Beginilah Salah Satu Cara Mereka Merosakkan Kita

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria.

Hari ni anjang dapat artikel dalam grup whatsapp yang elok dibaca untuk menjadi panduan. Panduan penjagaan kesihatan sebelum terkena. Malangnya anjang dah terlewat tetapi mungkin tidak bagi sebahagian pembaca AM.

Tajuk dia pun dah mencemaskan. Mana boleh kita rosakkan apa-apa anggota badan kita. Diri kita bukan milik kita tapi milik Allah. Merosakkan atau mematahkan ranting pokok tanpa sebab pun dilarang, inikan salah satu organ yang sangat penting dalam jasad manusia. Tapi apa yang berlaku, setiap hari kita rosakkan anggota badan kita tanpa sedar.

Kalau diselami lebih mendalam ia berpunca dari beberapa sebab, antaranya sifat mazmumah. Sifat kita yang lebih sayangkan nafsu makan minum lebih dari kesihatan. Sedangkan kalau menjaga pemakanan dari awal dengan mengambil makanan tertentu dengan kadar yang menasabah, kemungkinan untuk terhindar dari penyakit itu lebih besar. Bukan kita menafikan kuasa dan takdir Allah untuk menyehatkan dan menyakitkan, itu memang hak mutlak Tuhan, tetapi menjaga pantang juga perintah Allah. Besederhana juga arahan Tuhan. Berpantang itu lebih baik dari berubat itu antara panduan dalam Islam. Begitu juga ‘makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang’ adalah Sunnah Rasulullah SAW. Ya, mazmumah cintakan dunia makan minum kita membuatkan kita tidak mampu menahan nafsu dan selera lalu tetaplah menikmati makanan-makanan yang terbukti memudaratkan kesihatan kita.

Sebab lain mungkin perancangan pihak-pihak tertentu yang memang berniat untuk menjahanamkan kekuatan fizikal ini. Ramai tauke-tauke kilang rokok, mereka sendiri tidak merokok. Anak-anak isteri mereka pun dilarang merokok. Tauke kilang arak, tak bermabuk-mabuk dengan arak. Malah tuan kilang ubat-ubat di farmasi pun ada yang menjauhi ubat yang mereka buat. Paling dekat dengan kita, ada tauke ladang sayur dan buah, tidak makan produk mereka sendiri kerana mereka tahu apa ‘dosa’ yang telah mereka lakukan di setiap produk tersebut. Racun dan baja apa yang mereka guna, mereka tahu dan amat faham kesan sampingannya. Samada ‘nawaitu’ mereka untuk keuntungan semata-mata atau memang niat jahat untuk merosakkan kekuatan fizikal Umat ini jangka panjang, yang menanggungnya kita semua.

Bacalah tulisan di bawah dan kita berubahlah sebelum terlambat. Moga Allah dan Rasul gembira dengan perubahan diri kita bukan kapitalis dan yahudi yang suka.

Villa GISBH Amman, Jordan.

6.07am, Nov 6, 2018

NAK ROSAKKAN BUAH PINGGANG? BOLEH TRY CARA NI.😱😱

Ingat lagi pengalaman saya masa bertugas di klinik kencing manis dulu. Dalam masa 2 tahun, peningkatan bilangan pesakit diabetes naik lebih 2 kali ganda. 😰

Serius, memang berganda-ganda dari tahun ke tahun. Tak terperanjat jika keadaannya masih sama sekarang.

Off course, penyebab utamanya ialah pemakanan kita.🍰🍰🍩🍿πŸ₯«πŸ₯

Tetapi ada satu tabiat yang saya suka tanya.

Suka minum air gas tak?πŸ₯€πŸ₯€

Sebab saya nampak perkaitan orang yang suka minum air gas ni akan mudah kena diabetis.πŸ™„

Pernah ada pesakit saya, anak muda berusia 23 tahun. First time jumpa saya bila check kandungan gula dalam darah *26 mmol/l* ! Unknown Diabetic. πŸ˜₯

Saya tanya tabiat dia. Buat apa sampai gula macam ni tinggi melangit?

Dia kerja supermarket. Selalu penat turunkan barang, lepas tu sure akan minum air gas. Sehari dalam 15-16 tin! Buat hilang dahaga dan letih katanya.. aduss!😩

Tabiat ni baru je dia buat selama 3 bulan, tapi dah cukup untuk merosakkan sel pankreas dan insulin.

Ada seorang lagi, staff nurse saya. Muda lagi, umur dalam 25 tahun. Tinggal berjauhan dengan suami. Bila dah mula ada simptom-simptom Diabetis, saya check gula dia masa tu 16 mmol/l😨

Saya tanya apa makan?

Jujurnya, dah balik rumah penat. Duduk seorang, memang rutin harian akan beli Pizza dan sebotol Soft Drinks 1.5 liter. Biasanya satu botol akan habis dalam masa 2 hari!πŸ•πŸŸπŸ₯€

Binggo! Cukup 4 bulan, sistem dah mula rosak. Gula naik mencanak.

Nampak tak penangan Air Bergas ni? Serius bahaya.😒

Ini bukan rekaan saya. Realiti.

Dan apa yang saya perhatikan, apabila golongan penggemar tegar soft drinks ni bila dapat diabetis, selalunya berakhir dengan komplikasi buah pinggang.πŸ‘β€πŸ—¨

Apa kaitannya? Lama juga saya tertanya-tanya.πŸ€¦πŸΌβ€β™€

Kenapa air gas suka ‘hentam’ buah pinggang??πŸ₯ŠπŸ₯Š

Meh saya nak cerita…

Gula yang digunakan dalam air gas ni bukan gula biasa! 🧐

Gula yang digunakan ialah *High Fructose Corn Syrup (HFCS)*

HFCS ni apa pula??

Ia sejenis gula yang lebih murah dan lebih manis dari gula pasir. Dan LEBIH BAHAYA! 😀

HFCS dihasilkan dari jagung melalui pelbagai proses dan tidakbalas kimia. Gula ni lebih sesuai untuk industri makanan dan minuman, selain harga yang murah, ia lebih tahan lama.

Tetapi, apa kesannya pada pengguna??πŸ€”

Fruktosa ni berbeza dari Glukosa. Cara badan proses pun berbeza.

Semua badan kita boleh guna glukosa sebagai sumber tenaga tapi Fruktosa tak boleh.Sel kita tak kenal dan tak boleh guna pun untuk jadi tenaga.

Haha.. nampak?πŸ™„

*Hanya HATI sahaja yang boleh handle fruktosa ni.*

Kalu sikit tak apa tapi masalahnya, kalu air bergas ni dah kira level *Fruktose Bomb* πŸ’£πŸ’£

Masuk menderu-menderu. Lama-lama sel hati memang tak boleh nak handle.

Air bergas mempunyai kandungan HFCS yang sangat tinggi!

12 ounce Coca-cola boleh mencapai 20.2 gram Fruktosa! (Jika dibandingkan dengan buah, cth 2 buah jambu hanya 2.2 gram sahaja, dan jambu pula banyak fiber dan vitamin lain tetapi Air gas ni kosong, hanya sugar bomb)😩😩

Kesannya?

Hati lama-lama rosak. Berlemak sebab fruktosa tadi akan ditukarkan jadi lemak Trigeliserida 🌝🌝

Buah pinggang macamana?

Selain lemak, Fruktosa yang berlebihan ni akan diproses dalam hati (berbeza dengan glukosa) dimana dalam proses ni *URIC ACID* akan dihasilkan.

Biasa dengar tentang Uric Acid?

Lebih Uric Acid boleh dapat Gout dan Batu karang.

Dan tahukah anda Uric Acid berlebihan pun boleh menyebabkan darah tinggi?

Bukan makan daging, seafood, ikan bilis je Uric Acid boleh naik ye. πŸ¦€πŸ™πŸ¦‘πŸ¦

Gula HFCS dan Gula lain pun sama! (Sebab dalam gula pasir, ada juga fruktosa cuma peratusan lebih rendah)

*6 Kesan minum ‘Fruktosa Bomb’ dalam Soft Drinks* :

1. Insulin Resistance dan Diabetes.

2. Lemak Trigeliserida meningkat

3. Uric Acid meningkat

4. Inflammasi kronik meningkat

5. Risiko Darah Tinggi meningkat

6. Risiko batu karang meningkat.

Dan jelas nyata, semua faktor di atas akan menyebabkan kerosakan buah pinggang 😰😰

Tak rugi berhenti ketagih minum air gas ni, kemanisan yang merosakkan 😨😨

Ini baru kesan Fruktosa, saya belum cerita lagi tentang kandungan Carbonic acid, Phosphoric acid , Caramel colouring dan garam dalam soft drinks ni.πŸ˜‰πŸ˜‰

Semuanya akan ‘hentam’ buah pinggang.πŸ₯ŠπŸ₯ŠπŸ₯Š

Saya selalu share dalam ceramah, mudah je nak rosakkan pankreas dan buah pinggang, kalu teringin nak dialysis, kalu teringin nak kena cucuk sana sini, amalkan air bergas ni setiap hari, cukup 4 bulan, ada potensi nama tersenarai dalam pesakit yang kena jumpa doktor setiap 3 bulan untuk check kencing manis.πŸ˜‰πŸ˜‰

Amalkan lagi minum air gas ni, cukup haul 5-10 tahun (kalu nasib tak baik, mungkin lebih awal) akan tersenarai nama untuk masuk nama dalam statistik pesakit dialysis pula.😰😰

Nauzubillah. Mohon jauhkan la.

Anda ada kawan yang suka minum air bergas?

Boleh share artikel ni, manatau hati dia terbuka untuk berubah.

*Soft Drinks, Killing You Softly!*

– Dr Malinda

Sumber:

www.drmalinda.com

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *