DI MANA MULIANYA MANUSIA?

Kongsikan kepada yang lain
Share

Siapalah manusia ini?!

Kejadian yang pertama dari tanah, hina.

Tempat pijakan segala makhluk yang melata.

Kejadian yang kedua dari air mani yang terpancar dari saluran yang menjijikkan.

Hina juga mengaibkan.

Kalau ia terbuang tiada siapa yang mengutip untuk diletakkan di tempat yang mulia.

Peluhnya, baunya meloyakan.

Siapa dekat jiwanya menderita.

Yang keluar dari hidung dan telinga, semuanya menjijikkan.

Yang keluar dari kedua jalan lagi buruk dan busuk dan memalukan.

Dia dibuang di jamban.

Tempat yang hina dan menjijikkan.

Lidahnya juga selalu digunakan untuk merosakkan, bukan kebaikan.

Memfitnah, mengumpat, mengadu domba, memaki, mencerca.

Semuanya merupakan najis-najis maknawi dan rohani.

Najis-najis maknawi dan rohani ini merbahaya sekali.

Perosak masyarakat manusia.

Akalnya, padanya kecerdikan, kepandaian dan ilmu.

Lumrahnya untuk menipu, untuk kepentingan diri.

Nafsunya lagilah, penjahat di dalam diri yang memusnah.

Hatinya selalunya dikuasai nafsu.

Raja di dalam kerajaan diri yang dikuasai musuhnya.

Raja yang jahat inilah yang mengarah dan melarang.

Rosaklah kehidupan manusia seluruhnya.

Di mana mulianya manusia?!

Di mana keutamaan manusia?!

Mulianya, utamanya jika beriman dan bertaqwa.

Jika tidak, busuk sahaja yang ada pada manusia.

Selepas Asar

01 – 05 – 1997

Sila Klik Gambar untuk tonton video
Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *