Rusa Ikhwan Bukit Beruntung

Kongsikan kepada yang lain
Share

Kelahiran anak rusa di Maahad Tahfiz Vokasional Ar Rashidi Taman Tuah, Bukit Beruntung

Alhamdulillah dengan keberkatan Rasulullah SAW dan para kekasihnya, pada 4hb Februari 2019 jam 5.30 petang. Di MTVAR Taman Tuah, Zon Yayasan, Bukit Beruntung, Rusa betina yang bernama Faridah telah selamat melahirkan seekor anak rusa betina.

YBM Pengerusi Eksekutif GISBH SDN BHD Tuan Mohd Rasidi Bin Abdullah yg juga Pengarah Zon Yayasan telah sudi memberikan restu dengan menamakan ana rusa itu dgn nama ‘Iman

Anak rusa itu sejak dilahirkan Alhamdulillah berkat Rasulullah SAW dan para kekasihnya sangat sihat dan menyusu dengan ibunya, Faridah,

Penantian selama 3 tahun semenjak dibeli telah berhasil berkat Rasulullah SAW dan para kekasihnya.

Alhamdulillah Pengarah Zon, Zon Yayasan Tuan Mohd Rasidi Bin Abdullah memberi panduan dan tunjuk ajar bagi menguruskan rusa yang baru lahir iaitu tidak terus menerus memegang dan menyentuh anak rusa yang baru lahir supaya tidak menimbulkan kemarahan ibu rusa itu.

Selain Faridah dan anaknya Iman, di sini juga ada rusa jantan bernama Afdhal dan seekor lagi rusa betina bernama Fadhilah. Ya, rusa di sini pun berpoligami seperti rusa di GISBH Indonesia.

Semoga keberkatan Rasulullah SAW dan para kekasihnya memberi kekuatan untuk membangunkan Islam.

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *