GISBH sesat??!

Kongsikan kepada yang lain
Share

Kisah Menarik Di Café Dan Bakeri Ikhwan Kota Damansara

Tarikh: 5hb Mac 2019

Jam: 10.00 pagi

 

Seorang wanita lebih 60an menggigil dan menggeletar bila dia bersama suaminya masuk ke Café Ikhwan Kota Damansara.

 

Puan Hamidah dan En Affendi yang datang untuk menerima rawatan gigi di klinik swasta bersebelahan Kafe Ikhwan telah diberi peringatan oleh anak mereka supaya jangan masuk ke mana-mana premis Ikhwan atau GISBHoldings.

 

Puan Hamidah sempat meninjau komen-komen positif dan negatif mengenai GISBH di media sosial sebelum masuk ke Kafe Ikhwan. Katanya “Kalau ikut apa yang saya baca dalam internet memang menakutkan tetapi hari ini hati saya terdorong-dorong nak masuk juga ke Café Ikhwan ini. Saya cakap kat suami saya, tak kan nak masuk minum pun tak boleh”. En Affendi, suami beliau mengingatkan agar beliau tidak memarahi atau menjatuhkan air muka staf GISBH yang ada. Maksudnya “Kalau pun mereka sesat, janganlah memarahi mereka di depan orang ramai”.

 

Alhamdulillah dengan keberkatan Rasulullah dan para kekasihnya berlaku keajaiban pada diri Puan Hamidah sebaik beliau dan suami memasuki premis Café Ikhwan ini. Beliau berkata; “Saya terperanjat dengan apa yang saya lihat – suasana dalam restoran ini sangat nyaman dan tenang. Saya tengok semua staf yang ada begitu mesra dengan wajah yang sangat menarik hati saya untuk berkenalan lebih lanjut. Masa saya minum saya perhatikan semuanya sangat hebat. Ada orang Melayu, Cina, India semuanya menjadi pelanggan di sini. Saya tengok hiasan dalamannya dan suasana dalam Kafe yang begitu mengharukan hati saya. Ketika saya di kaunter nak bayar, saya jadi menggigil. Hati saya kesal dan sedih kerana kenapalah tempat yang sebegini hebat dimusuhi dan dimomokkan dengan perkara negatif. Alhamdulillah! Saya bersyukur kepada Tuhan dan berterima kasih kepada Ikhwan kerana dapat menyediakan premis perniagaan yang sebegini rupa yang begitu menyentuh hati saya. Saya rasa amat terharu dan terhibur sangat. Sekarang, saya sudah mendapat jawapan kenapa golongan yang sebaik tuan-tuan dan puan-puan dimusuhi oleh golongan yang hasad dengki”!!

Apa yang berlaku mengingatkan kita kata-kata para pimpinan GISBH bahawa kebenaran itu bertepatan dengan fitrah semula jadi insan. Seseorang yang bertemu dengan kebenaran akan merasai kepuasan, ketenangan dan kebahagiaan di dalam hatinya.

Terima kasih kepada seluruh para pimpinan khasnya YH Dato’ Lokman Hakim Pfordten yang memimpin di sini, atas apa yang berlaku untuk mendidik semua staf agar lebih serius menghayati perjuangan sehingga dapat melimpahkan kegembiraan serta kedamaian di hati-hati manusia.

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *