Mr Radia Dimnatang Tetamu GISBH, wakil Gabenor Mindanao

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria.

Salah seorang tetamu GISBH yang datang dari wilayah autonomi Islam di Mindanao atau Autonomus Region of Muslim Mindanao (ARMM)

sebagai wakil gabenornya ialah Mr Radia Dimnatang. Beliau merupakan Regional Administrator bagi ARMM.

Beliau dan Ms Jehanne sangat bersungguh-sungguh memahami cara hidup Islam yang dipraktikkan dalam GISBH. Beliau sendiri telah 2 kali ikut skype pagi GISB sedangkan ianya dalam Bahasa Melayu.

Kesungguhannya nampaknya mendapat respon dari Allah bila Allah faham-fahamkan hatinya seperti yang beliau sendiri sebutkan berulang kali selepas mendengar ucapan Tuan Dato’ CEO di program Sambutan Ulangtahun PPI BCH baru-baru ini. Antaranya, katanya bila Tuan CEO berucap malam itu walaupun dia tak faham, tapi apa yang Tuan CEO cakap seolah-olah meresap masuk dalam dadanya. Allahu Akbar! Allah ada cara nak mengubah manusia.

Katanya lagi; Walaupun saya tidak faham bahasa melayu tapi saya dapat RASAKAN dan saya yakin Ms Jehanne pun sama dapat rasakan ianya sangat power. Katanya lagi ia dapat lihat progres yang berlaku pada Ms Jehanne sejak hari pertama datang sehingga hari-hari berikutnya.

Setelah mendengar Tuan PE memberi kuliah pagi, Mr Radia kata Tuan PE tak cakap tentang duit, tentang bisnes kan? Tapi cakap tentang taqwa, tentang Allah, tentang nak kuatkan dalaman dan roh. Dia tak faham Bahasa Melayu tapi dia faham macam itu bila Tuan PE beri kuliah. Lihat kuasa Allah! Lihat kebesaran orang Allah.

Mr Radia ini sangat nak perkenalkan GISBH pada semua di ARMM, Filipina khususnya Gabenor Mujiv Hataman.

Bila ditanya apa dan bagaimana anda melihat dan merasai selepas datang dan menziarahi PPI BCH dan lain-lain premis GISB?

Pertama kali saya ingin mengucapkan syukur kepada Allah kerana memberi peluang kepada saya untuk melawat komuniti GISBH ini semoga Allah menguatkn ikatan hatI, keimanan, cinta dan kasih sayang untuk mndapat syafaat Rasulullah. Dan juga mursyid kita Abuya atas apa yang dilakukan sangat berstrategi kerana ia sangat di kehendaki oleh umat islam masa kini serta mmbantu menyebarkn agama Islam.

Kami di Filipina adalah sangat berharap perhubungan dengan kawan-kawan seagama dari Malaysia dapat diperpanjangkan ke filipina kerana kita mempunyai perhubungan sejarah bersama yang panjang. Ia juga dapat meningkatkan hubungan yang lebih erat dan mampan bagi mengeratkan perhubungan bagi menjalankan tanggung jawab serta menegakkan sunnah Rasulullah SAW.

Semasa sampai ke Malaysia dan bertemu dengan GISB Serta ahli-ahlinya, saya merasakan perhubungan ahlinya laksana satu keluarga dan memiliki disiplin yang tinggi. Bangun pagi sama-sama menunaikn solat subuh berjemaah, mendapat pendidikan di awal pagi bersama untuk dipertingkatkan iman, ibadah akhlak dan muamalat dan lain-lain. Saya melihat sendiri perkara ini dipraktikkan. Ini penting kerana apa yg dilakukan dikaitkan dengan Allah SWT. Kerana kata-kata Allah sangat penting dalam apa kedudukan kita. Semua aktiviti di tempat-tempat yang saya lawati semalam itu adalah umpama ladang yang dipersiapkan untuk di tuai hasilnya di akhirat.

Mesej ini jelas di mana kita yang hidup dalam suasana sekular dan kita kena pastikan sebagai seorang Muslim terutama yang sudah ada keluarga dan anak-anak. Jadi memang tepat waktunya saya berada di sini dan melawat beberapa tempat milik GISB yang indah, orang-orang yang berakhlak, komuniti yang baik yang dapat menyampaikan maklumat-maklumat kepada saya walaupun saya tidak pernah kenal dan menemui Abuya sebelum ini. Apa yg saya lihat dan merasai di sini seolah-olah saya bersama dengan Abuya sebagai mursyid kita dan juga bersama Rasulullah SAW.

Kemudian saya fikir sudah sampai masa kita kurangkan bercakap dan banyakkan bertindak. Pada saya yang saya lihat dalam GISB ini, dari semua sudut samada dlm individu, keluarga dan perniagaannya semuanya menepati kehendak syariah. (syariah compliance) .

Jadi kita kena pastikan dalam apa sahaja tindakan menepati kehendak Quran kerana Islam itu adalah cara hidup. Semua lapisan masyarakat dalam GISB samada dewasa dan remaja lelaki dan perempuan kita perlu terus memberi maklumat pada seluruh dunia iaitu inilah idea untuk seluruh masyarakat Islam menunjukkan kita adalah masyarakat terbaik dalam ekonomi, dakwah, masyarakat, pendidikan untuk dijadikan model, dijadikan juara dalam moral. Dunia nanti akan tahu apa yang dilakukan oleh GISB. Bukan semata-mata memikirkan tentang keuntungan semata-mata.

Dalam keseluruhan hidup saya, di sini saya nampak satu kelainan yang ditunjukkan oleh GISB walaupun saya dah pergi ke seluruh pelusuk dunia.

Kita kena dapatkan satu masyarakat bertaraf ummah dalam suasana berkasih sayang. Untuk menyelamatkan generasi ini kita kena perbaiki masyarakat Islam itu sendiri di mana perjalanan hidup ini mesti mengikut kehendak Rasulullah SAW dan seterusnya mndapat keredhaan Allah SWT. Kita juga perlu berkorban bagi memastikan setiap waktu hidup dalam keredhaan Allah.

Bila ditanya apakah kekuatan GISBH yang beliau nampak sepanjang lawatannya berbanding dengan jemaah2 Islam yang lain, respon beliau.

Apa yang saya nampak dalam GISBH ini adalah kesyumulan, jadi bila kita melakukan ibadah, kita tidak lepas dari melakukn urusan-urusan dunia tidak boleh lepas dari undang-undang syariah. Dalam GISBH yang saya nampak telah menjalankan aktiviti yang menyeluruh walaupun sangat mengutamakan urusan sembahyang. Contohnya pendidikan sangat di titik beratkan. Ini satu-satunya jemaah yang pernah saya lihat telah menjalankan urusan dunia dan akhirat secara keseluruhan. Tambahan lagi, setiap urusan yang dilakukan tidak berbentuk individualistik dan tidak meletakkan keuntungan semata-mata.

Bila kita bersarapan, kita akan mencari makanan yg halal. Kalau nak berhibur, kita akan cari hiburan yg halal. Semuanya memberi faedah Dan kebaikan pada jemaah.

Apa sahaja yang berkaitan dgn kehidupan terdapat dalam GISB. Suasana yang ada dalam GISB, apa yg dilakukan dalam jemaah adalah dalam lingkungan syariah dan dalam suasana yg selamat dan Allah serta Rasulullah akan memandu kita. Iman kita akan selamat apabila duduk dalam jemaah ini dengan panduan dari Abuya mursyid kita. Kerana Allah sentiasa melihat walau di mana berada. Kita perlu hebahkan mesej ini hingga ke Marawi City di Filipina. Kita perlu banyakkan makanan halal kerana ia akan memberi kesan dalam hidup kita. Kerosakan akan berlaku jika perkara-perkara asas tidak dilakukan. Sembahyang pun tidak diterima jika kita makan makanan yang haram. Jika perjuangan makanan halal maka hal-hal lain akan dapat ditingkatkan seperti kewangan Islam, apa saja model akan dapat dilaksanakan.

Kita akan nanti memiliki cita-cita yang sama. Saya harap saya akan mnjadi alat utk mengembang Islam di Filipina seperti mana yang saya saksikan di sini. Kita berkongsi visi yg sama.

Contoh poligami, di Filipina ia adalah sangat asing. tetapi di sini poligami adalah salah satu kaedah untuk jadikan diri anda sebagai ketua. Yang indahnya dan kesan poligami sebagai satu latihan untuk menjadi ketua, konsep keadilan, cinta dan kasih sayang inilah juga sebagai contoh disiplin untuk diamalkan.

Kita perlu berkorban untuk konsisten apabila membuat kerja-kerja Islam dan saya nak berjumpa Tuhan nanti dalam keadaan seorang Islam. Inilah yang perlu dibuat dalam dunia jahiliah sekarang. Saya harap lebih ramai umat Islam Filipina datang ke Malaysia untuk belajar apa yang dipraktiskan di GISB ini.

Ketika dilontarkan soalan

bagaimana GISB dapat membantu masyarakat Islam terutama di Filipina dan untuk semua umat Islam di dunia ini, kata Mr Radia kata;

Ini merupakan satu cabaran besar. Sejak penubuhan tempat ini 18 tahun yang lalu, seperti mana yg dilakukan oleh Rasulullah dan para sahabat menyebarkan Islam di seluruh dunia, anda semua sangat konsisten dalam melakukan kerja-kerja Islam ini.

Banyak cabaran yg perlu dilalui dan Allah pun berkata Rasulullah adalah contoh yang baik untuk diikuti, di Filipina khususnya di Bandar Marawi saya harap ini bukan penamat tapi ia satu permulaan.

Saya akan buat yang terbaik untuk kerja-kerja Islam dan saya teruja dengan apa yg saya lihat di sini. Banyak kerja-kerja Islam yang perlu dibuat di bandar Marawi, membina semula, pemulihan dan lain-lain lagi. Yang terjadi di GISB bukanlah secara keseorangan dan berkepentingan tetapi berlaku secara berjemaah. Kena letak sebelah kepentingan peribadi dan kita perlu kerja bersama utk memastikan setiap kerja-kerja Islam dapat dilaksanakan.

Dalam bandar Marawi, kita nak lihat bagaimana Islam dilaksanakan setiap hari dan kita nak tunjuk pada dunia Indahnya Islam itu. Cara hidup yang lengkap yang ditunjukkan hingga orang bukan Islam pun berkata indahnya Islam ini. Kaedah dakwah GISB itu adalah cara dakwah terbaik dan amalan yang praktikal setiap hari dan ini sesuatu yang perlu. Kita perlu tunjuk kepada dunia hingga ada org akan berkata cantiknya Islam, lengkap bukan setakat tertulis di dalam buku tapi ditunjukkn dalam kehidupan harian.

Inilah asas Islam yg hendak di terapkan. Bandar Marawi satu-satu bandar Islam di Filipina tapi belum kelihatan perlaksanaannya. Jumlah populasi Islam kurang 10% di Filipina. Kami harap GISB dapat menunjukkan model Islam yang sebenar pada masyarakat Islam di bandar Marawi ini. Untuk generasi akan datang kita kena tanamkn rasa-rasa takutkan Allah dan melaksanakan sunnah Rasulullah SAW. Lebih-lebih lagi ini untuk selamatkan mereka kerana jahiliyah sangat mudah diikuti dalam media sosial kini. Jadi kena kawal generasi muda ini agar tidak terpesong, kuatkan Islam mereka serta kawal nafsu mereka. Perjuangan Islam ini tidak boleh dilakukan seorang diri tapi melalui kesatuan hati supaya semua sahabat-sahabat Islam di Malaysia, Arab, Filipina dll bersatu hati.

Spt firman Tuhan

“..berpegang teguhlah dengan tali Allah Dan jangan bercerai berai. .”

Melalui ini Allah menghantar GISB sebagai alat untuk mengketengah model Islam yang mudah difahami. Allah telah memilih GISB untuk melaksanakan kerja-kerja ini dan moga Allah beri lebih kekuatan dan Iman. Inilah mesej yang perlu disampaikan pada semua orang.

Saya tidak mampu berkata-kata dalam perkataan dalam hal ini dengan ilmu yang terhad tapi saya sangat dapat merasainya. Moga Allah bantu saya utk memahaminya, melaksanakan dan kita dapat bersama membangunkan Islam di bumi Filipina. Moga-moga inilah permulaan bagi menyiapkan langkah-langkah untuk membantu Islam di Filipina.

Sewaktu makan dia menceritakan satu ketika dulu dia pernah terjumpa satu buku yang penulisnya pakai serban dan di dalamnya ada gambar org pakai jubah.Bila disebut ” LOVE & CARE”? Yesss katanya. Dia telah perolehi berkat sejak awal lagi.

Suatu ketika selepas keluar dari bilik tayangan di BCH, terus terpacul di mulutnya “Gabenor mesti tengok ini semua” dan setiap pergerakannya melawat GISB akan diforwardkan ke whatsapp Gabenor.

Dengan keberkatan para pemimpin, Mr Radia pulang ke Filipina pagi ini. Walaupun kehadirannya tidak lama tapi sangat mudah memahami perjuangan GISBH dan nak promosi GISBH kepada rakan-rakannya dari ARMM. Dengan kesungguhannya, antara yang beliau berjaya bawa jumpa Tuan Dato’ CEO ialah Ms Jehanne Ketua Muslimah ARMM yang sangat berpengaruh, Ust Mujahid yang merupakan Ketua Ulamak ARMM lulusan Libya, di mana semua mufti Mindanao di bawahnya (Macam Menteri Agamalah kata Dato’ CEO) dan terkini 2 hari lepas beliau berjaya bawa Gabenor berjumpa Tuan Dato’ CEO di KLCC sehinggakan Gabenor nak bawa isteri dan keluarganya melawat GISB dalam masa terdekat ini.

Tuan Dato’ CEO sendiri akui mereka ini cepat faham walaupun kehadiran mereka tidak lama.

Antara doanya ketika di makam YBM Ustaz Ashaari ialah..” ya Allah jadikanlah apa saja yang aku pelajari dari GISB, apa yg aku lihat nanti aku dapat laksanakan di Marawi City….”

Antara kata-katanya lagi;

” saya sudah pergi pelbagai negara untuk mencari model sebagai contoh ikutan untuk pembangunan Marawi City..tapi GISB adalah model terbaik..”

AM menyeru kepada diri sendiri dan semua staf GISBH agar takutilah Allah, lihatlah keajaiban ini, hanya dengan berada bersama GISBH khususnya para pimpinan selama 4+7 hari orang ini sudah sangat faham dan terus bertindak. Dia telah memperolehi RASA hanya dengan sekali kuliah tanpa menguasai Bahasa Malaysia. Kita sangat-sangat cemburukan anugerah Tuhan kepadanya.

Bila ada orang yang bersuara, Filipina GISBH tak masuk ke? Zamboanga tak pergi ke? Maka Allah respon rintihan para pemimpin khasnya Dato’ CEO, Allah datangkan orang yang sangat berperanan seperti Mr Radia.

Kenapa ia sangat cepat berlaku?

1. Kerana mereka orang Timur, orang di Timur kena sama-sama membina Empayar Islam akhir zaman.

2. Ia adalah keperluan. Masa sudah terlalu suntuk, perancangan AS dan Saudi untuk memerangkap Turki dalam peristiwa pembunuhan Jamal Khashoggi gagal. Sistem politik dan perjuangan berasaskan bangsa di Malaysia pula sedang runtuh, maka pengamalan Islam sebagai cara hidup yang boleh dicontohi sangat perlu diketengahkan.

3. Jongkang jongkit dari doa para bara-bara api di Madinah, Istanbul, Balagai, Tashkent, Bukhara dan Samarqand.

Era yang sangat memerlukan keyakinan dan kekuatan roh, di manakah kita?

Villa GISBH Amman

7.19am, Nov 2, 2018

P/s

Mr Radia datang kali pertama selama 4 hari dan selang beberapa hari dia datang lagi kali kedua selama seminggu pula. Datang kali kedua itu dia bawa Ms Jehanne sekali.

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *