Jet Ski Baharu, tarikan terkini di Ikhwan Resort Air Bintan

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria.

Ikhwan Resort Air Bintan bukan ditubuhkan semata-mata untuk mengaut keuntungan tetapi ia adalah satu projek perniagaan GISBH untuk memberi khidmat kepada masyarakat agar sama-sama dapat menghayati kehidupan bertuhan.

Iaitu menambah rasa-rasa yang Allah itu Maha Besar, Maha Berkuasa, Maha Melihat, Maha Mendengar, Maha Pemurah, Maha Penyayang dan Maha segala-gala. Dari rasa-bertuhan akan timbul rasa-rasa kehambaan seperti rasa takut, malu, bimbang, cemas, cinta, rindu, terhutang budi dengan Allah Taala, Tuhan yang mencipta kita dan memberi kita terlalu banyak nikmat.

Dari rasa-rasa bertuhan dan kehambaan akan hilang sifat-sifat keji dalam hati manusia lalu semua akan hidup penuh kasih sayang, aman damai, saling bertolong bantu, rasa bersama dan bekerjasama dll bukan susana yang sentiasa hangat dengan permusuhan seperti di alam politik tanahair.

Oleh itu terdapat perbagai aktiviti di Ikhwan Resort Air Bintan seperti pertanian, penternakan ayam, itik, lembu, kambing, burung, arnab. Ada stable kuda dan aktiviti menunggang kuda. Ada sukan sunnah memanah dan berenang. Begitu juga aktiviti memancing, mendayung kenu, menyusuri Sungai Lebam dll.

Pengunjung juga boleh menginap di bilik-bilik di atas rumah rakit Ikhwan sambil menghirup udara segar dan menikmati makanan laut.

Terkini terdapat tarikan baru di sini iaitu sebuah Jet Ski. Inilah kali pertama GISBH membeli Jet Ski baru. Jet Ski sebelum ini diperolehi dari belian rumah rakit bersama semua aksesorinya termasuk Kenu dan beberapa Jet Ski yang dah uzur.

Jet Ski baru ini berjemama Sea Doo buatan Kanada. Enginnya 155cc. Model 2017. Power kan? Nak power lagi boleh, model 2019 berkapasiti 230cc! Tapi sediakan la duit RM74K. Yang ni berharga RM45K, boleh tahan juga.

Boleh naik berdua dan boleh pecut sampai 140km/j, tapi pastikan orang yang membonceng di belakang, takut hilang, dah tercampak ke air. Hehehe.

Sewanya berapa? Boleh la kaw tim dengan En Nawi tapi rasanya tak kurang RM50-80 untuk sepuluh (10) minit. Ya la, kuat makan minyak ni. Pastu nak tunggu kita beli dengan harga ribu riban tu entah bila boleh berpeluang naik Jet Ski. Niatkan membantu Ikhwan Resort untuk mereka mantain pengurusan dan tambah fasiliti rumah rakit dan Resort Islam yang sangat berkat ini.

Ok. Jumpa lagi.

Selamat ber Jet Ski di Ikhwan Resort Air Bintan.

Villa GISBH Amman

7.41am, Mac 7, 2019.

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *