Sembahyang Berjanji dan Berikrar Dengan Tuhan

Kongsikan kepada yang lain
Share

Banyak orang tidak sedar.

Apabila dia bersembahyang, dia berjanji dan berikrar dengan Tuhan.

Atau dia sedar dia lupakan.

Kalau kita berjanji dengan manusia.

Kalau tidak tunaikan hilang keyakinan orang, orang meradang.

Menunjukkan janji itu mahal, pada setiap orang.

Bila dengan Tuhan yang menjadikan kita.

Janji kita tidak tunaikan.

Sembahyang itu tidak ada nilai disisi Tuhan.

Oleh itu kalau orang faham.

Bila dia hendak sembahyang, dia bimbang.

Takut-takut janjinya dengan Tuhan dia abaikan atau cuaikan atau ditinggalkan.

Orang yang bersembahyang itu akan dicampakkan kedalam neraka Wail yang amat dalam.

Kita bersembahyang buat pengakuan hidup mati kerana Tuhan.

Diluar sembahyang, kita ikut nafsu dan syaitan.

Tipu, rasuah, hasad dengki, tamak,gila dunia.

Itulah jalan nafsu dan syaitan.

Didalam sembahyang, kita meminta jalan yang lurus.

Iaitu jalan syariat Tuhan.

Diluar sembahyang kita buat kerja dan usaha bertindak tidak fikir halal dan haram.

Didalam sembahyang kita buat pengakuan nak sembah Tuhan.

Nak minta kepada Tuhan.

Diluar sembahyang mengikut hawa nafsu.

Ertinya nafsu menjadi penyembahan.

Didalam sembahyang mengaku nak meminta kepada Tuhan.

Diluar sembahyang mengikut jalan nafsu dan syaitan.

Didalam sembahyang berikrar dan berjanji hendak mengikut jalan rasul dan nabi.

Diluar sembahyang ikut jalan pembesar-pembesar yang menyeleweng dari ajaran Tuhan.

Dan artis-artis yang rosak akhlak dan perbuatan.

Didalam sembahyang kita doakan kesejahteraan Umat Islam.

Diluar sembahyang kita hasad dengki dengan mereka.

Kita khianat dengan mereka.

Kita tipu mereka.

Kita minta rasuah dengan mereka.

Kita sombong dengan mereka.

Kita bohong dengan mereka dan melakukan curang.

Jadi nyatalah kebanyakan orang yang sembahyang dia derhaka kepada Tuhan.

Setiap kali sembahyang, setiap kali pula berbohong dengan Tuhan.

Setiap kali sembahyang, kita mungkir janji dengan Tuhan.

Setiap kali sembahyang, kita menyenda-nyenda Tuhan.

Setiap kali selepas sembahyang, selepas itu dia bermusuh dengan Umat Islam.

Munasabahlah orang yang sembahyang macam ini dilaknat Tuhan.

Apabila dilaknat Tuhan, Tuhan campakkan kedalam neraka wail yang amat dalam.

Itu orang yang sembahyang.

Orang yang tak sembahyang, orang yang tak terima Allah sebagai Tuhan.

Walaupun mereka percaya adanya Tuhan.

Tetapi Tuhan tidak dijadikan Tuhan.

Kekallah didalam neraka kerana hakikatnya orang itu sudah kafir dengan Tuhan.

Lepas Zohor

07.11.2005

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *