Salji di Amman 16.01.2019

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria.

Alhamdulilah, anjang dan Dr Hisham Selamat sampai ke Amman, Jordan pada 16.01.2019. Kami keluar dari Jordan pada 20.11.2018. Safar yang lama dan banyak tempat. Mudah-mudahan Allah menerimanya sebagai ibadah.

Sepanjang musafir, Dr Hisham kerap menghubungi keluarganya. Selalunya berita yang dikongsikan, cuaca sangat sejuk tetapi tiada hujan dan salji. Salji yang paling diharapkan turun oleh rakyat Jordan memandangkan sumber air mereka adalah dari simpanan air dari salji di musim sejuk. Seingat anjang, sewaktu masih belajar dulu, kalau salji tak turun, seluruh Jordan akan diadakan solat istisqa’, sembahyang minta hujan. Diistiharkan di paper, tv, radio dan minbar masjid. Raja Husin sendiri turun solat Istisqa’ bersama rakyat.

Ketika bermusafir di Malaysia dan Indonesia, bila melihat banyaknya sungai, Dr Hisham banyak kali berkata dalam gurauan, “sedekahlah sungai kamu sebatang ke Jordan. Sebatang sungai pun dah membuatkan kami suka giler…”

Allah kabulkan harapan Dr Hisham dan rakyat Jordan bila malam kami sampai di Jordan, salji turun di Amman. Alhamdulillah mudah-mudahan pertanian lebih menjadi tahun ini berkat turunnya salji.

Otw Villa SAM

12.41 pm, Jan 20, 2019

Sila klik gambar untuk video.
Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *