GISBH Tandatangan MoU dengan MBTCA

Kongsikan kepada yang lain
Share

Bosnia & Herzegovina memerlukan sokongan serta bantuan Malaysia untuk memperkukuhkan sektor ekonomi, selain terdapat peluang luas di negara itu untuk diterokai.

Melalui Malaysia Bosnia Trade Cooperation Association (MBTCA), Malaysia menyambut baik peluang itu memandangkan pelaburan negara ini di Bosnia dan Herzegovina masih dalam skala kecil. 

GISBH telah menandatangani MoU untuk menjadi rakan strategik kepada MBTCA (Persatuan Kerjasama Perdagangan Malaysia-Bosnia) dalam merealisasikan hubungan dua hala ini.

Dr Mujahid, ada menyebut di majlis tersebut, “Terima kasih kepada GISB Holdings yang selalu mambantu MBTCA.”

GISBH hanya ingin menjadi sebaik-baik manusia, orang yang paling banyak memberi manfaat kepada orang lain. Sebenarnya GISBH ingin membawa Islam sebagai cara hidup kepada masyarakat Bosnia agar seluruh Bosnia mendapat rahmat dan keampunan Allah. Ia jauh lebih berharga dari bantuan kewangan dan ekonomi yang selalu menjadi perhatian dunia.

YdB TD Lokman menyerahkan replika cek kpd Datuk Subhi b Hj Dziyauddin (Pengerusi MBTCA) dgn disaksikan oleh YB Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.. juga turut berada dlm foto di atas adalah Datuk Khalek Awang (di tepi Datuk Subhi), Naib Pengerusi MBTCA dan En Najib Abas (di tepi YdB TD Lokman), Bendahari MBTCA..

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *