Teksi Para Pejuang

Kongsikan kepada yang lain
Share
Jumpa orang kampung, Dato’ Rosdi@Kejep ketika nak masuk Pesawat Saudia tadi. Naik ‘teksi’ lagi.

Salam ceria.

Ustaz Ashaari pernah berkata, “Suatu masa nanti, orang-orang kita akan naik turun kapal terbang macam naik teksi je.

Menunjukkan kerapnya menggunakan perkhidmatan pesawat dan kemampuan kewangan yang akan Allah beri kepada para pejuang. Ya la, secara umumnya naik flight bukan murah. Parking kereta di airport bagi yang menghantar pun boleh tahan mahalnya…

Anjang ceritakan pada Dr Hisham kata-kata Ustaz Ashaari ni. Dr tersenyum penuh yakin. Sejak bertolak memulakan musafir pada 20hb November 2018 dengan Dr di seluruh Malaysia termasuk Sabah Sarawak, Thailand dan Indonesia, kami dah naik turun pesawat lebih 20 kali. Istimewanya, Dr akan ingatkan anjang, ketika nak naik flight sambil tersenyum puas:

“Kita naik ‘teksi’ Abuya lagi!”

Puas kerana kata-kata Ustaz Ashaari benar-benar berlaku. Seperti kata-kata Ustaz Ashaari, Tun Mahathir akan kembali berkuasa. UMNO akan kalah dll. Begitulah Dr Hisham.

Masa pulang ke Jordan telah tiba. Kami sedang transit di Jeddah. Cuaca sejuk menanti kami di Amman 4°C setelah lama di Asia Tenggara dengan suhu 26° C. Moga Allah selamatkan perjalanan ini.

Airport Jeddah

6.38 pm, Jan 16, 2019

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

One thought on “Teksi Para Pejuang

  • January 17, 2019 at 3:41 am
    Permalink

    Moga Allah senantiasa memelihara Tian harun dan DR hisyam… Dengan keberkatan… Amiiin YRA

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *