Harga Diri Manusia Adalah Akhlak (Janganlah Cakap Sia-Sia)

Kongsikan kepada yang lain
Share

Janganlah suka cakap yang sia-sia.

Seperti cakap merapu yang tidak ada manfaatnya.

Cakap yang tidak disukat, tidak fikir dosa.

Orang benci, Tuhan lebih-lebih lagi tidak suka.

Bergembira tidaklah salah tapi jaga tatasusila.

Berhibur bukanlah salah tapi di dalam batas-batas agama.

Akhlak kenalah jaga, ia maruah kita.

Tidak ada akhlak, manusia tidak percaya.

Orang yang tidak berakhlak orang yang sudah tidak malu.

Orang yang tidak malu, tindakan dia tidak fikir dosa pahala.

Dia tidak fikir lagi apa orang kata.

Bahkan cercaan orang, jiwanya tidak rasa apa-apa.

Begitulah hati jika sudah mati.

Perkara yang memalukan tidak terasa apa-apa lagi.

Bahkan dia berbangga pula dengan perbuatannya.

Hatinya berkata, apa orang hendak kata, katalah peduli apa.

Harga diri manusia adalah akhlaknya.

Tidak ada akhlak, harga diri pun tidak ada.

Jika harga diri tidak ada.

Binatang lebih bernilai dari manusia.

24.12.2002

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *