Tokyo-Osaka; GISBH di Jepun. Liputan RPU.

Kongsikan kepada yang lain
Share
Klik gambar untuk video. Sila like, share dan subscribe untuk membantu sebarkan usaha-usaha dakwah Islam.

Salam ceria.

Laju pergerakan RPU walaupun hanya wakil yang dihantar ke Jepun tetapi hati, perasaan, jiwa kita dibawa bersama mengembara untuk meneroka Jepun agar Islam tetap dimuliakan di mana-mana di bumi Allah ini.

Dulu sebelum Jepun menjajah Tanah Melayu dalam peperangan dunia kedua, mereka hantar perisik-perisik mereka yang duduk lama di Tanah Melayu. Ada di antara mereka membuka kedai gunting rambut tetapi menjalankan kerja-kerja risikan. Dengan maklumat yang mereka dapat, mereka berjaya menjajah Tanah Melayu dengan cepat. Mereka sangat tahu jalan-jalan di Tanah Melayu. Mereka bawa bersama mereka basikal dari Jepun kerana ketika itu, itulah kenderaan yang paling sesuai dan memudahkan pergerakan. Akhirnya British dan tentera-tentera upahannya kalah dah berundur.

Tetapi akhir zaman ni kita bukan nak berperang. Kita datang nak menyelamatkan. Dunia dah nak kiamat. Teknologi manusia sangat canggih. Keretapi pun dah terlalu laju. Laut, darat dan udara telah diteroka tapi amat malanglah kalau ada manusia lagi yang masih tak kenal Allah. Masih sembah patung-patung yang tidak bernyawa. Masih sembah matahari. Walaupun sangat pembersih, sangat bersopan santun tapi kalau bukan atas dasar aqidah tak akan selamat di Akhirat. Sebab itu segala usaha perlu dilakukan di era keberkatan ini untuk membawa semua manusia kenal dan takut Allah. Tuhan yang Maha Pengasih. Moga-moga kita selamat dan semua manusia diselamatkan.

OTW Pilin

8.02am, Dis 1, 2018

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *