๐—•๐—ข๐—ข๐—ง๐—› GISBH ๐— ๐—˜๐—ก๐—”๐—ก๐—š ๐—”๐—ก๐—จ๐—š๐—˜๐—ฅ๐—”๐—› ๐—ฅ๐—˜๐—ž๐—”๐—•๐—˜๐—ก๐—ง๐—จ๐—ž ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—•๐—”๐—œ๐—ž ๐—ž๐—˜ ๐Ÿฏ ๐——๐—œ ๐— ๐—œ๐—›๐—”๐—ฆ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿญ๐Ÿต

Kongsikan kepada yang lain
Share

Booth pameran GISB Holdings yang direkabentuk dan dibina oleh para remaja GISB Holdings beberapa hari sebelum bermula tarikh 3 April 2019 di MITEC (Malaysia International Trade and Exhibition Centre), Kuala Lumpur di dalam program pameran halal terbesar dunia MIHAS 2019 mendapat sambutan yang menggalakkan dari para pengunjung yang tidak putus-putus berdatangan samada dari rakyat tempatan dan pengunjung dari luar negara.

Keunikan rekabentuk booth GISB Holdings di MIHAS 2019 mendapat perhatian dari pihak penganjur hingga dianugerahkan hadiah pemenang Design Booth tercantik ke 3 iaitu BRONZE AWARD – BEST MALAYSIAN BOOTH DESIGN di MIHAS 2019.

Hadiah dan sijil pemenang rekabentuk booth tersebut disampaikan oleh Tan Sri Dr. Halim Mohammad, Pengerusi MARTRADE (Malaysia External Trade Development Corporation) kepada wakil GISBH iaitu Ahli Lembaga Pengarah GISBH Tuan Mohd. Fadhil Yasin dan Timbalan Pengarah GISBH Tuan Abdol Rahman Said.

Rekabentuk 3D booth GISB dapat disaksikan dipautan di sini : https://youtu.be/9Y_YSNKU-FY

Petikan

http://news.gisbholdings.com/malaysia/kuala-lumpur/booth-gisb-menang-anugerah-rekabentuk.html

AM:

MIHAS dah kali ke 16 baru GISBH masuk. Allah izinkan menang tempat ke 3. Kalau dari dulu dah masuk mungkinkah dapat tempat pertama? Wallahu A’lam.

Kemudian kalau nak ikut kategori, GISBH ni susah nak dikategorikan sebab GISBH bukan pengeluar produk halal sahaja. GISBH nak mengajak seluruh manusia kembali kepada Tuhan dan melaksanakan syariat Tuhan dalam seluruh aspek kehidupan atau dengan kata-kata yang lain ‘Islam sebagai cara hidup’. GISBH nak pastikan semuanya halal supaya selamat dunia akhirat. Bukan campur-campur. Ada yang halal. Ada yang tak.

Maksudnya begini, bila GISBH mempersembahkan produk barangan dan perkhidmatan halal, GISBH semaksimum mungkin memastikan yang terlibat itu bukan sahaja muslim, malah menunaikan solat, tutup aurat, berakhlak, takut Allah, rindu Nabi, tidak merokok, ertinya menjaga syariat Allah di semua sudut. Bukan menjual produk halal tapi penjualnya mendedahkan aurat atau tidak menjaga waktu sembahyang dll.

So, kalau nak dibuat anugerah dalam satu kategori yang menyeluruh begini dari sudut pengamalan Islam yang syumul dari lebih 1000 syarikat dalam dan luar negeri yang menyertai MIHAS kali ini, siapa yang layak memenangi tempat pertama?

Villa GISBH Mekah

9.55am, Apr 9, 2019

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *