RPU di dalam konvoi Amfibia APM Klebang-Langkawi

Kongsikan kepada yang lain
Share

Ekspedisi bot amfibia APM susuri 335 batu nautika Selat Melaka

MELAKA, 21 Mac (Bernama) — Sejumlah 133 pegawai dan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menyertai Ekspedisi Amphibious Craft Melaka ke Langkawi yang bermula dari Pantai Klebang di sini hari ini hingga 29 Mac, yang berakhir di Pantai Chenang.

Ketua Pesuruhjaya APM, Datuk Roslan Wahab berkata ekspedisi melibatkan 15 bot ‘sealegs’ dan lima bot 32′ itu bersempena sambutan Hari Ulang Tahun APM ke-67 yang bakal disambut pada 24 Mac ini selain mempromosi APM sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2019 yang berlangsung pada 26 hingga 30 Mac ini.

Beliau berkata, kesemua peserta melalui Selat Melaka melibatkan jarak keseluruhan 335 batu nautika dan akan singgah di beberapa tempat yang dipilih bagi menjalankan program-program kemasyarakatan.

Klik Gambar untuk video
Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *