***Fakta tentang Jabal Arbaien***

Kongsikan kepada yang lain
Share
Mendaki Jabal arbai'en... Ummu Ali dah naik 11 kali...

Salam ceria. Hari semalam Syh Daud dan rombongan dah balik Jordan. Tak ada apa yang boleh dikirim selain tuna 1 kotak. Baru-baru ni, Ummu Hamdi dari Persatuan Bulan Sabit Merah Syria sumbang barang-barang makanan asas seperti beras, tepung, minyak dan ikan tuna dalam nilaian RM2K pada anak-anak Abuya di sini. Alhamdulilah, berkat RSA. Di ketika pelanggan mat’am berkurangan, ada pula Allah datangkan bantuan begini. Dalam ujian ada nikmat. Ujian untuk sabar, kalau mampu redha. Nikmat untuk disyukuri, kalau mampu sampai rasa malu… Memang teruji, nak layan tetamu pun agak susah dengan bekalan letrik di catu begini. Siang 2 jam tiada letrik, malam 2 jam juga, kadang-kadang 3 jam bergelap. Guna lilin je la atau lampu bateri yang dicas. Cuma dapat selesaikan masalah gelap, tapi kesejukan hingga ke tulang sum-sum di musim sejuk ni, tak boleh guna bateri cas. kena ada heater. Heater letrik tak boleh. Heater gas pun tak ada. Atk. Kesian Syh Daud dan kawan-kawan… 

Ok, nak ringkas-ringkas post kali ni, nak kongsi dengan korang fakta tentang Jabal Arbaien di Damsyik Syria ni.

Antara fakta menarik tentangnya:

                          جبل الأربعون @ جبل القاسيون

  • Gua tempat pembunuhan  Saidina Habil b. Adam oleh Adiknya Qabil

 ( غار الدام )

Gua Berdarah (Ghar Dam) lihat bentuknya seperti lidah manusia yang terjelir kerana terperanjat dengan pembunuhan manusia pertama di dunia
  • Tempat bersuluk 40 Wali Abdal ( Wali Abdal 40 lelaki, 40 Perempuan, apabila seorang mati akan diganti yang lain oleh Allah )
  • Bukit yang Allah bercakap dengannya
  • Tempat Nabi Yahya menyorok daripada kaum Aad
  • Nabi Ilyas lari menyelamatkan diri daripada Raja kaumnya
  • Nabi Isa bersama ibunya berlindung dari Yahudi
  • Nabi Lut, Nabi Musa, Nabi Isa, Nabi Ayub, Nabi Ibrahim pernah bersolat disitu

 Ibn Kathir : Aku bermimpi berada di jabal 40, disitu ada Rasulullah SAW, Sy. Abu Bakar, Sy.Umar, Sy. Habil, Aku bertanya kepada Sy.Habil: “Dengan nama Allah, Dengan kemuliaan dan kebenaran Rasulullah SAW, Dengan nama ayahmu Adam alaihissalam, benarkah ini darahmu?”.

Sy. Habil : ” Benar! Ini darahku… Aku bersumpah dengan nama Allah, aku berdoa dengan bapaku Nabi Adam dan ibuku Hawa , dan Nabi Muhammad Rasulullah, Allah jadikannya sebagai bukti kepada manusia. aku berdoa kepada Allah: Jadikanlah tempat darahku ini tempat meminta doa, seluruh para Nabi, orang beriman, dan Para Sodoqin, makbulkanlah doa mereka, jadikanlah bukit ini selamat, tempat berlindung, dan tempat minta pertolongan. maka Allah perkenankannya, dan menjadikan Malaikat  sebanyak bintang-bintang dilangit menjaganya, Sesiapa yang mendatanginya,bersolatlah padanya…”

Ibn Kathir : Bermimpi bertemu Rasulullah, Rasulullah bersabda: “Allah jadikan Jabal ini tempat kemuliaan, Setiap hari khamis, Rasulullah, Sy. Abu Bakar, Sy.Umar, Sy. Habil akan bersolat di situ”

diambil dari Kitab Jabal Qasiyun wa Rijal Arba’un

ok, setakat ni saja post kali ni, bila korang nak mai sini ziarah jabal Arbaien?, ada 600 mata tangga je. Tak tinggi sangat, Ummu Ali dah banyak kali naik…Anjang dah 3 kali rasanya naik ke atas tu. Tadi ulangtahun ke 20 Mujahid. Dr Zaidi raikan dengan belikan kek berharga LS600, fuuh. Dah macam keluarga bila sama-sama nasyidkan ‘Selamat Hari Lahir’ di depan Mat’am dengan Dr Zaidi, Abu Khalid dan jiran-jiran peniaga di sini lalu sama-sama menjamu selera dengan kek harijadi yang ‘laziz jiddan’. Terima kasih Abuya kerana memberi kami peluang berjuang di Syria.

 Tepi hadiqah, depan Mat’am Sehah, Damascus.

8.26pm, Dis 21, 2011

anjangmuor.wordpress.com

 

 

Kongsikan kepada yang lain
Share

3 thoughts on “***Fakta tentang Jabal Arbaien***

  • December 22, 2011 at 5:41 pm
    Permalink

    Terima kasih banyak2 dengan info yang diberi.

    Reply
  • December 29, 2011 at 10:25 am
    Permalink

    subhanallah …
    trime ksih sy harun sbab kongsi ilmu…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *