BERIBADAH BUKAN DARI PENGENALAN

Kongsikan kepada yang lain
Share

Seseorang itu kalau dia memperhambakan diri pada seseorang.

Dia rasa senang, bahkan adakalanya rasa bahagia.

Kerana dia hambakan diri pada seseorang

kerana hormat dan senang.

Boleh jadi orang itu memberi kasih sayang.

Timbul kasih dan sayang di dalam hatinya pula.

Tapi kalau seseorang itu diperhamba kerana terpaksa.

Jiwanya akan derita dan terseksa.

Dia akan membuat kerja-kerja orang itu bukan dari hati.

Tetapi keadaan memaksa.

Mungkin padanya tidak ada jalan lain untuk hidup, melainkan dengannya.

Begitulah dengan Allah Taala Tuhan manusia.

Kalau dia menyembah Allah bukan dari pengenalan, jiwanya terseksa beribadah.

Hendak membuat kerja-kerja Tuhan macam terpaksa.

Beribadah tanpa bahagia.

Kerana itulah mengenal Tuhan itu wajib dan amat penting sekali. Hingga terasa Tuhan itu Kuasa-Nya, Kehendak-Nya, Ilmu-Nya, Pendengaran-Nya.

Lebih-lebih lagi betapa Kasih Sayang-Nya,

Rahmat dan Kurniaan-Nya.

Penjagaan-Nya, Bijaksana-Nya, Jaminan-Nya kepada manusia.

Di waktu itu beribadah

terasa rindu.

Beribadah kepada Tuhan terasa sangat lazatnya.

Berkhidmat kepada Tuhan tidak terasa jemu.

Bahkan boleh berkorban untuk-Nya satu hiburan.

Apabila kurang berkhidmat kepada-Nya satu penyesalan.

Oleh itu kenali Tuhan dengan sebaik-baiknya.

Hingga terasa kasih dan sayang-Nya.

Takut dan cinta kepada-Nya.

Barulah kita beribadah kepada-Nya terasa lazatnya.

Menjelang Maghrib

14 – 09 – 1999

Klik Gambar untuk video
Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *