Pesawat Lion Air terhempas 13 minit sejurus berlepas dari Jakarta

Kongsikan kepada yang lain
Share

SEBUAH pesawat penumpang terhempas sejurus berlepas dari lapangan terbang Jakarta, Indonesia, pagi Isnin.

Penerbangan Lion Air JT-610 itu berlepas pada pukul 6.20 pagi sebelum terputus hubungan dengan menara kawalan pada 6.33 pagi.

Pesawat itu sepatutunya tiba di Pangkal Pinang, 7.20 pagi ini.

“Kami boleh mengesahkan pesawat kami terputus hubungan, namun lokasi kehilangan itu masih belum dapat dipastikan,” ujar jurucakap Lion Air, Danang Mandala Prihantoro.

Jurucakap bagi pencarian itu, Yusuf Latif pula berkata, agensi penyelamat mengesahkan bahawa pesawat itu telah terhempas.

Sementara itu, pesawat berkenaan berupaya membawa 210 penumpang, jumlah penumpang yang diketahui setakat ini ialah 178 penumpang dewasa, 1 penumpang anak-anak dan 2 bayi dengan 2 Pilot dan 5 krew.

Pesawat malang itu terhempas ke dalam laut di perairan Karawang. Beberapa serpihan pesawat kelihatan di pernikahan air.

AM: Mari kita takutkan Allah. Allah boleh lakukan apa sahaja. Takziah kepada semua keluarga mangsa. Moga Allah selamatkan kita dalam apa keadaan sekalipun.

Klik gambar untuk video.

  • LION AIR TERHEMPAS (5)
  • pilot dan pramugari2 lion air yang terhempas (2)
Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *