UJIAN PADA SESEORANG TIDAK SAMA MAKSUD

Kongsikan kepada yang lain
Share

Ujian yang ditimpakan pada seseorang

maksudnya tidak sama.

Adakalanya ujian yang Allah timpakan itu

kerana kutukan-Nya.

Kerana sudah terlalu derhaka.

Adakalanya dengan tujuan penghapusan dosanya.

Kerana sudah cuba mujahadah, terlibat juga.

Adakalanya dengan maksud hendak meningkatkan darjat seseorang.

Kerana taqwanya dan imannya yang begitu teguh.

Tidak kurang juga dengan ujian itu untuk menyedarkan.

Untuk memberi petunjuk dan hidayah kepadanya.

Jika ujian itu ditimpa kepada kita.

Kita tidak tahu maksud yang mana satu.

Oleh itu sebagai beradab dengan Tuhan.

Kerana kita adalah hamba-Nya.

Kita kaitkanlah ujian itu dengan sebab dosa kita.

Atau kerana kemurkaan-Nya.

Agar kita sentiasa bertaubat kepada-Nya.

Inilah jalan selamat buat kita.

Selepas Asar

04 – 03 – 1999

Klik Gambar untuk Video.
Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *