang yang sangat berpengaruh dan kata-katanya didengari oleh masyarakat selatan Filipina.

Berasal dari keluarga yang ada nama dan kaya. Keluarganya memiliki banyak tanah. Beliau juga seorang penulis dan pakar masakan. Malah pernah dapat anugerah dalam pertandingan memasak.

Di antara kata-kata Ms Jehanne ialah ini kali pertama dia lihat sekolah Islam yang ada kumpulan bermain muzik dan mereka sangat berakhlak dan boleh menjadi baik. Bukan jadi liar. Menurutnya di tempat mereka ada sekolah-sekolah tahfiz tapi banyak aktiviti tidak dibenarkan. Jumud. Muzik bagi mereka haram. Hasilnya mereka suka memberontak dan lahirlah terorist. Dia pelik melihat watak anak-anak di GISBH. Tak sangka sekolah agama boleh melahirkan orang seperti ini.

Pagi ini mereka akan buat pembentangan di UIA Gombak dan Mr Radia akan masukkan dalam pembentangan itu antaranya apa yang beliau dapat dari GISBH.

Ketika menjawab soalan mengenai apa yang beliau lihat di GISBH, beliau menjawab, Saya Siti Jehanne. Saya seorang ketua dari Regional Muslim. Saya juga sebahagian dari Autonomus Region of Muslim Mindanao. Saya di sini bersama-sana dengan Mr Radia. Kami melawat GISB utk melihat cara hidup sebenar GISB di sudut pendidikan dan perniagaan untuk di laksanakan di Mindanao. Pagi ini kami pergi ke Pusat Latihan Remaja dan Pusat Pendidikan. Kami dapati

budak lelaki dari berbagai peringkat dari 15 tahun ke 17 tahun, remaja semuanya mengamalkan Islam dalam kehidupan. Mereka juga belajar English, belajar Bahasa, Mathematik, Sains dalam ko-kurikulum sekolah.

Semua digabungkan dan mereka amalkan pendidikan secara praktikal dalam kehidupan harian.

GISB mengamalkan Islam sebagai cara hidup. Kami dapati restoran-restoran

GISB makanannya adalah halal. Mereka memastikan makanan yang dijual dan dimakan adalah halal. Jadi untuk memastikan makanan itu halal mereka yang mengeluarkan dan membuat produk tersebut. Begitu juga makanan yang di keluarkan samada konsep Western Food atau konsep masakan Melayu.

Kami berminat dan melihat perjuangan mereka membuat semua faham supaya benar-benar menjadi seorang muslim dan amalkan kehidupan Islam. Inilah yang dibuat di GISBH .

Banyak perkara yang saya belajar dari GISBH yang boleh kami praktikkan di Mindanao.

Seperti yang saya beritahu sebelum ini rupanya masih ada di dunia ini orang-orang muda yang menjalani kehidupan orang bertakwa. Mereka bersukan, mereka bercakap, bermuzik. Mereka benar-benar ikut cara hidup Rasulullah.

Itulah ‘rahsianya’. Cara hidup yang aman dan tenang. Kamu berdakwah, berniaga dan kehidupan berkeluarga sangat berkait antara satu sama lain. Semuanya bertujuan untuk Allah dan kamu semua bersungguh-sungguh dengannya. Kalau bertawakal kepada Allah semua jadi mudah.

Apa yang GISBH lakukan 15 tahun yang lalu dan ia membesar dengan sangat cantik dan istiqomah. Jadi kami akan tiru dan kami akan kongsikan kepada Mindanao.

Kami juga belajar dengan GISBH untuk menjadi seorang Islam dan Muslim juga mengamalkn Islam sebagai cara hidup. Itulah perkara besar yang akan kami kongsikan kepada pengikut-pengikut kami.

Terima kasih di atas jemputan GISBH untuk perlihatkan bahawa Islam adalah cara hidup sebenar untuk dipraktikkan dalam kehidupan. Ia memberi harapan kepada kami bahawa Islam ada masa depan yang cerah kepada ummah

Akhirnya ingin saya katakan apa yang dari lubuk hati saya. Saya rasa awak semua sangat meraikan orang, mudah mesra seperti satu keluarga. Mudah nak bercakap. Ini satu keberkatan. Moga kita berada di jalan yg benar. Terima Kasih kepada para pemimpin GISBH, kepada ahli GISBH, kanak-kanak, kepada para Muslimah. Kamu semua memberi harapan kepada kami untuk praktikkan Islam. Saya perlu lebih berdisiplin di kesempatan ini.

Tetamu datang membawa rahmat, perginya bersama penghapusan dosa. Maha suci Allah memenangkan agamanya ke atas segala sistem rekaan manusia. Hari ini ramai yang mengaku Islam, berjuang untuk Islam tetapi hakikatnya umpama menaiki keretapi di rel ‘yahudi’, yang sampai bila pun tidak akan berjaya memintas keretapi ‘yahudi’ kerana di atas rel yang sama. Umat Islam sepatutnya mempunyai rel sendiri baru boleh memintas dan memotong keretapi yahudi.

Islam punyai cara hidup tersendiri. Islam is the way of life. الدين Ad Din. الملّة Al Millah. Bukan hanya hafal Quran tapi praktikkan dalam kehidupan. Bukan hanya berhujah dengan hadis tetapi berakhlak seperti panduan hadis. Semuanya hanya boleh difahami dan diamalkan dengan ada pemimpin dan hidup berjemaah.

Villa GISBH Amman.

8.29am, Okt 29, 2018

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *