Ikhlas

Kongsikan kepada yang lain
Share

IKHLAS DARJAT PALING TINGGI

Ikhlas darjat yang paling tinggi.

Ia adalah penentu apakah amalan itu diterima atau sebaliknya.

Ia adalah rahsia Allah.

Malaikat pun tidak mengetahui.

Yang punya diri pun tidak tahu.

Kalau seseorang memberi pada seseorang dengan tujuan waktu susah nanti dia dibantu oleh orang itu.

Batal amalannya.

Kalau orang itu tidak mengucapkan terima kasih hatinya berkata, tidak patut.

Hilang ikhlasnya.

Kalau dia memberi mengatakan, ambillah saya ikhlas.

Ini pun batal ikhlas.

Di suatu masa orang yang pernah dibantu memusuhi.

Hati kecilnya berkata, eh! orang ini tidak mengenang budi!

Keikhlasannya ditarik semula.

Allah! Susahnya amalan diterima.

Periksalah hati selalu.

Menjelang Tidur

05 – 08 – 2001

Pintu masuk ke ruangan Maqam Saiyidina Muaz bin Jabal di Jordan

Dari Saiyidina Muaz, Rasulullah SAW bersabda:

โ€œPuji syukur ke hadrat Allah SWT yang menghendaki agar makhluk-Nya menurut kehendak-Nya, wahai Muaz!โ€

Jawabku, โ€œYa Sayidil Mursalin.โ€

Sabda Rasulullah SAW:

โ€œSekarang aku akan menceritakan kepadamu, bahawa apabila dihafalkan (diambil perhatian) olehmu akan berguna tetapi kalau dilupakan (tidak dipedulikan) olehmu maka kamu tidak akan mempunyai hujah di hadapan Allah kelak.โ€

โ€œHai Muaz, Allah itu menciptakan tujuh malaikat sebelum Dia menciptakan langit dan bumi. Setiap langit ada satu malaikat yang menjaga pintu langit dan tiap-tiap pintu langit dijaga oleh malaikat penjaga pintu menurut kadarnya pintu dan keagungan- nya.

โ€œMaka malaikat yang memelihara amalan si hamba akan naik ke langit membawa amal itu ke langit pertama. Penjaga akan berkata kepada malaikat Hafazah: โ€œSaya penjaga tukang umpat. Lemparkan balik amalan ini ke muka pemiliknya kerana saya diperintahkan untuk tidak menerima amalan tukang umpat.โ€

โ€œEsoknya naik lagi malaikat Hafazah membawa amalan si hamba. Di langit kedua penjaga pintunya berkata: โ€œLemparkan balik amalan ini ke muka pemiliknya sebab dia beramal kerana mengharapkan keduniaan. Allah memerintahkan supaya ditahan amalan ini jangan sampai lepas ke langit yang lain.โ€

โ€œKemudian naik lagi malaikat Hafazah ke langit ketiga membawa amalan yang sungguh indah. Penjaga langit berkata: โ€œLemparkan balik amalan ini ke muka pemiliknya kerana dia seorang yang sombong.โ€

Rasulullah SAW meneruskan sabdanya:

โ€œBerikutnya malaikat Hafazah membawa lagi amalan si hamba ke langit keempat. Lalu penjaga langit itu berkata: โ€œLemparkan balik amalan ini ke muka empunyanya. Dia seorang yang ujub. Allah memerintahkan aku menahan amalan si ujub.โ€

Seterusnya amalan si hamba yang lulus ke langit kelima dalam keadaan bercahaya-cahaya dengan jihad, haji, umrah dan lain-lain tetapi di pintu langit penjaganya berkata:

โ€œIni adalah amalan tukang hasad. Dia sangat benci pada nikmat yang Allah berikan pada hamba- Nya. Dia tidak redha dengan kehendak Allah. Sebab itu Allah perintahkan amalannya dilemparkan balik ke mukanya. Allah tidak terima amalan pendengki dan hasad.โ€

Di langit keenam, penjaga pintu akan berkata: โ€œSaya penjaga rahmat. Saya diperintahkan untuk melemparkan balik amalan yang indah ini ke muka pemiliknya kerana dia tidak pernah mengasihi orang lain. Kalau orang dapat musibah dia merasa senang. Sebab itu amalan ini jangan melintasi langit ini.โ€

Malaikat Hafazah naik lagi membawa amalan si hamba yang dapat lepas hingga ke langit ketujuh. Rupa cahaya bagaikan kilat, suaranya bergemuruh. Di antara amalan itu ialah sembahyang, puasa, sedekah, jihad, warak dan lain-lain. Tetapi penjaga pintu langit berkata:

โ€œSaya ini penjaga sumโ€™ah (ingin masyhur). Sesungguhnya si pengamal ini ingin masyhur dalam kumpulan-kumpulan dan selalu ingin tinggi di saat berkumpul dengan kawan-kawan yang sebaya dan ingin mendapat pengaruh dari para pemimpin. Allah memerintahkan padaku agar amalan ini jangan melintasiku.Tiap-tiap amalan yang tidak bersih kerana Allah maka itulah riak. Allah tidak akan menerima dan mengkabulkan orang-orang yang riak.โ€

Kemudian malaikat Hafazah itu naik lagi dengan membawa amal hamba yakni sembahyang, puasa, zakat, haji, umrah, akhlak yang baik dan pendiam, zikir pada Allah diiringi malaikat ke langit ketujuh hingga sampai melintasi hijab-hijab dan sampailah ke hadrat Allah SWT.

Semua malaikat berdiri di hadapan Allah dan semua menyaksikan amalan itu sebagai amalan soleh yang betul-betul ikhlas untuk Allah.

Tetapi firman Tuhan:

โ€œHafazah sekelian, pencatat amal hamba-Ku, Aku adalah pengintip hatinya dan Aku lebih mengetahui apa yang dimaksudkan oleh hamba-Ku ini dengan amalannya. Dia tidak ikhlas pada-Ku dengan amalan- nya. Dia menipu orang lain, menipu kamu (malaikat Hafazah) tetapi tidak boleh menipu Aku. Aku adalah Maha Mengetahui.โ€

โ€œAku melihat segala isi hati dan tidak akan terlindung bagi-Ku apa saja yang terlindung. Pengetahuan-Ku atas apa yang telah terjadi adalah sama dengan pengetahuan-Ku atas apa yang bakal terjadi.โ€

โ€œPengetahuan-Ku atas orang yang terdahulu adalah sama dengan pengetahuan-Ku atas orang- orang yang datang kemudian. Kalau begitu bagai- mana hamba-Ku ini menipu Aku dengan amalnya ini?โ€

โ€œLaknat-Ku tetap padanya.โ€

Dan ketujuh-tujuh malaikat berserta 3000 malaikat yang mengiringinya pun berkata:

โ€œYa Tuhan, dengan demikian tetaplah laknat-Mu dan laknat kami sekelian bagi mereka.”

Dan semua yang di langit turut berkata: โ€œTetaplah laknat Allah kepadanya dan laknat orang yang melaknat.โ€

Sayidina Muaz (yang meriwayatkan hadis ini) kemudian menangis teresak-esak dan berkata, โ€œYa Rasulullah, bagaimana aku boleh selamat dari apa yang diceritakan ini?โ€

Sabda Rasulullah SAW, โ€œHai Muaz, ikutilah Nabi-mu dalam soal keyakinan.โ€

Muaz bertanya kembali, โ€˜Ya, tuan ini Rasulullah sedangkan saya ini hanya si Muaz bin Jabal, bagaimana saya boleh selamat dan boleh lepas dari bahaya tersebut?โ€

Bersabda Rasulullah, โ€œYa begitulah, kalau dalam amalanmu ada kelalaian maka tahanlah lidahmu jangan sampai memburukkan orang lain. Ingatlah dirimu sendiri pun penuh dengan aib maka jangan- lah mengangkat diri dan menekan orang lain.โ€

“Jangan riak dengan amal supaya amal itu diketahui orang. Jangan termasuk orang yang memen- tingkan dunia dengan melupakan akhirat. Kamu jangan berbisik berdua ketika di sebelahmu ada orang lain yang tidak diajak berbisik. Jangan takbur pada orang lain nanti luput amalanmu dunia dan akhirat dan jangan berkata kasar dalam suatu majlis dengan maksud supaya orang takut padamu. Jangan mengungkit-ungkit apabila membuat kebaikan, jangan merobekkan peribadi orang lain dengan mulutmu kelak engkau akan dirobek-robek oleh anjing-anjing jahanam.โ€

โ€œSebagaimana firman Allah yang bermaksud: Di neraka itu ada anjing-anjing perobek badan manusia.โ€

Muaz berkata, โ€œYa Rasuiullah, siapa yang tahan menanggung penderitaan semacam itu?โ€

Jawab Rasulullah SAW, โ€œMuaz, yang kami ceritakan itu akan mudah bagi mereka yang dimudahkan oleh Allah SWT. Cukuplah untuk menghindar semua itu, kamu menyayangi orang lain sebagaimana kamu mengasihi dirimu sendiri dan benci apa yang berlaku kepada orang lain apa-apa yang dibenci oleh dirimu sendiri. Kalau begitu kamu akan selamat dan dirimu pasti akan terhindar.โ€

Hadiah untuk pembaca AM

YDB Tuan Mohd Rasidi Abdullah, Pengerusi Eksekutif GISBH Sdn Bhd

YDB Tuan Nasiruddin Mohd Ali, Pengerusi Lembaga Penasihat GISBH Sdn Bhd.

YDB YH Datoโ€™ Lokman Hakim Pfordten, CEO GISBH Sdn Bhd

YDB Tuan Hasnan Abd Hamid, COO GISBH Sdn Bhd

YDB Tuan Nik Hazani Nik Muhammad, Ahli Lembaga Penasihat GISBH Sdn Bhd

YDB Tuan Mohd Fadhil Yasin. Ahli Lembaga Penasihat GISBH Sdn Bhd

YDB Tuan Mohd Azral Mohd Noor. Ahli Lembaga Penasihat GISBH Sdn Bhd

YDB Tuan Ahmad Anuar Abd Rahman. Ahli Lembaga Penasihat GISBH Sdn Bhd

YDB Tuan Muhammad Adam Abdullah. Ahli Lembaga Penasihat GISBH Sdn Bhd

YDB Tuan Mohd Johan Abd Hamid. Ahli Lembaga Penasihat GISBH Sdn Bhd

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *