Maqam Syuhada’ Badar

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria.

Penat juga naik turun bukit berbatu-batu tajam tempat dimakamkan Siti Aminah tetapi puas. Terasa puas di hati dapat menziarahi seorang wanita yang sangat mulia. Dalam kitab-kitab maulid tertulis kisah Siti Aminah bersalin yang dihadiri oleh Siti Asiah, Siti Mariam dari kecil anjang membacanya. Dahsyatnya wanita ini. Ibu yang mengandung dan melahirkan sebaik-baik makhluk Tuhan, ketua para Nabi dan Rasul. Akhirnya dapat juga menziarahinya. Sedih, sayu, pilu dan rindu bila kenangkan sejarah beliau. Bertambah-tambah sedih bila melihat apa yang dilakukan oleh sebahagian penduduk di sini juga pemerintah terhadap peninggalan sejarah agung ini.

Setelah keluar dari kawasan Abwa’ kami menuju ke kawasan Badar di mana berlakunya peperangan Badar.

Untuk pendetailan kisah peperangan Badar yang hebat ini, para pembaca boleh menelitinya di buku Catatan Sejarah Rasulullah karya Tuan Nasar atau baca di sini.

Info Ringkas Perang Badar

1. Namanya Perang Badar sempena tempat peperangan itu berdekatan dengan telaga Badar.

2. Tarikh: 17 Ramadhan 2 Hijrah bersamaan 17 Mac 624 Masihi.

3. Lokasi: Badar, (130 km) di barat daya Madinah.

4. Di antara: Tentera Islam dari Madinah dengan tentera Quraisy Musyrik dari Mekah.

5. Ketua Tentera Muslimin adalah Rasulullah SAW sendiri. Ketua tentera Quraisy Abu Jahal (Amru bin Hisham)

6. Bilangan 313 infantri & kavalri: 2 kuda dan 70 unta. Tentera Quraisy 950 infantri & kavalri: 100 kuda dan 170 unta

7. Syahid di kalangan tentera Islam 14 orang. 6 orang Muhajirin dan 8 orang Ansor. Tentera Quraisy 70 terbunuh dan 70 ditawan.

“Dan sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam peperangan Badar, sedang kamu berkeadaan lemah (kerana kamu sedikit bilangannya dan kekurangan alat perang). Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu bersyukur (akan kemenangan itu). (Ingatlah wahai Muhammad) ketika engkau berkata kepada orang-orang yang beriman (untuk menguatkan semangat mereka): “Tidakkah cukup bagi kamu, bahawa Allah membantu kamu dengan tiga ribu tentera dari malaikat yang diturunkan?,” Bahkan (mencukupi. Dalam pada itu) jika kamu bersabar dan bertaqwa, dan mereka (musuh) datang menyerang kamu dengan serta-merta, nescaya Allah membantu kamu dengan lima ribu malaikat yang bertanda masing-masing.”

(Ali Imran: 123-125)

Klik Gambar untuk video kawasan pemaqaman Syuhada’ Badar

Cuba kita bayangkan dan rasakan, negara Madinah baru di asaskan dalam 2 tahun. Orang-orang Muhajirin berhijrah ke Madinah tanpa membawa harta benda mereka. Ertinya kekuatan ekonomi belum ada. Ini dapat dibuktikan dengan peralatan perang mereka yang sangat terhad. Dalam masa yang sama di Madinah terdapat 2 musuh yang merbahaya iaitu kaum munafik dan yahudi.

Klik Gambar utk video

Mereka pula baru menerima syariat puasa. Ya, tahun pertama menempuh puasa, mereka diuji dengan perperangan. Perang dalam keadaan lapar dan dahaga di siang hari untuk kali pertama. Cuba bayangkan.

Klik Gambar untuk tonton video

Tetapi atas Iman mereka kepada Allah, atas keyakinan mereka kepada Rasulullah SAW, atas kekuatan jiwa mereka ingin membela baginda maka Allah bayar dengan kemenangan.

Kafir Quraisy kalah. 70 orang mereka terbunuh termasuk pembesar-pebesar mereka yang sombong seperti Abu Jahal, Umaiyah bin Khalaf dan Utbah bin Rabi’ah. 70 orang lagi ditawan. Umat Islam memperolehi ghanimah perang. Rasulullah SAW dan Umat Islam digeruni oleh kabilah-kabilah Arab kerana berjaya mengalahkan Quraisy yang terkenal sebagai kabilah Arab yang disegani. Dengan senjata lahir yang dhaif dan bilangan yang sedikit mereka mampu mengalahkan Quraisy itu yang menimbulkan kegerunan kepada musuh.

Bagi kita di akhir zaman ini, lebih-lebih lagi, marilah kita ambil pengajaran hebat dari peperangan ini iaitu pesanan Rasulullah ketika pulang dari Medan peperangan, baginda bersabda:

رجعنا من الجهاد الأصغر ، إلي الجهاد الأكبر قالوا وما الجهاد الأكبر قال: جهاد القلب أو جهاد النفس.

Terjemahan: Kita baru balik dari satu peperangan yang kecil untuk memasuki peperangan yang besar. Bila Sahabat-Sahabat bertanya, “Peperangan apakah itu?” Baginda berkata, “Peperangan melawan hawa nafsu.”

Peperangan Badar yang dahsyat itu pun kata Nabi SAW kecil dibanding peperangan melawan nafsu. Melawan hawa nafsu sangatlah susah. Barangkah kalau nafsu itu ada di luar jasad kita dan boleh pula dipegang senanglah kita picit dan membunuhnya sampai mati. Tetapi nafsu kita itu ada dalam diri kita, mengalir bersama aliran darah, menguasai seluruh tubuh kita. Kerana itu tanpa kesedaran dan kemahuan yang sungguh-sungguh, kita pasti dikalahkan untuk diperalatkan semahu-mahunya.

Klik Gambar untuk video

Kalau peperangan Badar pun perlukan doa Nabi SAW dan bantuan para Malaikat, mujahadatun Nafsi lebih-lebih kita sangat perlukan doa para orang Tuan dan keberkatan rijalullah. Beruntunglah kita mendapat panduan untuk menghalusi perjuangan di bulan Sya’ban lagi. Dijelaskan kepada kita hadis Saiyidina Muaz RA agar kita koreksi betul amalan kita kepada Allah setiap hari. Untuk kita teliti hati kita agar benar-benar Allah anugerahkan ikhlas. Agar ‘Perang Badar’ di hati ini berjaya kita tempuh tahun ini.

Villa GISBH Madinah

9.26am, Apr 20, 2019

Wahabi tetaplah menghalang Umat Islam mencari kekuatan roh. Ada bahagian tembok pemaqaman ditinggikan, ada yang dipasang kawat berduri untuk menghalang pengunjung melihat dari dekat.
Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *