Kesan asid ditemui di kediaman konsul Arab Saudi

Kongsikan kepada yang lain
Share

DOHA: Sumber dalaman pejabat peguam negara Turki, hari ini mendedahkan bahawa pasukan penyiasat menemui kesan asid hidroflorik dan beberapa bahan kimia lain dalam perigi di kediaman konsul jeneral Arab Saudi di Istanbul.

Sumber itu berkata, pembunuh melupuskan mayat wartawan Jamal Khashoggi yang siap dikerat dalam asid di salah sebuah bilik di kediaman Konsul Jeneral Arab Saudi, Mohammed al-Otaibi.

Wakil Al Jazeera yang melaporkan dari Istanbul berkata, kediaman itu digeledah pasukan penyiasat Turki, dua bulan selepas tarikh pembunuh berlaku.

“Menurut sumber ini, dalam tempoh dua minggu itu, asid digunakan untuk memusnahkan mayat Jamal Khashoggi yang sudah dikerat,” katanya. – Agensi/ Al Jazeera

AM: Jamal Khashoggi rakyat Saudi, keluarganya ada di Saudi, dia bukan pembangkang yang menyerang regim Saudi dari luar seperti Saad al-Faqih, Muhammad al-Mas’ary yang sangat vokal terhadap regim Saudi, dia juga bekas orang atas perisikan Saudi, cuma dia memberi komen semakin tiada kebebasan di era MBS.

Harga komen ini sangat mahal. Dia dibunuh dengan cara diperangkap. Di konsul negaranya sendiri, di Turki. Tanpa mampu melawan. Dikerat-kerat, dipotong-potong jasadnya dengan chainsaws lalu dilupuskan dengan asid untuk menghilangkan bukti.

Di Malaysia, kalau potong-potong mayat ni amalan ilmu hitam. Tapi bila potong-potong sambil dengar muzik, lepas bunuh dan siapkan operasi, minum arak dan nampak ceria. Pastu larutkan guna asid, semua ni lebih sadis dari amalan mistik ilmu hitam. Semua ini bukti yang menguasai tempat suci Islam bukan manusia biasa. Bukan masjid Aqsa sahaja perlu dibebaskan…. Teringat AM dengan nasyid, ‘Power Kaabah’. Kain Kaabah Ori pun dah ada pada para Ikhwan. Tuhan ada cara nak menangkan agamanya!

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *