Forum Perniagaan Antarabangsa menerima penyertaan penuh oleh 30 negara

Kongsikan kepada yang lain
Share

Forum Perniagaan Islam Antarabangsa GISB (GIIBF), yang dianjurkan untuk pertama kalinya tahun ini oleh GISB Holdings, telah diadakan di Malaysia. Lebih daripada 1000 peserta dari 30 negara mengambil bahagian dalam program 3 hari ini.

GISB Holdings telah menandakan satu peristiwa penting di Putrajaya, ibu kota pentadbiran Malaysia. Forum Perniagaan Antarabangsa GISB, yang bermula pada 11 Februari dan sangat menarik perhatian ramai, telah berakhir semalam. Lebih daripada 1000 peserta dari 30 negara mengambil bahagian di dalam forum yang diadakan di Marriott Hotel. Terdapat sesi forum tentang bidang ekonomi Islam di dalam organisasi, yang menekankan pentingnya pembangunan industri halal. Pada hari pertama forum yang diadakan pada waktu pagi dalam sesi yang dikendalikan oleh moderator Tn Hasnan Abdul Hamid (GISBH), ahli panel Pn Dr Ibu Gina Puspita Nasiran (GISBH), Dr Ahmad Mukhlis Yusuf (Indonesia), Dr H Masyhudi AM, MM (Indonesia) telah membuat pembentangan mengenai ekonomi Islam. Pada sesi petang, Pengerusi GISBH, Tn Mohd Rasidi Abdullah telah memberikan ucapannya.

Pada hari kedua sebelum waktu tengahari dalam sesi yang dikendalikan oleh moderator Tn Harun Taat (GISBH), Tn Nik Hazani (GISBH), Dr Hisham Attamimi (Jordan), Sabahattin Arslan (Turki) telah berkongsi pendapat mereka. Pada sebelah petang, filem promosi syarikat yang dihasilkan oleh Ikhwan TV telah ditayangkan dan sebuah kumpulan nasyid telah membuat persembahan. Menteri Pembangunan Usahawan Malaysia, Mohd Redzuan Md Yusuf yang merasmikan forum tersebut, menekankan pentingnya industri makanan halal. Di akhir program, Menteri Mohd Redzuan menerima plak cenderahati dan hamper produk-produk yang dihasilkan oleh GISB Holdings.

Pada hari terakhir forum tersebut, untuk sesi yang dikendalikan oleh moderator Tn Anuar Abdul Rahman (GISBH) yang berlangsung pada waktu pagi, Encik Sarwar Khan telah membuat pembentangan mengenai peranan teknologi maklumat dalam ekonomi Islam. Para perwakilan negara juga membuat ucapan untuk menyatakan pandangan dan hasrat mereka. Ucapan penutup forum telah disampaikan oleh Tn Lokman Hakim Pfordten. Di akhir program 3 hari tersebut, para peserta telah dibawa melawat pameran barangan berkat.

Di akhir program 3 hari tersebut, para peserta telah dibawa melawat pameran barangan berkat

Putrajaya, atau nama rasminya Wilayah Persekutuan Putrajaya, adalah bandar pentadbiran Malaysia. Putrajaya terletak di selatan ibu kota Kuala Lumpur. Pada tahun 1999, pusat kerajaan negara telah berpindah dari Kuala Lumpur ke Putrajaya ekoran kesesakan dan penduduk yang ramai. Kuala Lumpur yang merupakan ibu kota Malaysia di mana terletaknya Istana Negara dan Bangunan Parlimen. Di Putrajaya terletak bangunan kementerian-kementerian dan pejabat kerajaan. Putrajaya adalah tanah persekutuan seperti Kuala Lumpur dan Pulau Labuan.

Kredit: Akhbar Turki Ittifak

https://www.ittifakgazetesi.com/uluslararasi-is-forumu-na-30-ulkeden-yogun-katilim-y12601.html

  • giibf anjangmuor (1)
Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *