Tetamu di GISBH Bangkok dan bertamu di Amman

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria.

Kalau tak mendengar cerita dan perkembangan, terasa ada kekurangan dalam hidup hari ini. Mujur ada yang rajin berkongsi cerita dan peristiwa.

Di Bangkok, Thailand, sesampainya Tuan Muhammad bin Adam dari Chiangmai, tetamu dari berbagai golongan telah berdatangan ke Restoran Love and Care untuk bertemu dengan beliau.

Ada yang datang untuk menziarahi Tuan Muhammad Adam kerana lama tak berjumpa dan berbagai tujuan lain. Antara tetamu yang datang ialah:

1. Naphot dan Qomariah telah datang untuk berbincang-bincang persiapan majlis ‘Sharing is Power’ pada bulan Febuari tahun hadapan.

Mr Naphot
Qamariah

2. En Mustofa (adik kepada Napot ) dan seorang lelaki yang katanya dari keturunan Syeikh Abdul Kadir Al Jailani bernama En Abd Sufian dan kawannya dari Naratiwat. Mereka membawa keris dan tongkat yang dikatakan warisan dari Syeikh Abdul Kadir Jailani. Tuan Muhammad Adam menceritakankan majlis Maulidun Nabi yang akan diadakan di Jitra, Kedah lalu beliau terus menjemput kawan-kawannya di dalam grup-grup media social.

3. Dr Ekrin dan keluarganya juga datang di Restoran Love and Care. Menurutnya, dia tak boleh kalau tak datang ke Restoran GISBH kerana kalau datang ke sini dia akan dapat pahala sebab dia bantu Islam. Dia tahu GISBH berniaga bukan untuk kaya tetapi untuk membela Islam. Dia berbual panjang dengan Tuan Muhammad Adam tentang bermacam-macam isu.

4. En Deacha, ketua persatuan OKU Islam dan teamnya juga turut datang berbual dengan Tuan Muhammad Adam. Di antara topik perbualannya ialah serban. Apa perlu pakai serban? Tuan Muhammad Adam terangkan kena pakai kerana serban adalah sunnah dan kesukaan Nabi. Orang yang pakai serban ibarat mahkota lelaki dan itulah sunnah Nabi yang sentiasa dipakai oleh baginda. Wahabi tak pakai sebab dia kata serban tu adat Arab semata-mata, sedangkan itu sunnah Nabi walaupun sunat. Ia pasti ada keberkatan.

5. Selain itu, datang juga Puan Somsak Satlek dengan keluarganya. Dia pernah membawa rombongan seramai 40 orang ke base GISBH di Phuket. Tuan Muhammad Adam juga mengajaknya untuk turut sama di dalam expo GISBH di Kedah.

6. Pada malamnya Puan Ariya dan suami pula datang bertemu dengan Tuan Muhammad Adam. Puan Ariya sudah sangat jatuh hati dengan GISBH. Dia pernah pergi ke Malaysia bersama seorang wartawan yang sedang sangat-sangat memperomosikan GISBH di rancangan TVnya.

7. Seorang imam dari Phuket dari masjid Al Madinah juga turut datang makan Restoran GISBH. Dia membawa semua ahli keluarganya dan responnya, dia kata rasa seronok dan senang bila berbual-bual dengan para Ikhwan. Dia juga sangat kagum macamana Tuan Muhammad Adam boleh melaksanakan sunnah poligami. Semasa hendak balik, dia memberi sumbangan 1000B untuk para remaja GISBH. Begitulah Tuan Muhammad Adam dan team GISBH Bangkok, sangat diterima oleh pelbagai lapisan masyarakat.

Di Jordan bagaimana? Di Amman sejuk. Suhunya sejuk. Petang begini 14 darjah C di luar rumah. Di dalam rumah lagi sejuk. Suhu di waktu malam sekarang sudah 11 darjah C. Tapi suhunya sahaja sejuk, moga perjuangan dan cita-cita tetap panas membara, di era bara-bara api Islam sedang dikumpulkan ini.

Kalau di Bangkok, antara tetamu yang datang dari keturunan Syeikh Abdul Qadir Al Jailani, kami di Jordan juga direzkikan bertemu dengan keturunan Wali Allah ini. Di negara-negara Arab seperti Jordan, Iraq, Palestin; keturunan Syeikh Abdul Qadir Al Jailani menggunakan nama keluarga Al Jailani dan Al Kailani atau Al Kilani. Mereka semuanya dari keturunan Syeikh Sufi yang berkat ini.

Semalam kami berpeluang menziarahi kenalan baru kami yang merupakan pelanggan di Restoran Nur Malaysia, Amman iaitu Mr Hamzah Al-Kilani dan Puan Samira Al-Kilani.

En Hamzah adalah bekas Ketua Jurutera di Syarikat Penerbangan Royal Jordanian. Banyak masa beliau dan keluarga tinggal di luar Jordan.

Isterinya Pn Samira pula adalah seorang pengusaha kosmetik, jenama SHEA’S Secret. Beliau juga adalah seorang yang sangat aktif dalam media sosial, youtube dan FB. Banyak membincangkan isu-isu berkait keperluan surirumah tangga dan keluarga dalam menangani kos hidup, juga hal-hal semasa. Pn Samira juga ada menulis sebuah buku yang membincangkan kaedah bagaimana surirumah dapat menjimatkan kos hidup. Buku tersebut telah mendapat sambutan masyarakat dunia Arab dan telah di ulang cetak sebanyak 5 kali.

Perkenalan bermula bila beberapa hari lepas beliau dan isteri datang makan di restoran milik GISBH di Amman. Bila ditanya bagaimana beliau tahu tentang restoran GISBH? Beliau berkata aku tahu daripada kawan-kawan aku. Beliau memuji masakan yang menurutnya sama rasanya seperti di Malaysia dan berkata harga makanan juga adalah berpatutan.

Mr Hamzah mencadangkan kita menggunakan rangkaian media sosial untuk promosi restoran kita. Ini kerana berdasarkan pengalaman isteri beliau yang sangat terkenal hanya berniaga menggunakan rangkaian media sosial. Atas keberkatan beliau bersedia mengiklankan syarikat kita ( restoran dll) dalam youtube dan FB isterinya.

Beliau sangat berminat bila mengetahui GISBH mempunyai rangkaian perniagaan di seluruh dunia. Hasrat asal beliau ingin menumpang GISBH untuk memasarkan produk syarikatnya ke seluruh dunia.

Hati apabila sudah terikat, sukar berpisah. Rupanya mereka pernah menjadi pelanggan kafe lama di era Rufaqa iaitu di kawasan Arjan dahulu. Puan Samira merupakan pengacara TV dan youtube yang sangat dikenali kerana mempuyai ramai pengikut. Rakan FBnya pula seramai lebih 20 ribu orang. Dia pernah mendapat anugerah pingat dari Youtube.

Produk beliau sudah terkenal dan berada di pasaran luar negara. Pernah ada seorang dari Jordan mengalami sakit kulit pergi ke Maghribi untuk mendapatkan rawatan. Di Maghribi, Doktor yang merawatnya bertanya, kenapa kamu datang sini? Pergi jumpa Samira Kilani. Dia boleh bantu kamu.

Bila kita bertanya, boleh ke jika kita mahu belajar dengan dia cara buat sabun, Pn Samira terus respon, “Boleh. Nanti aku akan tunjukkan cara untuk buat sabun di rumah.” Mudah-mudahan Sabun Ikhwan Jordan akan berada di pasaran tak lama lagi. Aamiin.

Mereka mempunyai visa Malaysia 10 tahun boleh keluar masuk serta boleh membeli aset iaitu Program Malaysia My Second Home. Pn Samira juga ada bekerjasama dengan TV3 atas program yang dia kendalikan.

Kita lihat, walaupun tak secara formal, hari itu juga Puan Samira bercerita di media social tentang ziarah yang GISBH lakukan ke premisnya. Dia juga memperkenalkan 2 restoran GISBH di Jordan dan mengajak orang ramai mencuba masakannya.

Moga Allah bukakan hati semua Umat manusia untuk kembali kepada takutkan Allah dan rindukan Rasul serta berkasih sayang sesama manusia.

Di malam harinya pula, seorang pengusaha halawiyat bermurah hati menghadiahkan staf-staf GISBH sejenis manisan Arab yang terkenal, ‘Kinafah’. Tak banyak, cuma 4 dulang sahaja. Cukup untuk meninggikan bacaan gula anda.

Terima kasih Tuhan atas segala nikmat ini. Moga kami menjadi orang yang meraung kesyukuran dalam hati kerana tahu betapa tidak layaknya menerima nikmat-nikmatMu ini.

Villa GISBH Amman, Jordan.

3.06 pm, Nov 16, 2018.

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *