HINDARI PERKARA YANG MEMATIKAN HATI

Kongsikan kepada yang lain
Share

Pembunuh jiwa atau mematikan hati banyak perkaranya.

Kenalah jaga bersungguh-sungguh jangan sampai menimpanya.

Orang yang jiwa mati atau buta hati merosak manusia dan dunia.

Bahkan perosak segala-galanya terutama agama.

Di antara perkara pembunuh jiwa atau pembunuh hati.

Mata tidak dikawal daripada dosa.

Telinga juga suka mendengar perkara yang lucah dan tidak bersopan.

Mendengar umpatan dan perkataan yang melalaikan.

Hati suka mengkhayalkan kecantikan perempuan yang tidak halal.

Di waktu keseorangan suka berangan-angan dan berkhayal-khayal.

Apatah lagi makan minum yang syubhat dan tidak halal.

Lebih-lebih lagilah membunuh jiwa atau mematikan hati atau menghitamkannya.

Pergaulan bebas di antara laki-laki dan perempuan kenalah jaga.

Kerana di sana boleh memberangsangkan nafsu haiwan kepada manusia.

Dari rangsangan nafsu yang jahat merosakkan jiwa.

Apabila jiwa rosak berbagai-bagai mazmumah akan menimpanya.

Di waktu itu tidak mampu untuk mengkontrolnya.

Lahirlah berbagai-bagai maksiat dan kemungkaran oleh manusia.

Gejala masyarakat pun bermaharajalela.

Punah-ranahlah pergaulan manusia.

Di waktu itu hilanglah keamanan dan keharmonian di dalam masyarakat manusia.

Maka menjadi balalah kepada kehidupan manusia.

Di Akhirat masuk Neraka.

Selepas Isyak

15 – 10 – 1999

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *