Ayam Arab Wadi Harapan

Kongsikan kepada yang lain
Share

Setelah hadirnya rusa, maka YBM Tuan Mohd Rasidi berhasrat agar hadir lagi warga baru di Wadi Harapan, iaitu ayam Arab. Ayam Arab dikenali sebagai baka ayam yang menghasilkan daging dan telur yang berkualiti tinggi.

Bagi mempersiapkan kehadiran ayam Arab, maka pembangunan reban telah dilaksanakan. Terletak bersebelahan dengan kandang rusa, reban ayam dibangunkan dengan keluasan 8 x 15 meter.

Atas panduan YBM Tuan Mohd Rasidi, di dalam reban tersebut dibangunkan sangkar dengan sistem bertingkat-tingkat sebanyak 3 tingkat.

Di bahagian bawah sangkar tersebut terdapat ruang untuk menampung najis ayam agar tidak berterabur dan reban menjadi lebih kemas.

Setiap sangkar berukuran panjang 120 cm, di mana padanya terdapat 4 bilik, masing-masing berukuran 30 cm. Setiap bilik dalam sangkar boleh memuatkan 2 ekor ayam Arab. Jumlah sangkar yang dibangunkan ialah 144 set yang akan boleh menampung hingga 1124 ekor ayam Arab.

Sebagai permulaan, nantinya pengembangan ayam Arab akan dipilih dari jenis ayam penelur yang boleh dikembangbiakkan dari segi daging mahupun telurnya.

Kehadiran ayam Arab ini juga akan menjadi bahan pembelajaran bagi para remaja di Wadi Harapan. Semoga dengan keberkatan para kekasih Tuhan, segala usaha dimudahkan hingga seluruh yang dihasratkan oleh para pemimpin dapat direalisasikan.

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *