Ringkasan Perjalanan YBM Tuan Mohd Rasidi Abdullah

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria.

Perjalanan permusafiran yang panjang seakan-akan tidak berakhir bagi Tuan Pengarah Eksekutif GISBH. Setelah selesai Kembara Balkan 2, termasuk di dalamnya juga menziarahi Turki, Jordan, kemudian ke Uzbekistan lalu ke United Kingdom dan berpatah balik ke Mesir, beliau terus ke Malaysia.

Seluruh GISBH di bawah pimpinan beliau tetapi secara khusus adalah seluruh Indonesia dan beberapa zon di Malaysia. Bagaimanapun Indonesia adalah base tempat utama beliau berkhidmat.

Di Sarajevo beliau dengan para ALP bersama-sama memeriahkan Sarajevo Halal Fair.

Tuan Mohd Rasidi bersama pimpinan GISBH di Sarajevo Halal Fair

Di Jordan beliau bertemu dengan ketua Qabilah Bani Syammar, sahabat Ustaz Ashaari, Sidi Abu Khalid dan pembantu setianya, Syeikh Abu Mus’ab juga menziarahi maqam para Anbiya’ selain melawat projek GISBH di sana.

Tuan Mohd Rasidi bersama Sidi Abu Khalid di depan khemah badwi depan villanya.
Tuan Mohd Rasidi menyampaikan cenderahati kepada Syeikh Abu Mus’ab di villanya.
Melawat ternakan itik di Pusat Latihan Pertanian Dato’ Ibu di Jordan.

Di Uzbekistan beliau bertemu dengan para simpati GISBH yang telah lama mengenali Ustaz Ashaari dan jemaahnya. Sempat berada di tiga bandar utamanya; Tashkent, Bokhara dan Samarqand. Menjejaki keberkatan makam para wali dan menziarahi tempat-tempat yang berkat.

YBM Tuan Mohd Rasidi Abdullah di Tashkent, Uzbekistan
YBM Tuan Mohd Rasidi Abdullah bersama Tuan Nik Hazani di Bokhara
YBM Tuan Mohd Rasidi sewaktu di Samarqand

Di Turki dalam kesibukan program, Tuan Mohd Rasidi sempat menziarahi Syeikh Mustafa Al Mubarak, seorang yang Allah rezkikan memiliki terlalu banyak barang-barang berkat. Beliau juga menziarahi makam Sultan Muhammad Al Fateh yang berjaya membuktikan hadis tentang pembukaan Kota Konstantinopel.

YBM Tuan PE bersama Syeikh Mustafa Al Mubarak dan Ustaz Sehbattin di Villa Syeikh Mustafa Al Mubarak.
Menziarahi Maqam Sultan Muhammad Al Fateh di Istanbul

Di London, beliau bersama Tuan Nasiruddin Mohd Ali sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat GISBH (PLP) dan Dato’ Lokman Hakim Pfordten, CEO GISBH menandatangai plak perasmaian ‘Soft Launching’ Restoran Nur Malaysia London. Di sini juga ada Butcher dan Mini Mart Ikhwan. Beliau juga melawati Restoran Nur Malaysia Manchester, salah sebuah projek GISBH yang sangat mendapat sambutan di UK.

Di hadapan Restoran Nur Malaysia London di bawah rangkaian restoran GISBH Sdn Bhd.
Di hadapan Restoran Nur Malaysia Manchester

Setelah menziarahi London yang menjadi kiblat ramai pejuang bangsa di Malaysia Tuan PE terbang ke Cairo, Egypt. Di Mesir Tuan PE menziarahi Wadi Ukhuwah di mana terdapat ternakan haiwan kesayangan Rasulullah oleh remaja GISBH atau RPU. Beliau juga bersama Tuan PLP dan Dato’ CEO merasmikan GHC Cairo yang baru dengan pemotongan riben dan sign plak.

Menunggang kereta keldai yang direkacipta sendiri oleh RPU Mesir di bawah panduan Tuan Nasirudin Mohd Ali
Memotong riben perasmian GHC Cairo Egypt.
Menandatangani plak perasmian GHC Kaherah, Mesir

Tuan PE juga mendapat jemputan jamuan di rumah para simpati di Mesir iaitu Syeikh Badar dan Mr Asyraf.

Bersama Hj Badar, simpati GISBH di rumahnya, Kaherah, Mesir.
YBM Tuan Mohd Rasidi bersama Sidi Asyraf, simpati GISBH di Mesir. Seorang ahli perniagaan.

Di Malaysia, Tuan Mohd Rasidi mengadakan pertemuan dengan semua team khusus di bawah beliau selain meneruskan program berkat kuliah pagi. Walaupun keletihan, beliau tidak berkompromi dengan nafsu sebaliknya terus mengisi program demi program.

Antaranya;

Ziarah Khazanah Berkat Rasulullah dan para Sahabat.

Sila klik video

Melawat Booth Pameran Sambutan Ulangtahun PPI BCH ke 18.

Merasmikan Pusat Jagaan Selepas Bersalin Zon Eksekutif

Merasmikan Towing Truck RPU

Perasmian Towing Truck RPU. Di dalam GISBH, para remaja dididik, disayangi, dipimpin, diasuh, ditegur oleh para pemimpin. Para pemimpin pula sangat dimuliakan, ditaati depan dan belakang oleh para remaja.

dan melawat premis Butcher Ikhwan Zon Eksekutif yang masih dalam proses renovation.

Mengingat dan menyebut nama orang-orang soleh menurunkan rahmat Allah, betapa lagi kalau melihat gambar mereka, lebih-lebih lagi dapat berjumpa. Lebih beribu kali ganda kalau dapat berjuang membela mereka dan perjuangan mereka. Itu orang soleh, betapa kalau mereka adalah kekasih-kekasih Allah di akhir zaman.

Villa GISBH Amman

1.07pm, Okt 30, 2018

  • tuan mohd rasidi abdullah (4)
Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *