MESTI BACA-Respon Pembaca ‘GISBH sesat??!’

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria.

Izinkan saya berkongsi komen orang ramai berkaitan GISBH setelah mereka membaca blog AM bertajuk: GISBH sesat??!

Allah berfirman di dalam Al Quran:

وَقُلِ ٱعْمَلُوا۟ فَسَيَرَى ٱللَّهُ عَمَلَكُمْ وَرَسُولُهُۥ وَٱلْمُؤْمِنُونَ

Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramalah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan

At Taubah: 105

Itulah pendirian GISBH sejak dahulu. Beramallah, berbuatlah, praktislah, jadikan Islam itu sebagai Cara Hidup, bukan hanya sebagai nama, keyakinan, ilmu untuk dibahas-bahaskan, diseminarkan, dikertas-kerjakan, didemo jalanankan, difilemkan, dilakonkan semata-mata tetapi dipelajari, difahami, dihayati sampai meresap ke seluruh urat nadi, jantung, darah, turun naik nafas lalu diamalkan, dipraktikkan, dijelmakan dalam kehidupan, direalisasikan dalam diri, keluarga dan masyarakat lalu diperjuangkan secara praktikal bukan cakap semata-mata. Tetapi mewujudkan contoh di tengah masyarakat.

Sabda Nabi SAW:

لا تزال طائفة من أمتي ظاهرين على الحق…

Akan ada sentiasa segolongan dari umatku yang menzahirkan kebenaran….

Rasulullah SAW jelaskan menzahirkan kebenaran, bukan

قائلين على الحق

Memperkatakan kebenaran. Setakat memperkatakan Al Quran, Hadis dan kebenaran; ramai yang mampu lakukan walaupun orang yahudi, tetapi untuk melaksanakan Islam dalam kehidupan sangatlah sedikit.

Sebab itulah kena berbuat.

Kata Allah, berbuatlah, nanti Allah menilai; Allah akan beri pahala, Rasul melihat, Rasulullah akan beri syafaat. Orang Mukmin melihat, menilai, mereka akan menyokong usaha-usaha kamu dengan kehendak Allah tanpa kamu melobi-lobinya.

Datanglah ke tengah masyarakat dengan niat berkhidmat kepada mereka kerana Allah. Kerana tunaikan Fardhu Kifayah. Kerana membela Umat Islam. Menjaga hati Umat Islam dari makanan yang haram dan syubhat. Yang akan mengeraskan hati mereka. Susah menerima kebenaran. Amalan tertolak. Doa tak dikabulkan.

Mari kita lihat komen-komen mereka.

12pm, Mac 7, 2019

Villa GISBH, Amman

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *