Keberkatan Pemimpin dan Jemaah, Nikmat Yang Dikecapi Bersama.

Kongsikan kepada yang lain
Share
الجولة المباركة قام بها الشيخ محمد راشيدي في مركز التجاري GISBH BCH مع عدد من مستشاريين الشركة..

Sebaik tiba di PPI-BCH, dari Villa GISBH Bkt Beruntung. 29/10/18, sekitar jam 9.45 pg

Bersalaman dengan Tuan Nik Hazani. Begitulah akhlak sesama ALP, saling menghormati dan memuliakan. Moga Allah jadikan kita sangat merendah diri sesama kita, lebih-lebih lagi dengan pemimpin.
YBM Tuan Mohd Rasidi bersalaman dengan Tuan Anuar Abd Rahman. Lulusan Perancis, lebih dikebali sebagai Tuan Anuar Perancis

Bersalaman dengan Tuan Johan, ALP yang berasal dari Singapura.

Menziarahi barang-barang berkat di BCH.

Rindunya YBM PE terhadap Rasulullah SAW. Kelihatan beliau mencium cebisan Serban Rasulullah SAW
YBM Tuan PE dan rombongan Bergerak dari bilik Pameran Khazanah Berkat Rasulullah SAW menuju ke MQ10 (berhawa dingin), untuk melawat Booth-Booth Jualan dan Pameran
YDB Tuan PE memotong riben di majlis Perasmian Pusat Jagaan Selepas Bersalin.

Di ruang lobi Pusat Jagaan Selepas Bersalin dan Terapi Ikhwan juga tempat suami dan keluarga, ziarah bertemu isteri/keluarga yang sedang berpantang. Tidak dibenarkan suami/keluarga lelaki masuk ke bilik-bilik pantang, ketika ada pelanggan yang lain di dalamnya.
Bilik pantang yang memuatkan 3 buah katil (single bed). Berhawa dingin dan ada bilik air/tandas di dalamnya. Boleh memuatkan 3 orang ibu-ibu yang sedang berpantang, di dalamnya.

YBM Tuan PE menandatangani plak Perasmian Pusat Jagaan Selepas Bersalin & Terapi Ikhwan
Bilik Pantang Ekonomi
Ada tiga katil di sini

Wanita yang berjasa melahirkan zuriat pelapis perjuangan sangat perlu dijaga kesihatan dan kebajikan mereka.

Mudah-mudahan dengan suasana yang tenang, persekitaran yang bersih, penjagaan syariat yang menjadi keutamaan di pusat jagaan selepas bersalin ini akan menambah rasa kebesaran Allah dan rasulNya.

Islam akan kelihatan indah dan berwibawa

Bilik VIP agak istimewa bagi orang yang hendak privacy di mana keluarga boleh masuk.
Pada Tuan PE, tak cukup bilik sebanyak itu kerana warga GISBH sahaja bersalin hampir setiap hari sebab mereka yang dari jauh pun datang ke sini untuk pastikan permulaan baby melihat dunia penuh dalam kebesaran Allah dan Rasul serta sangat terjaga syariat. InsyaAllah setiap zon akan ada perkhidmatan yang sama malah ada yang telah bermula lebih awal.

YBM Tuan Mohd Shukri, TPZ Zon Eksekutif menyerahkan cenderahati kepada YBM Tuan PE (sempena majlis perasmian Pusat Jagaan Selepas Bersalin dan Terapi Ikhwan)

قال الرسول صلى الله عليه وسلم : ” تهادوا تحابوا” . Sabda Nabi SAW; Saling memberi hadiahlah sesama sama kamu, kamu akan saling berkasih sayang.

Jenis perkhidmatan yang ditawarkan oleh Pusat Jagaan Selepas Bersalin & Terapi Ikhwan:

1. Urut RM60

2. Bertungku 2x (Lepas Subuh dan Asar) RM60

3. Mandi baby, param, bengkung dan pilis RM10.

4. Bilik VIP RM80 sehari termasuk makan minum dan minum petang.

5. Bilik Ekonomi RM60 sehari

Ziarah Ayah Abdul Rahim Pfordten

YDB Tuan PE menziarahi YBM Ayah Rahim, ayahanda kepada Yang Hormat Dato’ Lokman Hakim Pfordten, CEO GISBH.

حَقُّ الْمُسْلِمِ عَلَى الْمُسْلِمِ سِتٌّ: إِذَا لَقِيتَهُ فَسَلِّمْ عَلَيْهِ، وَإِذَا دَعَاكَ فَأَجِبْهُ، وَإِذَا اسْتَنْصَحَكَ فَانْصَحْهُ، وَإِذَا عَطَسَ فَحَمِدَ اللَّهَ فَسَمِّتْهُ وَإِذَا مَرِضَ فَعُدْهُ، وَإِذَا مَاتَ فَاتْبَعْهُ. رواه مسلم. Tanggung jawab seorang Islam ke atas orang Islam yang lain ada 6 perkara; salah satunya apabila sakit hendaklah diziarahinya.

YDB Tuan PE bersama barisan YDB ALP, memotong riben perasmian Towing Truck RPU.

YDB Tuan PE menandatangani plak perasmian Towing Truck RPU.

YBM Tuan PE melawat Booth Jualan & Pameran dalam khemah MQ10 yang berhawa dingin di tapak Karnival Sambutan Ulangtahun PPI BCH ke 18.

YBM Tuan PE bersama Pak Latip di Booth Kedai Buku Pak Latip sebelum serbuan JAIS. Mudah-mudahan JAIS serbu juga pusat-pusat hiburan dan pertemuan LGBT.
YM Pak Latip menghadiahkan beberapa naskah buku terbaru, kepada YBM Tuan PE.

Mungkin Pak Latip kena menulis novel tokoh-tokoh dari JAIS yang telah berjasa pada agama dan bangsa.
YBM TDP PE bersama barisan YDB ALP, memotong kek berbentuk Capal Rasulullah SAW.
YBM Tuan PE di Booth Produk Ikhwan.

YDB TDP PE dan barisan YDB ALP bergambar di ‘Photo Booth’

Keberkatan itu kena diburu. Ia ada pada orang, tempat, benda, usaha, dll. Dengan keberkatan, kamu akan dibantu berganda-ganda lebih dari usahamu walaupun kamu belum bertakwa.

Contoh orang-orang yang berkat, para Nabi, Rasul, Wali, Orang Soleh, Ibu Bapa.

Contoh tempat yang berkat; Mekah, Madinah, Negeri Syam, Negeri Yaman, tempat yang pernah dikunjungi oleh orang yang berkat.

Contoh benda yang berkat; Kaabah, Hajar Aswad, Serban Nabi Muhammad SAW, Pedang-pedang para Sahabat, Jubah Nabi SAW di Masjid Hirqa Syarif di Istanbul, Pokok Sahabat Nabi di Jordan, Pokok Ajaib di Maqam Nabi Daniel di Samarqand dll

Contoh usaha yang berkat; Usaha halal yang telah istiqamah dibuat, usaha yang melibatkan menyelesaikan masalah-masalah manusia, usaha mendamaikan mereka yang bersengketa.

Ampun maaf.

Villa GISBH Amman

9.58am, Okt 31, 2018

Alhamdulillah YBM Tuan Mohd Rasidi Abdullah dan Puan Dr Ibu Gina Puspita Nasiran telah Selamat sampai di Indonesia.
  • anjang muor Oktober 2018 (1)
Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *