Karnival menghayati perjuangan Rasulullah SAW

Kongsikan kepada yang lain
Share

JITRA – GISB Holdings Sdn Bhd akan menganjurkan Karnival Maulidur Rasul buat pertama kalinya di wilayah utara mulai esok sehingga 24 November di Darulaman Park.

Timbalan Pengarah Urusan GISB Holding Sdn Bhd (utara), Dr Hamzah Othman berkata, objektif karnival ini diadakan adalah untuk membesarkan Rasulullah SAW sebagai peribadi agung.

Katanya, hasrat mereka itu bertepatan sekali dengan tema yang dibawa iaitu Rasulullah Contoh Peribadi Agung Menyantuni Umat Membawa Berkat.

“Melalui karnival ini juga kita cuba bawa pendekatan bahawa sambutan Maulidur Rasul tidak terhad diadakan di masjid sahaja.

“Malah kami yakin, dengan penganjuran karnival seperti ini kita boleh luaskan sasaran kita sehingga kepada pengunjung bukan Islam,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Menurutnya, pelbagai aktiviti dan program menarik disediakan untuk semua lapisan masyarakat terutama golongan muda.

“Antara program yang bakal menarik perhatian pengunjung adalah pameran menghayati perjuangan Rasulullah SAW.

“Dalam pameran ini, kita bawakan pelbagai replika yang menggambarkan kehidupan zaman Rasulullah SAW bersama para sahabat.

“Saya yakin ini adalah satu peluang berharga untuk para pengunjung menghayati perjuangan Rasulullah SAW dan satu pendedahan yang baik untuk kanak-kanak mengenal Rasulullah SAW,” katanya.

Hamzah berkata, karnival yang kali kelapan dianjurkan secara besar-besaran ini menyediakan pelbagai aktiviti menarik seperti sukan memanah, berkuda, pertandingan syarahan, nasyid dan pelbagai lagi.

“Secara keseluruhannya, kita ada 64 reruai pameran dan jualan yang terdiri daripada sektor-sektor dalam syarikat GISB Sdn Bhd, jabatan kerajaan dan produk-produk Industri Kecil dan Sederhana.

“Selain itu, kita turut menganjurkan  Berkat Hour yang mana kami menyediakan makanan dan minuman secara percuma untuk 1,000 pengunjung dua kali setiap hari.

“Makanan dan minuman yang kami sediakan itu terdiri daripada produk – produk keluaran syarikat kami sendiri seperti piza, roti, ayam Ikhwan, mi dan lain-lain lagi.

“Insya-ALLAH kami mensasarkan kira-kira 16,000 pengunjung yang terdiri daripada penduduk di sekitar Jitra dan Perlis serta rakan-rakan daripada negara jiran.

“Malah lebih bermakna lagi karnival ini juga bakal menerima kunjungan daripada ulama tersohor dari Jordan, serta rakan-rakan persatuan Islam daripada Thailand yang akan diketuai oleh Presiden Global Ikhwan Foundation,Thailand, Tuan Mohammad Adam.

Untuk rekod, GISB Holding Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat yang telah bertapak di 16 buah negara sejak 2011 dalam usaha membangunkan cara hidup Islam dalam bentuk perniagaan.

AM: Semalam anjang di Ikhwan Delight Cameron Highlands, mengiringi YM Dr Mohd Hisham Sultan At Tamimi menuju ke program Karnival ini tapi singgah semalaman di CH. Semasa berbual dengan Jun, staf GISBH di sini, dia beritahu sehari sebelum itu tapak bazar berkhemah di belakang Ikhwan Delight itu pun menyambut Maulidur Rasul. Sepanjang hari dipasang Nasyid dan selawat. Tapi ketika anjang sampai dah kembali kepada asal dengan lagu-lagu pop dan dangdut.

Anjang juga dapat video penonton pertandingan bolasepak di Eropah meraikan Maulidur Rasul dengan cara tersendiri iaitu membina tulisan dalam Bahasa Arab yang terjemahannya dalam Bahasa Malaysia: ‘Kekasihku Wahai Rasulullah’ bersama sorakan, pekikan dan siulan.

Ramai orang mengaku mencintai Rasulullah SAW tetapi eloklah kita fikirkan, apakah Rasulullah SAW mencintai kita? Malah tentu ramai yang mencintai Allah tetapi apakah Allah mencintai kita? Ya Allah Maha Pemurah kepada semua makluk, tetapi Allah hanya mengasihi orang Mukmin sahaja. Ada panduan yang jelas dari Allah bahawa cinta perlukan pembuktian:

قُلْ إِن كُنتُمْ تُحِبُّونَ ٱللَّهَ فَٱتَّبِعُونِى يُحْبِبْكُمُ ٱللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ

Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu.

Ali Imran:31

Mengikuti Rasulullah SAW adalah bukti cintakan Allah Taala. Sudah tentu tanda atau bukti cintakan Rasulullah adalah dengan mengikuti para pemimpin pewaris para Rasul. Mereka adalah pemimpin yang bertakwa yang Allah bariskan mereka dengan Allah dan Rasul dari sudut ketaatan, merekalah Ulul Azmi di kalangan para Rasul. Carilah mereka untuk menambah rindu kepada baginda SAW.

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *