Peluru lintas kepala

Kongsikan kepada yang lain
Share

CHRISTCHURCH: “Ketika sedang bersolat saya terdengar bunyi letupan sebelum seorang jemaah di sebelah saya rebah akibat ditembak di kepala,” kata seorang lelaki Palestin antara mangsa yang selamat dalam kejadian tembakan rambang di dua buah masjid di sini.

“Saya terdengar tiga bunyi tembakan dan selepas 10 saat bunyi itu kedengaran semula. Semua jemaah bertempiaran melarikan diri dan ada yang berlumuran darah,” ujarnya yang enggan dikenali.

Katanya ketika kejadian dia bersolat di Masjid al Noor di sini yang penuh dengan jemaah menunaikan solat Jumaat.

Sementara itu, seorang lagi saksi memberitahu stuff.co.nz, dia bersolat di Masjid Deans Ave sebelum terdengar bunyi tembakan.

“Saya terus melarikan diri dan ketika menuju ke pintu keluar saya melihat mayat isteri saya terbaring di lantai. Saya juga melihat kanak-kanak ditembak. Mayat mereka bergelimpangan di mana-mana,” katanya.

Pihak berkuasa memberitahu, berpuluh-puluh mangsa dipercayai maut dalam serangan berkenaan.

Sementara itu, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Zealand memberitahu seorang rakyat Malaysia cedera ditembak dalam kejadian itu.

“Setakat ini seorang warga Malaysia disahkan cedera dan kini menerima rawatan di hospital,” katanya di Twitter.

Bandar itu juga dikepung pihak berkuasa dan terdapat laporan serangan di masjid ketiga serta serangan bom kereta di Strickland St.

Seorang penyerang dipercayai warga Australia menyiarkan video secara langsung serangan itu di media sosial.

Polis berkata, seorang lelaki yang memakai pakaian tentera ditangkap di sebuah sekolah berhampiran tetapi tidak dapat mengesahkan sama ada suspek adalah penyerang berkenaan.

MyMetro

AM: Moga Allah anugerahkan pahala syahid kepada para mangsa. Sesungguhnya kita tidak mengetahui bila dan di mana kematian kita. Juga bagaimana kematian kita. Moga ketika ajal kita nanti, kita berada di kemuncak iman kepada-Nya.

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *