***Betul-betul sesat ke Tuan Syeikh?!***

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria, Apa khabar semua? Moga sehat sentiasa. Tak tau khabar hangpa, sebab tak ramai yang respon tulisan anjang ni. Yang baca pun anjang tak pasti, ramai ke tak, yang klik ramai gak, baru ni adala 600 lebih.Klik jengah je atau baca, wallahu a’lam. Kadang-kadang malas nak salin ke note fb, hantar link je.

Semalam baca Kosmo, ada berita Syeikh Husin desak JAIS amik tindakan terhadap BUJ. Kesian juga kat Tuan Syeikh ni, sibuk mendesak-desak JAIS. Bukan dia tak tau, JAIS dah ramai musuh…Bermusuh dengan Dr Asri, bekas Mufti Perlis sebab buat kuliah tanpa tauliah. Pastu baru ni dengan Bob Lokman pula, isu tauliah juga. Kira macam bermusuh jugala dengan PAS. Ni Tuan Syiekh arah-arah JAIS, macam JAIS tu sebuah jabatan di bawah Tuan Syeikh pulak. Biarla depa amik tindakan. Depa lebih tau. Tapi setakat ni tindakan mereka terhadap orang-orang Abuya belum sabit lagi…Kes video Pak Mejar, kes tangkapan beramai-ramai di Shah Alam, serbuan di BCH. Serbuan di BCH tu, semua yang ada loga Rufaqa ketika itu dirampas termasuklah bahulu-bahulu cup kita. Yang anehnya, bila kita ajak makan, hidang bahulu dari air tangan ‘orang sesat’, semua makan. Berselera je. Time solat, tolak orang kita juga jadi imam. Rasanya, mereka pun tak yakin, yang orang Abuya ni sesat.

Hari ni, En Rizal pegawai di Kedutaan Malaysia Damascus, pekena nasi lemak dan nescaffe di Kafe Abuya di Syria ni. Begitu juga Dr Zaidi, anak angkat Sultan Mizan, pekena mee goreng dengan berchop stick. pemintaan dia dan kawannya warga Syria, Ghaist. ‘Malaysia Thruly Asia’ kata Dr Zaidi, tu yang nak guna chopstick. Begitu juga ratusan pelajar Malaysia, Indonesia, Singapore…kalau nak makan masakan Malaysia, selain masak sendiri di rumah, ke mana lagi kalau bukan ke kafe Abuya. Di Mekah, Madinah, Cairo, Mansurah, London, France, Australia, Thailand, merata tempat di Indonesia… Lebih-lebih lagi di Malaysia tercinta. Setiap hari beribu-ribu orang mendapat khidmat makanan yang di masak dan dihidang oleh orang-orang yang Syeikh Husian kata sesat. Kalau mereka benar-benar yakin yang kami sesat, tak kan le sanggup makan di kafe Abuya.

Pastu Yang Mulia Tuan Syeikh, jangan bimbang pertambahan ahli dalam jemaah Abuya. Makin ramai yang di sesatkan bla…bla… bla…Kata Abuya, jemaah kebenaran tu, sebelum kemenangan, bilangannya semakin berkurang. Tuan Syeikh tak tau ke, ada ramai yang dah tak ikut. Surf la internet. Buka you tube. Boleh ikuti siri ceramah ‘membangun jiwa’, membangun peribadi ‘agung’ hasil mengata-ngata keluarga mursyid. Jadi, ahli bukan bertambah, berkurang ada la. Anjang pun takut, nasib ni macam mana, adakah kekal sampai ke hujung bersama jemaah? Sedangkan ada riwayat hadis mengatakan, berjemaah itu wajib. Tuan Syeikh ikut jemaah mana sekarang? Boleh ke Tuan Syeikh ikut orang lain? Abuya yang begitu baik pun Tuan Syeikh tinggalkan, tak mungkin boleh taat dengan orang lain.

Tapi biasalah, Tuan Syeikh Husin bukan nak kaji. Cakap main sedap mulut je. Tengok dulu, perhati, kaji, analisa…tanya hati sendiri, baru keluar kenyataan. Main tibai je, memang ada golongan yang suka, tapi orang-orang yang cerdik akan menilai diri kita. Apa yang kita dah buat untuk Islam, jangan-jangan isteri dan anak-anak kita pun islamnya entah ke mana…Anak Tuan Syeikh, Saufi ke namanya, ana lupa. Di mana dia sekarang? Sempat la menjaganya ketika di Pakistan. Ok, kalau keluar negeri, singgahlah kafe Abuya di Syria, boleh sembang-sembang. Kami akan beli makanan dari kedai lain, almaklumlah nak rai orang, tak boleh dari air tangan orang yang Tuan Syeikh yakin sesat, tapi tak tau la, selepas tinggalkan Abuya, berapa kali Tuan Syeikh keluar negeri….

Ni sajak Abuya sebagai ucapan selamat tinggal pada Tuan Syeikh Husin

 Selamat Tinggal

Syeikh Husin kenalan lamaku

Mari aku ceritakan perangaimu dahulu

Ia adalah nostalgia di zaman jemaah dahulu

Dahulu engkau buat-buat taat denganku

Tapi dengan kawan-kawan engkau bermusuh selalu

Engkau pura-pura taat senang keluar negeri bersamaku

Pergi merata-merata dunia hingga ke Turki

Apabila keluar negeri beli barang-barang, jual alatkan jemaah

Bila berniaga sering saja bergaduh dengan kawan dalam jemaah Engkau ingatkah lagi Abang Ibrahim pernah tumbuk engkau kerana celupar mulut engkau

Engkau jaga sangat aku Tapi sama-sama kawan tidak ada ukhwah

Di dalam jemaah terlalu mementingkan diri

Setelah jemaah diharamkan aku di ISAkan

Engkau lari dariku Bukan apa, kerana kepentingan sudah tidak ada lagi Engkau ikut pula Abd. Halim kerana janjikan projek dari kerajaan

Hingga sekarang tidak ada pun projek-projek itu

Sekarang kalau aku pelawa ikutku tentu engkau mahu

Tapi cukuplah setakat ini dahulu

Aku sudah tahu siapa kamu

Berkawan tidak setia kerana kepentingan diri

Selamat tinggal Syeikh!

14.01.05

Selepas Zuhur

Rasanya itulah yang ingin anjang sampaikan pada Tuan Syeikh Husin kalau dia sanggup dengar. Kali terakhir jumpa di Melaka 2002, buat laporan polis tentang isterinya. Ya Allah, datangkanlah pemimpin-pemimpin penyelamat, manusia dikelirukan lagi. Yang benar dikata salah, yang salah dikata benar…Atk.

Ikhwan Homestay, Damascus

6.48pm, Dis 15, 2011

anjangmuor.wordpress.com

JAIS didesak bertindak segera

Oleh MOHD. ZAINI SAMSU HADI

 zaini.hadi@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) digesa mengambil tindakan segera terhadap dakwaan berlaku penyelewengan akidah yang dipimpin oleh Hatijah Aam, isteri kedua Asaari Muhammad yang merupakan pengasas pergerakan al-Arqam.

Bekas orang kanan pergerakan itu, Sheikh Hussien Sheikh Omar berkata, tindakan segera perlu diambil bagi mengelak lebih ramai lagi orang Islam diselewengkan akidahnya oleh kumpulan yang dipimpin oleh Hatijah atau lebih dikenali sebagai Ummu Jah.

Beliau mendakwa, JAIS mengambil masa terlalu lama untuk menyiasat aduan yang dibuat dan perkara itu dibimbangi akan menyebabkan kumpulan terbabit berjaya menambah lagi ahlinya hingga boleh mewujudkan semula ajaran yang pernah diharamkan sebelum ini.

Kongsikan kepada yang lain
Share

0 thoughts on “***Betul-betul sesat ke Tuan Syeikh?!***

  • December 20, 2011 at 10:52 am
    Permalink

    Ana rasa Pak Syeikh tu sebenarnya nakkan jawatan Ketua Pengarah Jais tu.Sebab tu dia beriya-iya sangat nak suruh mereka ambil tindakan ke atas orang2 Abuya.bila tengok Jais tak buat apa2 atau lambat buat tindakan di katanya KP Jais tak buat atau/lambat buat kerja.Kalau lantik dia agaknya semua orang di tangkapnya.Pulak tak de kerja lain Jais ni asyik nangkap orang je bila nak buat kerja dakwah.Kita doakan dia sedarkan diri dia tu siapa.Kita ni hamba je.Kita buat macam Nabi buat.Orang buat jahat dengan kita ..kita buat baik sama depa.Wallahu A’alam

    Reply
  • December 22, 2011 at 5:40 am
    Permalink

    kalau kita dalam kebenaran kenapa suka hujat menghujat, cerca dan menghina, sampai kedunia maya. baiklah kemaskan hati dan baiki aklak. pribadi yg suka menghujat adalah nafsu buruk. orang yg belum paham jadi bingung,……….. mana yg pantas dicontoh!!!!!!?

    Reply
  • December 28, 2011 at 8:47 pm
    Permalink

    salam….
    ana belaja di shoubra kaherah…
    cafe abuya di cairo dimane?
    minta ustz anjang bgtahu,ade rezki ana nk p…
    pastu ana dgr rumah anak yatim hasanah kt sabi’ kaherah tu ade kaitan dgn abuya,betul ke?

    Reply
  • December 31, 2011 at 3:26 am
    Permalink

    T.ksh anjang muor..^^,

    Reply
  • April 10, 2013 at 12:10 pm
    Permalink

    takat yg sy dgr d lihat sy belum jumpa jemaah abuya ni yg jahat, melainkn baik belaka yg sy jumpa. sikit terkilan tak dpt jumpa abuya masa dia hidup. mak mentua selalu sebut dia rakan se mengaji d surau lebai brahim kg pilin. sy rasa semangat abuya mengalir juga dalam badan saya. takdirnya sy be semenda pulak dgn org kg abuya. jumpa abuya hnya ketika menyembahyangkn jenazahnya d masjid lama kg pilin. semoga hasrat d cita2nya terus bersemarak. ikhlas dan benar membawa kpd perjalanan yg telah dibuat oleh Nabi.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *