Tetamu dari Felda Bukit Aping Timur, Kota Tinggi, Johor di PPI BCH, Rawang.

Kongsikan kepada yang lain
Share

Kedatangan tetamu dari Felda Bukit Aping Timur, Kota Tinggi Johor ke Pusat Perniagaan Ikhwan Bandar Country Homes (PPIBCH).

Alhamdulillah dengan keberkatan, pada 2 mac baru-baru ini, PPIBCH terus dimeriahkan dengan kedatangan tetamu seramai 40 orang dari Felda Bukit Aping Timur, Kota tinggi johor.

Mereka diketuai oleh Hjh Aisah dan suami selaku ketua rombongan kali ini. Mereka yang pernah datang ke Ikhwan Resort Air Bentan di Bandar Penawar Johor akhir tahun lepas merasakan perlunya program seumpama ini dibuat lagi. Kali ini mereka memilih untuk melawat projek-projek GISBH di sekitar Krubong Melaka, PPIBCH dan Pasaraya Ikhwan Sg Buloh.

Para rombongan tiba pada 1 mac dan bermalam di ppibch satu malam. Pada ke esokanya mereka di bawa melihat premis-premis dan berbelanja disini.

Rata-rata mereka mengkagumi usaha-usaha yang dibuat oleh GISB sendiri, sebagai alternatif kepada projek makanan halal khususnya. Tidak tertumpu pada makanan halal saja, mereka juga di terangkan betapa pentingnya umat islam hari ini mengamalkan islam itu secara keseluruhan, iaitu sistem hidup islam, dari pendidikan islam, kekeluargaan islam, perniagaan islam, kebudayaan islam dan lain-lain khidmat masyarakat sebagai satu cara hidup.

Akhir lawatan, mereka diberi cenderahati dari pihak ppibch dan bergambar bersama.

Dengarkan respon mereka di Buletin Ikhwan edisi Mac nanti!!!

AM: anjang berkenalan dengan Hajjah Aishah dan Hj Mahadi semasa menjadi Mutawwif di Haramain tahun 2013. Hajjah Aishah ni mesra orangnya. Pandai tarannum. Semasa perjalanan dari Jeddah ke Mekah, lagu talbiah team Hajjah Aishah seingat saya agak berbeza tarannumnya dan sedap menarik. Semasa ke Malaysia ziarah Air Bintan, banyak kali Hajjah Aishah pelawa ke rumah beliau tapi masa tak mengizinkan.

Alhamdulillah Hajjah dah ke Ikhwan Resort Air Bintan dan ke PPI BCH. Ada rezki singgah Amman pulak.

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *