***Mesir Sosialis vs Mesir Demokrasi***

Kongsikan kepada yang lain
Share
Dalam sistem Demokrasi semua orang yang cukup umur layak memilih pemimpin walaupun perempuan, orang tua dll.

Salam ceria. Apa khabar semua? Lama tak up date blog. Belum dapat beri masa untuk menyusun kata, berkongsi cerita. Korang pun tentu sibuk, dapat ym dari Syh Isnil, Syh Tuan Rahim dah sampai Kaherah dengan 6 pelajar lelaki. Alhamdulillah. Moga Tuan Syh Rahim sudi-sudi gak singgah Damsyiq ni. hehe. Teringat masa anjang mula-mula jejakkan kaki di mator Kaherah 1989, keluar mator terus muka di sapa bahang angin padang pasir di musim panas. Ada satu aroma yang tak dapat dilupakan, berbeza dengan negara sendiri. Di umur 19 tahun, berpeluang merantau ke benua Afrika. Berkat jemaah. Anak penoreh getah je, mana la mampu nak terbang jauh-jauh. Tapi, rahmat jemaah sampai gak ke Mesir. Tak lupa, Abang Akub juga antara yang banyak membantu. Sampai je, van Volkswagen yang berjasa dah tunggu. Ketika tu, drivernya abang Azmi Towil. Terus ke Haiyu Tsamin. Bait Dr Abd Rahman Al Adawi. Antara pelajar yang ada di Mesir ketika itu selain Sy Johari Morad, ada Syh Uzet Umar, Us Rujhan Ghazali, Us Haizad Ali dll. Tak lama lepas tu datang rombongan pelajar Tahfiz dari Pakistan, pindah ke Mesir iaitu Sy Inaamullah, Sy Nasaruddin Awang, Sy Isnil Fajarhari, Sy Aminuddin Yaakub dan lain-lain. Jemaah Pelajar Al Arqam Mesir bertambah meriah. Syiar Islam nampak jelas masa tu sebab semua pelajar berjubah serban dan berfurdah cara Arqam sedangkan pelajar Melayu lain tak begitu. Takut mabahis katanya.

Memang ketika itu Kerajaan Mesir yang berfahaman sosialis sangat memburu anggota Jemaah Ikhwan Muslimin yang radikal. Abuya berpesan supaya mendampingi golongan tarekat. Al hasil, kita mendapat ramai kawan (berkat Abuya) di kalangan bermacam-macam tarekat. Antara yang paling rapat dengan jemaah kita ialah usrah Dandrawiah dengan Syeikhnya Amir Fadhl. Anjang sempat joint program mereka di Qeena jauh di selatan Mesir dengan menaiki keretapi lebih 10jam.

Antara taklimat awal yang masih anjang ingat ialah, jaga kesihatan semasa di Mesir. Udaranya tajam. Lepas berwudu’ atau mandi, lap kering-kering. Jangan keluar rumah sebaik selepas mandi, bahaya dll. Bermula dari bulan 9, 1989 itulah anjang mengenali maqam Imam Syafie, maqam Sy Husein RA, maqam Saiyidatina Zainab dll, Qal’ah Solahuddin, Masjid Ali Basya, Universiti Al Azhar, Atabah, Husein, Roxi, Tahrir, Bu’uth, Haiyu Sabi’, Rumah Melayu, rumah Johor, PMRAM, Kelab UMNO, Safarah, metro, metro anfak, eish baladi, sogok, ruzz bil laban, kusyairi, hagah sa’ah, bawwab dll. Oh Mesir dalam kenangan.

Antara perkataan yang biasa di banggakan oleh orang Mesir: ‘Misr Ummud Dunya’, tapi bila sebut depan anjang, spontan je anjang kata: ‘Malayzia abuha’, hehehe. Tak mau mengalah. Sy Faisal pernah kata,: Mesir tu 5% je lebih baik dari Pakistan. Memang kesian tengok keadaan masyarakatnya. Yang miskin terlalu ramai, berkampung atas perkuburan je berjuta orang. Yang jahil pun merata walaupun Al Azhar lubuk ilmu. Biasa anjang lihat orang sembahyang dalam kejahilan. Dengan tangan penuh cat, berwhudu’, tunaikan solat. Ada yang demi nak kejar rakaat, angkat takbir dari pintu masjid, pastu berjalanlah menuju saf… tak ambil kira lari tak dada dari kiblat, lebih tiga langkah ke. hehehe. Yang boring tu, habis solat sebelah kita, dia boleh tanya: ‘Enta muslim?’

 

Sampah dan kekotoran jangan cakap la. banyak sangat. Di dinding luar Maahad Bu’uth pun ada sudut orang ‘pancut’. Hancing giler. Masalahnya, bila kita lalu, pusing tepi bucu dinding terserempak orang yang sedang lepaskan hajat. Terlihat. Tak sengaja. Dah terbuka sangat. Tempat awam. Tapi, kita pula kena marah…’Aibbb!!!’ Yang dia ‘bomba’ tu tak aib?

Pun begitu, lahjah Mesir sangat difahami oleh semua negara Arab. Apa rahsianya? Sebab Mesir adalah pengeluar filem Arab paling produktif.  Orang Mesir pula secara umum dipandang rendah oleh negara-negara Arab yang lain kerana sangat ramai yang bekerja sebagai buruh-buruh di negara-negara Arab dengan gaji yang rendah kerana Mesir Sosialis tak mampu memberi peluang pekerjaan kepada rakyatnya yang ramai. Biasa anjang berjumpa orang mesir yang mempunyai 2 malah 3 pekerjaan untuk menampung makan minum keluarga. Walau berkelulusan, kerja tak ada. Tapi senario berubah, sekarang rakyat Mesir dibanggakan kerana berjaya menjatuhkan Husni Mubarak, malah menjadi contoh rakyat negara Arab yang lain menirunya.

Cuma, malangnya Mesir memilih demokrasi menggantikan negara Republik Sosialis yang ternyata gagal. Sedangkan semua negara demokrasi dan berekonomikan kapitalis, yang juga sistem ciptaan manusia, sedang menuju kejatuhan. Menuju kehancuran. Kita yakin yang sebenarnya berlaku, semua negara ini sedang diproses oleh RSA untuk benar-benar diserahkan kepada Islam. Bukan Islam radikal, bukan Islam demokrasi berparti, bukan Islam jumud, bukan ulama yang berfatwa sahaja tanpa membangunkan sistem, tapi Islam hakiki, kemuncak tamaddun rohani dan material yang dibawa oleh Imam Al Mahdi insyaAllah. Mzb. Atk

Ikhwan Homestay, Damascus

7.59pm, Nov 30, 2011

anjangmuor.wordpress.com

Mesir ‘lulus’ ujian demokrasi

KAHERAH 29 Nov. – Mesir hari ini menyifatkan pilihan raya pasca revolusi sebagai kejayaan untuk demokrasi ketika lebih ramai pengundi turun membuang undi, mengatasi jangkaan awal mengatakan ia akan diboikot.

“Kelahiran Mesir yang baru,” isytihar akhbar Al-Akhbar hari ini iaitu pada hari kedua mengundi selepas ramai dilihat hadir membuang undi dalam keadaan aman, semalam.

“Rakyat telah melepasi ujian demokrasi,” tulis akhbar bebas harian, al-Shorouk pada berita utamanya.

Pemimpin kerajaan tentera turut melahirkan kegembiraan mereka melihat kepada sambutan rakyat.

Rakyat Mesir di Kaherah dan bandar pelabuhan, Iskandariah beratur panjang semalam bagi membuang undi untuk Parlimen baru, permulaan kepada pelbagai peringkat pilihan raya yang juga merupakan yang pertama sejak kejatuhan rejim Hosni Mubarak Februari lalu.

Ketibaan pengundi hari ini di pusat-pusat pengundian dilihat agak ramai tetapi tidak seramai semalam.

Menurut Rafik, 30, yang ditemui di pusat mengundi yang terletak di Heliopolis, Kaherah, dia membuat keputusan untuk datang mengundi hari ini bagi mengelakkan kesesakan.

“Ia amat penting bagi saya untuk mengundi kerana saya merasakan pertama kali pendapat saya diterima,” katanya.

Kumpulan Ikhwan Muslimin dijangka akan muncul sebagai kumpulan yang paling berkuasa tetapi tidak mendapat majoriti tertinggi apabila keputusan Dewan Rakyat yang baru diumumkan 13 Januari tahun depan.

Pilihan raya Parlimen itu dicemari dengan huru-hara minggu lalu apabila rakyat mengadakan protes meminta kerajaan tentera berundur di mana lebih 24 orang terbunuh di Dataran Tahrir. – AFP

Kongsikan kepada yang lain
Share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *