***Melayu Baru vs Melayu Layu***

Kongsikan kepada yang lain
Share

 Salam ceria. Antara modal perbualan yang biasa anjang gunakan ketika taaruf di negeri Arab khususnya dengan orang-orang yang agak berumur ialah:

i-Kaifal hal? (Apa khabar?) 

ii-Abu Min? (Bapa kepada siapa?) Orang sini biasa gunakan kuniyah. Abu Muhammad, Abu Hasan… Ayah kepada Muhammad, Hasan (selalunya anak lelaki yang tua. Di sini mereka panggil anjang, Abul Miqdam.

iii-Kef sehhah? Ma fi sukkari, dhrogth? Basar kef jaiyid? (Kesihatan macam mana? Tiada kencing manis, darah tinggi, mata/penglihatan ok?… Orang-orang yang dah berumur suka kalau kita amik berat kesihatan mereka.

iv-Min Aiyi ‘aailah? Bani Hani, Malkawi… (Dari Bani / keluarga apa? Kalau di Irbid ada Bani Hani, Malkawi dll di Karak ada Teraonah, Majali, Sorairah. Pastu Anjang akan beritauu mereka, Syeikh anjang dari Bani Tamim)

 

Begitulah seterusnya bunga kemesraan akan menguntum, berkembang, mengharum, berputik dan berbuah… Lalu ceritalah apa sahaja pada mereka, nescaya mereka akan mendengarnya. Menghebah-hebahkan pada keluarga dan kawan mereka. Pada mereka, kita adalah sebahagian dari anggota kaum mereka. Anak buah kabilah mereka. Perkataan yang biasa keluar ialah, ‘Kalau ada apa-apa masalah, beritau aku…’ (Walaupun setelah dicuba, ada juga yang tak dapat bantu sangat pun…”̮=D=))”̮ ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ “̮=D=))”̮, ) tapi kesungguhan mereka itu sangatlah mulia. 

 

Oleh kerana Abuya telah bekalkan jemaah dengan segala sistemnya di merata dunia, banyaklah modal yang boleh dibualkan. Lebih-lebih lagi ia bukan kosong bila diiringi dengan bukti-bukti projek GI di seluruh dunia. Bila cerita tentang nasyid, terus kita boleh persembahkan nasyid. Walau tak sesedap GH atau suara Sy Atho’, tapi bolehlah ‘layan’. Yang penting liriknya bahasa orang Tuhan. Suara hati Sultan Aulia’. Walaupun penasyidnya Mujahid atau Rifaah je. Нaнaɑº°˚=Dнaнaɑº°=D=D.

 

Kalau cerita tentang bisnes, kita boleh sebut senarai panjang rangkaian perniagaan GI seluruh dunia, khususnya mat’am. Di Eropah, Timur Tengah, Australia dan Asia Tenggara. Kalau cerita tentang ahli politik dan tokoh terkenal, kita boleh ceritakan kawan-kawan Abuya di merata negara. Di Jordan ni, A berkawan dengan Syh Nuh Qudho, Syh Ali Faqir, Syh Abu Khalid, Dr Abd Salam Ubbadi, anak Sy Nuh dah jadi wazir syabab… Dll.

 

Boleh juga dibualkan tentang masalah sosial, perkahwinan yang disusah-susahkan di timur tengah ini sedangkan dalam GI dipermudahkan samada maharnya mahupun perbelanjaan perkahwinan malah ‘at ta’addud zawjat’/poligami. Semua itu menarik perhatian mereka yang dah sedia kagum dengan Malaysia, bertambah lagi teruja mendengar cerita-cerita GI.

 

Apa lagi bila diceritakan tentang perkembangan di Haramain. Chaletnya, kuda-kudanya, unta-untanya, kambing dan lain-lain ternakan, ladang kurmanya, kompleks perniagaan di Madinah. Semuanya itu merupakan ramuan rempah ratus perbualan yang sangat memberi kenikmatan kepada semua yang mendengar. Betapalah kalau ditunjukkan foto, lebih-lebih lagi videonya. Ia sangat bertepatan dengan hadis: ‘La tazalu thoifatun min ummati zohirina ‘alal haq…’ Ya, ia bukan sebarang jemaah.

 

Ia punya pemimpin yang bertakwa, ia ada pengikut yang taat, ia ada aktiviti ke dalam dan ke luar. Ada projek-projek. Bukan seminar dan kertas kerja tetapi projek berkhidmat kepada manusia. Bukan qaailina ‘alal haq- memperkatakan kebenaran, tetapi menzahirkan kebenaran hasil didikan pemimpin dari Tuhan.

 

Melahirkan Melayu-Melayu baru yang bertebaran di seluruh dunia. Melayu yang pandai menjadikan Allah tuhannya yang sebenar-benar. Pandai nak takut dan gentar depan Tuhan dalam solatnya dan diluar solat. Menabalkan Nabi Muhammad pemimpinnya, tempat rujuknya, idolanya, qudwahnya, tempat dia mengadu dan berindu-rindu. Melayu baru yang menjadikan Al Quran ikutannya, perundangannya. Berjuang menyatukan orang-orang mukmin dijadikan tugasnya. Melayu biasa memecah belahkan masyarakatnya hatta keluarga sendiri.

 

Melayu didikan Abuya ini, menjadikan negeri Akhirat matlamatnya. Dari kecil lagi, itulah yang dilagu-lagukan. Cita-cita mati di jalan Allah. Sedangkan Melayu tanpa mursyid, cuma nak jadi guru, polis, doktor. Semua jenis kerja nak makan gaji. Majikan mereka manusia. Nak mati di kampung sendiri, senang kaum keluarga ziarah.

 

Terima kasih pada Abuya yang berjaya menukarkan kami dari Melayu totok yang layu kepada pejuang agama yang sanggup menjadikan hidup mati untuk Tuhan seperti yang diikrarkan dalam sembahyang setiap hari. InsyaAllah. Menukarkan fikiran dan hati manusia seterusnya sikap, perangai, tabiat, adat resam, budaya, cara hidup hanya Tuhan sahaja yang boleh lakukan. Tuhan anugerahkan kebolehan ini kepada pemimpin pilihanNya. Dengan izinNya. 

 

Ya Allah yang memegang hati-hati manusia, jadikan hati kami sehebat hati sahabat Rasulullah saw. Seperti hati Sy Nasir yang Mursyid marah, dia takut. Mursyid senyum pun dia takut. Kekal hatinya dalam keadaan takut. Kekal rasa kehambaan. Amin.

 

Bilik hujung, Villa GISB Irbid,

6.18pm, April 20, 2012

Anjangmuor.wordpress.com

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

2 thoughts on “***Melayu Baru vs Melayu Layu***

  • April 21, 2012 at 9:53 am
    Permalink

    Assalmmualaikum&Selawat dari ana.Syukran kepada usaha Ustadz kerana membekalkan rangkap2 ayat sedikit demi sedikit untuk ana mengambil nota.Alhamdulillah.Komunikasi ada lah aspek yang paling penting bila ada di negeri asing.Ada Ustadz diseberang tambak beritahu kita,untuk mengeluarkan fatwa.mesti tahu Alquran & Hadis.Selain 2 nas ini,mesti lengkap dengan Sastera Arab,Sejarah,Puisi,Kata Pepatah & Adab Resam.Masha’Allah.Pening.
    Mungkin ABUYA tak pernah cakap/tulis disebabkan sensitifnya issue MELAYU.Kalau tak silap,Ustadz Kamus pernah di GAM di S’pura kerana mengeluarkan kata2 yang kurang baik tentang bangsa Melayu.Ini taqdir & diaturkan oleh Allah Azza Wajallah.Bila ahlul bait dikejar oleh musuh2 Islam {Wahabi yang dihasut oleh Yahudi},mereka menyelamatkan diri dengan berhijrah,khususnya di Timur berdasarkan hadis Nabi,”Islam will rise in the East”.
    Kita pun tak boleh lupa yang bangsa Yahudi,sejak Nabi Musa {AS} lagi,selepas menyeberangi Lautan Merah,dah bertebar kepelusok dunia,anggaran seramai 1/2 juta!!!.Dengan khabarnya berita tentang hadis tersebut,mereka yang masih ungkal dengan ajaran yang dibawa oleh Nabi Musa {AS} turned to become “SLEEPERS” hinggalah sekarang.Duduk negeri orang tanpa sempadan,kahwin orang tempatan,beranak penak & “the seeds of evil” di tanam,dimuai & disemai.Kerana dah di RACUN oleh Yahudi,keislaman dorang tipis.Bukan senang nak RAWAT,kechuali Allah hantar orang2 DIA & diikuti oleh jemaah yang mengikuti misi mereka.Keislaman yang tipis tadi boleh dicorakkan bukan sahaja kepada yang TEBAL,tapi bersama KETULENAN sekali.Itu sebab ana ada post di NUR MUHAMMAD BULETIN,kalau boleh mana2 negara yang GI “jajah”,jadikan daerah itu seperti KAMPUNG SUNGAI PENCHALA untuk MENGINGATKAN pengunjong/pelawat/pelanggan GAMBARAN KEGEMILANGAN ISLAM yang dicapai oleh MANUSIA SEJAGAT,Nabi Muhammad {SAW} di Madinah/Mecca 1438 tahun hijrah yang lalu.1/2,Bersambung.Syukran,Selawat & Salam dari ana.

    Reply
  • April 21, 2012 at 10:56 am
    Permalink

    Assalammualaikum&Selawat dari ana.2/2.Sambungan.
    Siap dengan surau dia,azan dia,kelas2 bimbingan agama,instituisi keluarga {SSI,KTS,OWC},kedai runcit,restoran makan halal dll {mana yang mampu lah}.
    Sebenarnya,kalau kita berpandukan QADA’ & QADAR,bangsa Melayu adalah “THE JEWS OF THE EAST/ORIENT”.Yahudi TATANG bangsa ni kerana dorang percaya hadis tadi dengan Malaysia sebagai tapak {AKAR}.
    NYATA2 YAHUDI SUDAH GAGAL.”It is inevitable”.Ini adalah pengakuan mereka.Apa yang dorang mampu buat sekarang adalah MENUNDA.Ini berdasarkan Hadis Qudsi tentang kezahiran Imam Mahdi.
    NO CHOICE LAH.Bangsa Melayu jadi pertarungan dalam jihad ini.Bab musabbab aje.Kita semua datang dari yang SATU.Tapi kenapa Allah pilih bangsa Melayu???.Either kita serahkan aje kerana ini URUSAN DIA atau kita rujuk asal usul bangsa Melayu datang dari mana.Saudara Mustapha Mustakim,Looking For Truth ada menerangkan dengan terperinci di Heliconia’s Weblog@Malaysia.MUHAMMAD {SAW} ADALAH ANTARABANGSA.
    Kita WAJIB bersyukur kerana dianugerahkan dengan 2 pemberian yang TERUNGGUL,iaitu,1}kita dilahirkan dalam rahim Islam & 2}kita sekarang dipimpin oleh mujaddid2 akhir zaman untuk kembalikan umat Islam ke era kegemilangan yang kedua,SAYIDI & ABUYA {RKTA},insya’Allah.Syukran,Selawat & Salam dari ana.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *