RASUAH: TIGA GURU TERMASUK GURU BESAR DIREMAN TIGA HARI

Kongsikan kepada yang lain
Share

KLANG, 3 Nov : Tiga guru termasuk seorang guru besar sebuah sekolah rendah di Pandamaran di sini direman selama tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima suapan berjumlah RM5,000.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Klang, Aziman Mohd Yusof bagi membolehkan ketiga-tiga suspek disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Menurut sumber ketiga-tiga lelaki berusia 35 hingga 52 tahun itu ditahan di sebuah restoran di Taman Pendamar Indah 2, Pandamaran, kira-kira 3.25 petang semalam, dan SPRM turut merampas wang tunai berjumlah RM5,000 di lokasi kejadian.

Difahamkan seorang daripada suspek dikatakan meminta dan menerima wang suapan daripada pengadu, yang juga seorang guru, sebanyak RM5,000 sebagai balasan untuknya meminta guru besar menyokong permohonan pengadu bertukar ke sekolah lain.

AM: Bukan mudah membina akhlak murid. Guru atau guru besar, dahulu pun pernah jadi murid. Kalau dari kecil tak diasuh dan dididik agar kenal dan takut Tuhan, ada ke perkara lain yang manusia boleh takut. Setakat akta, undang-undang dan hukuman, selagi boleh elak, mereka akan cuba elakkan. Kalau dah tertangkap, datang keinsafan, boleh tahan. Ada yang tak insaf-insaf walau kena hukum berkali-kali, walaupun umur dah senja. Moga Allah pimpin semua hati kita.

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *