GISBH di Halal Fest, Tokyo.

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria.

Terlalu banyak perkembangan yang berlaku hingga tak sempat nak cover. Kalau di Malaysia banyak cerita-cerita negatif yang tak seronok di dengar seperti Isu ICERD dan rusuhan di Kuil Hindu. Di dalam GISBH pula, banyak berita-berita gembira untuk Islam yang perlu dikongsikan segera kerana janji Allah melalui lidah rasulNya, Islam akan menang di akhir zaman.

Semalam wakil GISBH yang dihantar ke Jepun, Tuan Shukri Mohd Noor dan Tuan Rizal Rosli telah berpeluang mengunjungi Halal Fest yang di adakan di Tokyo Ryutsu Centre yang majoriti pesertanya datang dari Malaysia.

Kedatangan wakil GISBH sangat menjadi tumpuan ramai. Alhamdulillah, kebanyakkannya bertanya dan meminta maklumat dari GISBH malah ada juga bertanya kenapa GISBH tidak terlibat sama. Tak kurang juga yang bertanyakan panduan bagaimana untuk menjadi seperti GISBH.

Antara yang wakil GISBH temui ialah anak kepada Tn Haji Kuddus, Sakhia yang belajar di sini dan sedang part time menjadi juru bahasa di Halal Fest ini.

Antara yang wakil GISBH sempat temui juga malah sangat teruja dengan GISBH adalah Chef dari Syarikat Adabi, Syed Azhar. Menurutnya, dia selalu ke GHC di BCH kerana rumahnya pun di BCH dan syarikat Adabi pula di Rawang. Ada beberapa perkara yang dibualkan dengannya antaranya dia sudi untuk mengajar remaja-remaja kita selok-belok masakan dan dia juga bersedia untuk membantu GISBH jika ada apa-apa yang dirasakan perlu untuk menambah lagi produk GISBH seperti perencah masakan dan lain-lain.

Dari kiri, Pn Suraya PPIM yang sangat mengenali GISBH, khasnya sangat mengenali YDB Tuan CEO. Pn Suraya sangat mempromosikan GISBH kepada sesiapa sahaja kerana begitu kagum dengan GISBH. En Mohd Munir Lukman Hakim Eksekutif Director untuk Rezza Brand. Beliau terkejut bila mendengar bagaimana GISBH sangat mementingkan persoalan hati dalam mentadbir staf dan syarikat. Berulang-ulang disebut nak minta tolong GISBH proses hati-hati pengusaha perniagaan di Malaysia.

Dengan keberkatan, dì akhir kunjungan wakil GISBH di Halal Fest ini, mereka dipertemukan dengan Saudara Kim Jin Woo yang merupakan CEO industri Halal Korea. Apabila wakil GISBH menceritakan tentang GISBH, dia sangat mengalu-alukan kedatangan GISBH ke Korea. Menurutnya di Korea terdapat seramai 1 juta orang Islam namun makanan halal belum betul-betul memenuhi keperluan. Semoga atas apa yang berlaku dengan keberkatan para kekasih Allah, akan terbukalah lagi ruang-ruang untuk Islam bertapak di bumi matahari terbit ini..

Klik Gambar untuk video.
Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *