Tetamu dari Industri Peniaga Kecil dan Sederhana (IKS) ke PPI BCH

Kongsikan kepada yang lain
Share

Kedatangan tetamu dari Industri Peniaga Kecil dan sederhana (IKS) Selangor ke PPIBCH.

Alhamdulillah dengan keberkatanlah semuanya, pada 3 Mac, Pusat Perniagaan Ikhwan hari ini terus menerus didatangi tetamu. Tetamu kali ini datang dari Persatuan IKS Selangor seramai 28 orang.

Mereka hadir untuk melihat sendiri bagaimana GISBH bangunkan sebuah perniagaan yang mereka lihat kian berkembang maju. Isu makanan halal yang kini tular di media sosial menjadi tarikan mereka untuk datang ke sini.

Setiba mereka disini, para tetamu dibawa melihat profail syarikat sebagai pengenalan awal tentang apa tujuan dan falsafah yang diperjuangkan oleh GISBH dalam membangunkan ekonomi fardhu kifayah ini khususnya, begitu juga di bidang-bidang lain sebagai khidmat masyarakat bahawa Islam ada cara hidupnya yang tersendiri.

Setelah itu mereka dibawa melawat dan berbelanja pelbagai produk-produk keluaran GISBH. Kita boleh menonton respon para tetamu ini di slot Buletin Ikhwan.com nanti.

Semuanya berlaku dengan berkat doa dan panduan serta nasihat para pemimpin yang bersungguh-sungguh mengusahakan agar sistem ini benar-benar mengikut apa yang Allah dan Rasul kehendaki. @ Bandar Global Ikhwan, Rawang

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *