Biskut Raya Ikhwan 2019 di Financial Park, Labuan.i

Kongsikan kepada yang lain
Share

Inilah barisan Staf-staf Biskut Raya Ikhwan yang berkhidmat membuat dan menjual biskut-biskut Raya Ikhwan di Labuan tahun ini dengan imej terkini yang InsyaAllah lebih mesra pelanggan. Moga semua pelanggan terhibur dengan perkhidmatan kami tahun ini dan sejak 16 tahun lalu.

Salam ceria.

Sekejap je dah berlalu setahun. Rasa macam baru je selesai team gabungan zon-zon GISBH berkhidmat membuat kuih raya di Labuan, sekarang dah bermula semula.

Salah satu indahnya hidup berjemaah ialah dapat saling bantu membantu. Di saat keperluan untuk berkhidmat dengan penduduk W.P. Labuan dengan tenaga yang ramai, zon-zon GISBH yang lain menghulurkan bantuan. Khasnya ketika menyiapkan kuih-kuih raya Ikhwan yang sangat ditunggu-tunggu oleh warga Labuan. Pencinta kuih raya Ikhwan yang bersih, suci, halal, lazat, bermutu dan berkat sentiasa menunggu-nunggu kehadiran biskut dan kuih raya Ikhwan sepanjang Ramadhan saban tahun.

InsyaAllah, seperti tahun-tahun sebelum ini, kali ini team bakeri Ikhwan GISBH akan meneruskan khidmat mereka untuk semua pelanggan dan siapa sahaja yang inginkan kuih raya yang lazat dan berkat, sudah semestinya bersih, suci dan halal.

Halal kerana mematuhi semua peraturan pemilihan bahan mentah, penyelanggaraannya, tatacara penyucian dan penyediaan yang mengikut syariat Islam. InsyaAllah berkat kerana petugas-petugasnya dipastikan bukan sahaja menunaikan solat 5 waktu bahkan mendirikan sembahyang malam, menjaga syariat dan akhlak, dilatih bertugas dengan niat berbakti kepada Allah dan berkhidmat sesama manusia.

Bagi yang belum mencuba air tangan mereka, cubalah tahun ini, moga keberkatannya terus mengalir di dalam diri kita.

Pelanggan tetap pula teruslah memberi sokongan, anda bukan orang lain, anda seperti keluarga kami sejak bertahun-tahun!

Villa GISBH Mekah

9.15am, Mei 11, 2019

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *