PERJUANGKAN SEMULA TUHAN

Kongsikan kepada yang lain
Share

Kalau engkau tidak takut dengan Allah,

Zat yang Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui.

Tidak mungkin engkau takut melakukan kesalahan sesama manusia.

Jika engkau tidak mencintai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Penyayang.

Bolehkah engkau memberi kasih sayang sesama manusia?

Kalau dengan Tuhan yang sentiasa memerhati engkau, engkau tidak jujur.

Sudah pasti engkau tidak akan jujur sesama makhluk.

Dengan Tuhan pun engkau tidak boleh adil.

Dengan makhluk Tuhan sudah pasti engkau tidak akan boleh adil.

Tuhan yang sentiasa mempedulikan engkau, engkau tidak ambil peduli.

Sudah pasti engkau tidak akan mempedulikan manusia dan makhluk Tuhan.

Ertinya kejujuran engkau adalah terhenti sejauh mana engkau jujur dengan Tuhan.

Keadilan engkau sesama manusia ditentukan di sejauh mana engkau adil dengan Allah.

Cinta engkau sesama makhluk Tuhan adalah bersumberkan cinta engkau dengan Tuhan.

Takut engkau membuat kesalahan sesama makhluk.

Ia ada hubung kait dengan sejauh mana engkau takut dengan Zat yang Maha Agung.

Di sini kita faham bahawa corak hidup manusia ditentukan sejauh mana ia takut atau cinta dengan Tuhan.

Cintakan dan takutkan Tuhan adalah penentu sikap hidup manusia itu.

Oleh itu untuk membaikkan manusia dan masyarakat.

Perjuangkan semula Tuhan yang sudah dilupakan orang.

Agar Tuhan ditakuti dan dicintai.

Insya-Allah segala persoalan hidup manusia akan selesai.

Seluruh masalah akan dapat diperbetulkan.

Di sini kita lihat pembangunan insaniah itu adalah

amat penting.

Selepas itu bangunkanlah maddiah atau material.

Ia akan berlaku seimbang.

Menjelang Maghrib

26 – 12 – 1999

Klik Gambar Untuk Video
Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *