YH Dato’ CEO GISBH di Perasmian Aplikasi Manhaj Mutawwif dan Perasmian Musim Kedua Manhaj Mutawwif

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria.

Seperti YBM Tuan Pengerusi GISBH Tuan Mohd Rasidi Abdullah dan YBM Tuan Pengerusi Lembaga Penasihat GISBH YBM Tuan Nasiruddin Mohd Ali yang sangat sibuk dengan aktiviti di dalam syarikat dan bersama masyarakat begitu juga YBM Tuan CEO GISBH YH Dato Lokman Hakim Pfordten.

YH Dato’ CEO bersama pengacara dan personaliti, En Amin Idris (kanan) dan Ustaz Abdul Halim Ikhsan

Pada 28hb Oktober 2018, Tuan Dato’ CEO mendapat jemputan rakannya, Penerbit Program Realiti Manhaj Mutawwif, Ustaz Abdul Halim Ikhsan dan isterinya Puan Hajar ke program Perasmian Aplikasi Manhaj Mutawwif dan Perasmian Musim Kedua Program Realiti TV Manhaj Mutawwif.

Program yang berlangsung di Ideal Convention Centre ( IDCC ) Shah Alam itu di hadiri oleh 27 orang VIP dan 300 orang tetamu. Di antara VIP yang hadir ialah Ketua Setiausaha Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan, Dato Rashidi Hasbullah yang mana beliau juga merupakan perasmi program.

Majlis juga di hadiri oleh artis-artis yang pernah terlibat dalam program Manhaj Mutawwif musim pertama yang mana mereka semua sangat mengenali YBM Dato’ Lokman Hakim. GISBH di wakili oleh YDB Dato’ CEO yang dijemput atas dasar menghargai usaha sama GISBH yang menjadi penaja dan penasihat pada program Manhaj Mutawwif di musim lalu dengan menaja makan minum semua peserta, tempat tinggal, tempat latihan, pembimbing mutawwif dan lain-lain.

Kehadiran YBM Dato’ CEO GISBH yang merupakan tetamu VIP sangatlah mendapat sambutan kerana sebahagian besar para tetamu sudah pun mengenali YDB Dato CEO yang pernah menjadi juri rancangan realiti TV tersebut.

Ust Halim juga sangat mengucapkan terima kasih kepada YH Dato’ Lokman Hakim kerana banyak memberi tunjuk ajar padanya dan beliau akui sangat terhutang budi kepada GISBH. Di majlis berkenaan juga lagu yang dipasang adalah nasyid GH (Mutawwif) yang menjadi lagu tema program berkenaan.

Di majlis ini juga YH Dato’ Lokman ditemu bual oleh wartawan Red Penn TV untuk mendapat pandangan berkenaan program Mutawwif Musim Kedua. YH Dato’ CEO juga sempat bersalaman dengan KSU Kementerian Pelancongan juga bergambar bersama Dato Anuar yang menjadi ‘funder’ utama rancangan dan Aplikasi mutawwif ini dengan berlatar belakangkan Kiswah Kaabah Zaman Uthmaniah.

Untuk Musim Kedua ini, GISBH belum pasti lagi menjadi rakan penaja ataupun tidak untuk program ini. Pun begitu, tajaan GISBH dalam program sebelum ini sangat memberi kesan kepada semua pihak yang terlibat samada Ustaz Halim sendiri begitu juga para artis dan peserta program. Hingga hari ini ramai di antara mereka yang masih berhubung dengan Tuan Dato’ CEO menerusi Whatsapp bertanya khabar, bertukar perkembangan dan meminta panduan. Majlis berakhir kira-kira jam 5 pm.

Dr Muhaya, antara tetamu yang hadir

Moga hubungan GISBH dengan semua pihak di tengah masyarakat semakin erat untuk bersama-sama membawa perubahan di negara ini agar semakin dekat dengan Allah Taala lalu mendapat rahmat dan pertolongannya.

Villa GISBH Amman

7.56am, Nov 1, 2018.

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *