Kiswah Kaabah Hadiah untuk GISBH dari Syeikh Abu Mus’ab

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria.

Syeikh Abu Mus’ab dari keluarga At Tal, salah sebuah keluarga yang mempunyai kedudukan yang tinggi di Jordan. Salah seorang ahli keluarganya pernah menjadi Perdana Menteri Jordan yang terkenal iaitu Wasfi Tal yang mati dibunuh kerana mempertahankan Palestin. Syeikh Abu Mus’ab lulusan Civil Engineering dari sebuah Universiti di Budapest, Hungary. Dia fasih berbahasa Inggeris, Hungary dan sedikit Bahasa Jerman. Pernah menjadi kontraktor dan mendapat projek membuat lapangan terbang lama Jordan. Beliau kenalan rapat dan pembantu kepada Sidi Abu Khalid.

Syeikh Abu Mus’ab menceritakan pengalaman awalnya berkenalan dengan orang Malaysia ialah bila dia sangat ingin bertemu YBM Ustaz Ashaari kerana ingin mengetahui pendapat Ustaz Ashaari tentang Imamul Mahdi. Ketika itu beliau telah pergi bertemu dengan Syeikh Noh Amriki seorang dari USA masuk Islam, tinggal menetap di Jordan, belajar dengan Syeikh Noh Al Qudha dll hingga alim dan mampu menterjemah kitab-kitab Mazhab As Syafie ke Bahasa Inggeris. Syeikh Noh Amriki yang berkawan dengan pelajar Malaysia memberitahu Syeikh Abu Mus’ab tentang kedatangan Ustaz Ashaari ke Jordan. Peristiwa ini berlaku dalam tahun 1988.

Apabila bertemu dengan YBM Ustaz Ashari kemesraan sangat terasa hingga Syeikh Abu Mus’ab dapat jawapan dari Ustaz Ashaari rahsia kemesraan antara mereka, bahawa sebelum beliau sampai ke Jordan, beliau telah bermimpi bertemu dengan Sidi Abu Khalid dan Syeikh Abu Mus’ab tetapi beliau tidak tau macam mana cara hendak bertemu kerana memang tak pernah kenal hinggalah Allah yang pertemukan. Apabila bertemu, confirmlah memang wajah Itulah yang beliau temui dalam mimpinya.

Hari berganti minggu, minggu berganti bulan, bulan berganti tahun, telah Bertahun-tahun ikatan persaudaraan ini tak akan putus. Syeikh Abu Mus’ab pernah melihat jemaah di Malaysia di Zaman Al Arqam. Tetapi sejak masa yang lama, beliau tak melihat sendiri perkembangan jemaah. Baru-baru ini, Syeikh Abu Mus’ab di jemput oleh Tuan Nasir ke Turki. Jemputan mengejut itu disahut oleh Syeikh Abu Mus’ab hingga ahli keluarganya pun terkejut kerana. dalam masa beberapa jam, di hari yang sama beliau terus terbang ke Turki. Kata Syeikh Abu Mus’ab, kalau Raja Abdullah sendiri yang panggil, mungkin dia minta tangguh 2 hari tapi bila Syeikh Nasir panggil, dia datang serta merta.

Di Turki Syeikh Abu Mus’ab berpeluang bertemu semua Ahli Lembaga Penasihat GISBH khasnya Tuan Mohd Rasidi dan Dato’ Lokman Hakim. Beliau juga berpeluang menziarahi projek-projek RPU GISBH seperti ternakan ayam, itik dan puyuh, Restoran Nur Muhammad, Makam Sultan Muhammad Al Fateh, Syeikh Mustafa Al Mubarak dll.

Antara yang paling memberi kesan di jiwanya ialah dapat beribadah bersama-sama staf GISBH, makan bersama dan berjalan bersama-sama umpama satu keluarga. Juga yang sangat memberi kesan ialah adanya ruangan khas, sudut istimewa di Villa GISBH Istanbul di mana terkumpulnya barang-barang berkat di situ.

Ketika menziarahi barang-barang berkat di situ, beliau luahkan kata-kata, padanya ada kain kiswah Kaabah yang beliau akan serahkan pada GISBH kerana GISBH lebih baik menjaganya dari dirinya sendiri.

Apabila anjang pulang ke Jordan, anjang dan kawan-kawan dijemput ke villanya untuk jamuan makan tengahari yang sangat istimewa. Lebih istimewa dari itu, hari itu juga Syeikh Abu Mus’ab menyerahkan kiswah Kaabah yang asli kepada GISBH. Anjang menumpang kemuliaan para ALP untuk menjadi wakil menerimanya.

Kiswah Kaabah itu tidak terlalu besar tetapi di bahagian yang bertulis khat: Ya Hayyu ya Qayyum dengan benang emas. Ia merupakan kelambu asli yang telah berusia 12 tahun iaitu bertarikh 1428 Hijriah.

Sebenarnya ia merupakan hadiah dari kerajaan Saudi kepada wakil Kerajaan Jordan iaitu wazir Awqaf, Dr Abd Salam Ubbadi Abu Anas, tetapi Ummu Anas telah menghadiahkannya kepada Syeikh Abu Mus’ab kerana katanya Syeikh Abu Mus’ab lebih baik dan lebih layak menjaganya dari wazir Awqaf.

Syeikh Abu Mus’ab pula menghadiahkannya kepada GISBH kerana katanya : “Kamu lebih utama menjaganya. Jemaah kamu lebih baik dari negara Jordan.”

Ucapan Syeikh Abu Mus’ab membenarkan kata-kata Ustaz Ashaari suatu masa dahulu, “Nanti kekuatan Jemaah akan lebih kuat dari sebuah negara”. Mungkin dari sudut penghalusan ibadah, kekuatan Ukhuwah dan kasih sayang juga keberkatan yang beliau nampak di GISBH menjadi nilaian beliau.
Ok, jumpa lagi.

Villa GISBH Amman

11.20am, Nov 8, 2018

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *