Seminar Ekonomi Islam GISBH Peringkat Antarabangsa.

Kongsikan kepada yang lain
Share

Penyertaan Usahawan dan wakil kerajaan Thailand sebagai pelajaran jangka panjang.

GISB Holdings telah mengadakan forum bisnes Islam peringkat Antarabangsa di hotel Putrajaya Marriot Malaysia, yang disertai oleh para jemputan dan usahawan dari pelbagai negara di seluruh dunia dengan memberi ucapan seperti wakil dari Mesir, Jordan, Thailand, China, Australia, Indonesia, Afrika, Turki, Singapura dan lain-lain.

GISBH merupakan sebuah syarikat besar yang mempunyai latar belakang yang panjang, yang menjalankan pelbagai pernigaan dan mengeluarkan pelbagai produk makanan dan juga pelbagai perkhidmatan juga mempunyai cawangan di seluruh dunia.

Antara matlamat perniagaan GISB ialah menjadi sumber produk Islam dan dapat membangunkan masyarakat mengikut landasan Islam juga membantu untuk meningkatkan ekonomi orang-orang Islam di seluruh dunia

Pada forum ini juga diadakan perbincangan bersama para pakar ekonomi dan usahawan dari seluruh dunia di majlis yang dihadiri lebih dari 1000 orang ini. Perkara yang yang paling bermanfaat ialah cara menjalankan perniagaan yang bebas dari sistem riba yang tiada keberkatan padanya.

Di forum ini dijelaskan perkara utama sebelum memulakan perniagaan ialah mesti melalui proses bina insan, menyampaikan ilmu dan bertukar-tukar fikiran antara satu sama lain.

Syarikat ini juga dapat melahirkan para belia yang mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang, seorang mempunyi kepakaran dalam 10 bidang untuk membangunkan ekonomi pada masa depan dengan keberkatan dan dibuat hanya kerana Tuhan, yang mana sangat sesuai untuk digunakan dalam pembangunan di wilayah-wilayah selatan Thailand.

Majlis seminar GIIBF yang diadakan di hotel Putrajaya Marriott, diresmikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan YB Dato Seri Mohd Redzwan dan ucapan dari Dato’ Lokman Hakim CEO GISBH.

Antara mereka yang menyertai seminar GIIBF dari Thailand wartawan-wartawan muslim, ushawan restoran dan pengeluar produk makanan, usahawan pembanguan dan juga YB Tasneem wakil kerajaan Thai yang dihantar oleh Mr. Phanu Uthairat untuk meninjau dan mempelajari supaya dapat diadakan usahasama dalam bidang ekonomi dengan kerajaan Thailand pada masa akan datang.

Kredit: http://www.chaidantai.com/?p=31004

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *