GISBH terus dikunjungi tetamu antarabangsa

Kongsikan kepada yang lain
Share
Tetamu sedang bertahlil di makam YBM Syeikh Ashaari Muhammad diketuai oleh Ustaz Hj Davuud Sulaiman

Salam ceria.

Tetamu datang membawa rahmat, perginya penghapusan dosa. Alhamdulillah di seluruh Cawangan GISBH samada di dalam atau di luar negeri sentiasa dikunjungi tetamu yang ingin mengetahui lebih mendalam berkenaan perjuangan GISBH mengenalkan manusia kepada Tuhan untuk ditakuti dan untuk merindui Rasulullah SAW yang sangat berjasa kepada umat manusia.

Antara tetamu yang hadir di GISBH Turki ialah, Dr Muhammad Hisham Sultan At Tamimi, Syeikh Abu Mus’ab At Tal. Di GISBH London kita dikunjungi oleh wakil TV Islam Channel. Di Mesir, Mr Asyraf dan Hj Badar bersama dalam program Perasmian GHC Cawangan Cairo. Begitu juga di Malaysia khasnya di PPI BCH. Selain dari wakil Gabenor Mindanao, antara mereka yang datang berkunjung ialah tetamu-tetamu dari negara jiran, Thailand.

Mereka di bawa oleh Tuan Muhammad Adam, Ahli Lembaga Penasihat GISBH untuk melawat Karnival Sambutan Ulangtahun PPIBCH ke 18 dan singgah di premis GISBH Negeri Sembilan. Mereka juga berpeluang melawat maqam YBM Ustaz Ashaari Muhammad di Pilin, Negeri Sembilan.

Tetamu-tetamu itu ialah:

1. Mr. Pakorn Mung In

(Bukhari bin Hj Muhammad)

Business Broker

2. Mr.Suthep Lohlamoh-Uztaz

(Hajji Davuud bin Sulaiman)

2.1 Management and Uztaz of Love peace Islamic school.

2.2 Advisor for Halal standard system to companies of Islamic committee of Bangkok city Thailand.

3. Mr.Kittisak Binsolaeh

(Hajji Ismael bin Solaeh)

President of Sinthorn steakhouse (The biggest Halal restaurant in Thailand)

4.Mr.Montri Lohwithee

(Hajji Muktard bin Umar)

4.1 The Instructor to Halal standard system of Industrial department of Thailand.

4.2 Advisor to Halal standard system for companies of Central Islamic coucil of Thailand.

5. Nuraaini Matsuren

(Nur Aini bt Abidin)

Jewellry Seller

6. Suntri KengSalek

(Ummu Salamah bt Hj Ismail)

Businesswoman

7. Rachnee Bunmaley

(Asiah bt Hj Jaafar)

Tapi bila dah ramai pakai kupiah Ikhwan, dah susah nak beza dengan orang Ikhwan semuanya.

Para tetamu bersembahyang di Masjid lama Kampung Pilin.

Tetamu mengambil kesempatan bergambar di hadapan masjid lama Kg Pilin

Para tetamu menikmati makan tengahari di GHC Seremban 2

Moga GISBH terus maju berkembang berkat doa-doa para tetamu yang tidak sedikit pun dijangkiti mazhab hasadiah malah sangat ingin belajar dengan GISBH.

Aamiin Ya Allah!

Villa GISBH Amman

2.52pm, Nov 1, 2018

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *