YH Dato’ CEO GISBH di Karnival BioSimilar, Kolej Inobio Nilai

Kongsikan kepada yang lain
Share

YH Dato’ CEO telah menghadiri Majlis perasmian Karnival Biosimilar di Kolej Inobio Nilai yang mana GISBH menjadi penaja utama dan perasminya adalah TPM DS Wan Azizah

Logo GISBH kelihatan pada banner, Bunting di program berkenaan yang mana GISBH lah yg menjadi penaja Utama majlis berkenaan.

Majlis di Rasmikan oleh YAB DS Dr Wan Azizah Wan Ismail, TPM Malaysia
Alhamdulillah dengan keberkatan YH Dato Lokman Hakim CEO GISBH di beri penghormatan sebagai VIP di Majlis berkenaan

GISBH dikira sebagai penaja utama bukan kerana mengeluarkan dana kewangan yang besar tetapi dengan keberkatan hanya kerana menaja jamuan makan tengahari. Semuanya adalah berkat panduan dan usaha pengasas GISBH Ustaz Ashaari Muhammad yang menjadi pelopor kepada pembukaan seluruh restoran GISBH yang telah mencapai lebih 100 buah di 14 buah negara, proses untuk menaja makan tengahari bagi satu majlis se begini tidaklah begitu merumitkan. Malah kalau dikira kos sebenarnya telah diperolehi dari produk-produk bakeri GISBH yang juga diambil untuk program ini tetapi tidak termasuk dalam tajaan.

YH Dato’ Lokman Hakim bersama dengan para VIP

Sebenarnya nama baik GISBHlah yang membuatkan masyarakat yakin untuk bekerjasama dengan GISBH dalam pelbagai bidang seperti Restoran bakeri dan katering, Multimedia, Pelancongan dan lain-lain hatta dari kaum Cina yang bukan muslim sekalipun.

Allah jadikan dalam majlis ini Tan Sri Dato’ Dr Gan, owner bandar Nilai Inno Biologics Complex, meyakini GISBH hingga menyarankan supaya GISBH membuka sebuah restoran di Bandar itu.

Bersama Tan Sri Dato Dr Gan,

Dato’ Lokman Hakim yang mewakili YDB Tuan PE dan YDB Tuan PLP berkesempatan menyampaikan hadiah tasbih serta produk-produk Ikhwan kepada YAB TPM.

Produk Ikhwan dan Tasbih Mesir. Yang penting YH Dato’ CEO hadir dengan isteri-isteri beliau

YH Dato’ Lokman Hakim juga sempat bertemu dengan Tuan Dr Zafari, Ketua Cawangan Khas Negeri, Negeri 9 yang sudah pun mengenali YH Dato’ CEO dan sering ke premis GISBH di Seremban 2.

Bersama Ketua Cawangan Khas Negeri, Negeri 9.
Bersama delegasi antarabangsa
Wakil GISBH YH Dato’ Lokman Hakim bersama dif-dif kehormat diberi penghormatan bergambar bersama TPM.

Booth GISBH diberikan secara percuma di hadapan pintu utama dewan

http://m.utusan.com.my/berita/nasional/tpm-rasmi-karnival-biosimilar-1.777160

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *