***Apa kata Bonda Ummu Jah AR tentang DS Rosmah Mansor***

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria. Sementara tunggu Dodge merah bergerak ke Mekah Mall di Amman, baik aku coret-coret sikit post terkini. Malam ni GH buat show di Mekah Mall, tak jauh dari City Mall, Mekah Mall adalah antara kompleks membeli belah yang agak terkenal di Amman. 2 hari lepas, GH hiburkan lebih 300 orang di Irbid sempena perasmian Mat’am Nur Muhammad. Nampaknya ramai yang terhibur kerana student2 medik di JUST adalah generasi yang membesar dengan alunan nasyid Mawaddah. Malah ramai peminat Mawaddah di kalangan mereka.

Wakil GISB bersama DS Rosmah di London….

Anjang rasa ada kekurangan kalau tak hantar post temubual rasmi BUJ di Buletin Rakyat baru-baru. Bukan saja kerana ia disiarkan di bulan Mei, bulan yang kita sama-sama tunggu dan lihat apa yang Tuhan nak lakukan kepada dunia ini untuk dimenangkan Islam’ lebih-lebih lagi bila lihat foto Syh Azri Yunus bersalaman dengan DS Najib di London. Dan gambar Kak De dengan DS Rosmah Mansor, Kak De dengan ibu Zubai ke rasanya, nampak ceria, tapi ada kakak yang bertudung serius memandang. Ingatkan remaja Ikhwan, rupanya body guard DSRM. ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ

Ok, tak jadi naik dodge, naik pick up hitam dengan Sy Fateh, Abu Mubarak. Cemah drive. Sy Wahab dan Sy Muhasin tak pegi. Dalam 30minit dari mat’am Qasr Lubnan, Jerash, insyaAllah sampai Mekah Mall kalau tak jam. Nak taip pun dah tak selesa sebab gegarannya agak luar biasa kerana pick up ni pernah accident sampai terpaksa ‘tarik’ sebab bodynya ‘lari’. Jadi marilah kita hayati apakah jawapan-jawapan BUJ yang sangat berani dan berterus terang. Ya Allah, jadikan kami takut setakut-takutnya dengan Allah, berani seberani-beraninya dengan manusia….

Depan Muntada Baq’ah as Tsaqafi, Baq’ah, Jordan.
7.11pm, Mei 16, 2012
Anjangmuor.wordpress.com

Buletin Rakyat 1 Mei 2012

Teks NORZAH BTE KEPOL

Sememangnya beliau mempunyai waktu yang sibuk dalam menguruskan perniagaannya sehingga ke Timur Tengah. Bukan calang- calang wanita mampu memiliki kudrat seperti Hatijah Aam atau lebih mesra dengan panggilan Ummu Jah, yang diuji dengan pelbagai cabaran hidup termasuk dianggap ‘musuh’ oleh sesetengah pihak. Tak cukup itu pelbagai tohmahan buruk dilemparkan kepadanya antaranya mahu menghidupkan kembali bekas pertubuhan al-Arqam dan sebagainya. Namun bila diajukan cadangan mahu menemubual beliau hanya merangkumi persoalan berkaitan Datin Seri Rosmah Mansor (DSRM) ‘wanita cekal’ ini tidak mampu mengelak. Sememangnya itulah kelebihan Ummu Jah yang fikirannya tidak tertakluk kepada ilmu agama semata-mata juga mampu memberikan apa sahaja pandangan termasuk hal-hal berkaitan politik semasa. Apa yang nyata selepas menghabiskan temubual ini antara lain Ummu Jah berkata,

” Moga-moga jawapan ini akan menggembirakan Allah dan Rasul. Supaya kita semua dan DSRM diselamatkan dunia akhirat, oleh Allah dan Rasul.”

SOALAN (S) : Bagaimana masyarakat Timur Tengah melihat penglibatan isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor (DSRM) dalam usaha pendidikan awal kanak-kanak?

UMMU JAH: Pendidikan awal kanak-kanak Islam, ialah memperkenalkan mereka kepada Allah dan Rasul. Hal ini semua orang Islam tahu, dan semua orang suka dan setuju. Apa lagilah masyarakat Islam di Timur Tengah yang merasakan Islam itu mereka punya. Tapi usaha-usaha DSRM dilihat orang penuh tanda tanya. Sepertilah isteri-isteri Perdana Menteri lain di dunia Islam hari ini, apakah akan lahir anak-anak yang akan mengalami cinta dan takutkan Allah serta rindukan Nabi Muhammad SAW? Sebab Tuhan dan Nabi itu lebih penting bagi manusia daripada oksigen. Putus saja hati manusia daripada Allah dan Rasul nescaya manusia tidak akan mampu untuk mempertahankan kemanusiaan mereka lagi, jadi haiwanlah manusia.

S: Kalau masyarakat luar boleh menerima idea-idea bernas dalam menekankan usaha pendidikan awal kanak-kanak sehingga usaha itu diiktiraf olek universiti luar negara kenapa di Malaysia keadaan itu berlaku sebaliknya?

UMMU JAH: Malaysia sesungguhnya ialah tapak kebangkitan Islam kali ke 2. Maka rakyat Malaysia umumnya mempunyai cita-cita Islam yang lebih tinggi daripada rakyat negara lain. Sebab itu di Malaysia, kalau setakat idea bernas, tapi belum terbukti hasil yang bernas, masyarakat belum iktiraf. DSRM, kena buktikan perlaksanaan hukum Islam yang asas pada dirinya iaitu menutup aurat. Hal ini jugalah yang wajib diterapkan di dalam pendidikan awal kanak-kanak. Kita orang Islam, diajarkan Allah dan Rasul supaya selamat dunia akhirat kenalah ikut disiplin syariat. Umpamanya, penunggang motosikal didisiplinkan dengan pemakaian topi keledar demi keselamatan, itupun kita taat!

S :Apakah di Malaysia rakyatnya belum bersedia untuk menerima mana-mana wanita berfikiran inovatif, kreatif dan berfikiran jauh seperti DSRM sehingga dituduh cuba campur tangan dalam pentadbiran Perdana Menteri?

UMMU JAH: Malaysia mahu Islam. Islam sebagai cara hidup yang dilaksanakan untuk menggembirakan Allah dan Rasul yang dicintai dan dijunjung. Wanita berfikiran inovatif, kreatif dan berfikiran jauh seperti DSRM, itu sebenarnya bukanlah ciri utama untuk terjadinya hasil pendidikan awal kanak-kanak menurut Islam. Wanita yang benar-benar maju, yang benar-benar mempunyai cita-cita masa depan yang baik untuk anak bangsa mestilah cirinya ialah seorang yang sanggup korbankan perasaannya demi cinta dan takutnya kepada Allah serta rindukan Rasulullah SAW. Bukankah hidup ialah perjalanan kembali kepada Allah? Dari Dia kita datang, Dialah juga destinasi akhir kita. Kata orang Melayu bapa borek anak rintik, iaitu sesuatu hasil sangat bergantung kepada watak orang yang menghasilkannya. Bukan kepada idea atau ilmu semata-mata. Sedangkan watak ialah sifat hati. Kalau hati penuh dengan nafsu, idea secantik apapun akan tewas kepada keinginan nafsu yang tinggi. Nafsu boleh saja menjadikan idea pendidikan awal kanak-kanak itu, bertukar menjadikan usaha-usaha itu untuk membina imej diri. Dan bukan untuk imej Islam, imej Allah dan Rasul. Sebab itulah, hasilnya dengan kuasa Allah, telah tenjadi sesuatu yang pelik, idea bernas dianggap campur tangan ‘negatif’ di dalam pentadbiran Perdana Menteri. Rumah sudah cantik, tapi tiangnya pula tidak selamat. Namun DSRM mestilah optimis, bahawa selagi niatnya baik, nescaya Allah dan Rasul tidak akan sia-siakan usaha-usahanya itu.

S : Apakah wanita Malaysia boleh berjaya? Apa pandangan Ummu Jah?

UMMU JAH : Di Malaysia Perdana Menteri dan isterinya orang Melayu Islam. Sedangkan rakyat terdiri daripada berbagai bangsa dan agama. Sedangkan Islam ialah agama rasmi negara. Bukankah hanya Tuhan orang Islam saja yang mengisytiharkan kebesaran KuasaNya. Dan keluasan kasih sayangNya kepada dunia sebanyak 5 kali sehari sebelum setiap sembahyang. laitu Azan yang dilaungkan di seluruh masjid di dunia termasuk televisyen-televisyen orang Islam. Jadi sepatutnya, wanita-wanita yang mempunyai Allah dan Rasul ini, sangatlah berjaya. Bukti sejarahnya, wanita Islam tidak hanya berjaya di dalam sistem hidup lslam, mengalahkan sistem jahiliyah, bahkan mereka menang di dalam semua peperangan. Kekuatan inilah menyebabkan orang masuk Islam berbondong-bondong. Patutnya wanita Malaysia, tidak hanya boleh tarik orang mengundinya di dalam pilihan raya, malah mampu membuatkan rakyat yang bukan Islam itu pun jatuh cinta kepada Tuhan dan Nabi. Kenapa tidak, sedang Islam itu tinggi dan tiada yang lebth tinggi dariNya? Dan kita mesti mampu membuktikan ketinggian agama suci ini.

S : Kenapa hasrat wanita Malaysia mahu mendapatkan kuota 30 peratus sebagai pembuat dasar dan keputusan dalam kerajaan tidak mencapai matlamatnya?

UMMU JAH : Menyaksikan sejarah perjuangan Islam oleh Baginda Rasul SAW bersama para Sahabat ialah melihat lelaki sebagai sayap kanan, wanita sebagai sayap kiri perjuangan. Sama kuat, sama rata, berdiri sama tinggi, duduk sama rendah di sisi pemimpin utama. Sama-sama menyumbang untuk kebangkitan Islam yang besar bertaraf empayar. Allah dan Rasul, kuasa Maha Besar, Kerajaan Maha Ajaib itu, memuliakan mereka adalah kerana mereka sanggup untuk menjadikan Allah dan Rasul sebagai tujuan hidup mati mereka, Islam dijadikan sebagai cara hidup dan cara berjuang. Dan kita juga kalau wanita mahu mendapatkan segala-gala, umpama 30 peratus kuota sebagai pembuat dasar dan keputusan dalam kerajaan, ada caranya. Iaitu ambil Islam sebagai cita-cita, Allah dicintai dan ditakuti sepenuh hati, Rasul dirindui, InsyaAllah, nescaya wanita boleh dapat segala-galanya bahkan pasti selamat dunia akhirat. Menang dunia akhirat. Islam yang saya maksudkan ialah Islam yang mampu merealitikan Allah dan Rasul sebagai kuasa. Islam yang pejuang-pejuangnya ialah bagaikan abid di malam hari dan umpama singa di siangnya.

S : Apakah selayaknya DSRM terus ditohmah atau didakwa menjadi liabiliti dalam Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke 13 (PRU 13)?

UMMU JAH: DSRM jangan takut kepada tohmahan dan dakwaan menjadi liabiiti dalam BN, kerana kalau beliau benar-benar cinta Allah dan Rasul, fitnah boleh menjadi baja untuk menyuburkan pengaruh penjuangan BN. Sebab hanya dengan pembelaan dan Allah dan Rasul saja, fitnah sebesar mana pun dapat dilepasi.

S : Kenapa agaknya kebanyakan rakyat Malaysia sukar menerima DSRM kalau dibandingkan dengan isteri-isteri Perdana Menteri terdahulu?

UMMU JAH : Bila seseorang itu ialah pejuang maka tentulah ramai musuhnya, dibanding mereka yang tidak berjuang. DSRM kalau mahu memenangi semua musuh-musuhnya, pastikan sembahyang lima waktu. Sebab Allah jamin orang yang sembahyang itu dapat kemenangan daripada musuhnya. Orang Islam yang tidak sembahyang, tiada kemenangan sebab itu cara Allah. Orang bukan Islam boleh menang di dunia walaupun tidak sembahyang sebab di akhirat mereka tidak akan diberikan apa-apa lagi melainkan Neraka. Cintailah Allah dan Rasul, sembahyanglah, sebab hidup kita ini sebenarnya hadiah istimewa Pencipta kepada kita hamba-hambaNya dan umat-umat Baginda.

S: Sudah banyak kali juga DSRM memberikan penjelasan kepada orang awam bahawa penglibatannya dalam aktiviti kemasyarakatan bukan bertujuan untuk mencampuri urusan pentadbiran Perdana Menteri sebaliknya mahu membantu suami, rakyat dan negara. Tambahan pula BN menunjukkan prestasi buruk dalam pilihan raya umum lalu. Apa pendapat Ummu Jah boleh dikategorikan antara wanita mempunyai pandangan-pandangan berwawasan dan idea kreatif dalam membina empayar ekonomi Rufaqa sehingga mampu menembusi pasaran Timur Tengah?

UMMU JAH: Penentu kemenangan bukan sebab faktor dapat memberi penjelasan kepada masyarakat. Hati rakyat ada di dalam genggaman Allah. Kalau DSRM berjaya mendapatkan pertolongan Allah, di samping usaha-usaha lahir yang tepat, nescaya Allah dan RasulNya, akan serahkan hati-hati manusia kepada DSRM. Seberat mana ujian, mudah saja bagi Allah untuk dilepasi, yakni Allah akan bela. Prestasi buruk BN dalam Piihan Raya Umum Ke 12 (PRU 12) wajib dilihat sebagai amaran keras Tuhan bahawa Allah boleh naik jatuhkan kuasa-kuasa di dunia ini. Membaikinya ialah bertaqwa. Yakni jangan zalimi orang-orang yang memperjuangkan Allah.

S : Secara peribadi adakah Ummu Jah menerima pendekatan yang dilakukan DSRM dalam membantu suami dan rakyat khasnya? Atau Ummu Jah mempunyai pandangan khusus berkenaan hal ini?

UMMU JAH: Saya suka dengan wanita yang berjuang di samping suami untuk membela rakyat. Memang orang Malaysia tak ramai yang tahu perihal pentingnya perjuangan. Allah hidupkan kita ini, sebenarnya untuk berjuang. Sebab Allah ciptakan musuh yang sangat besar dan jahat dalam diri kita, dalam hidup kita iaitu nafsu dan syaitan, Yahudi dan Nasrani. Tanpa perjuangan kita akan menjadi mangsa mereka itu dan di akhirat Allah ‘hadiahkan’ Neraka. Jadilah pejuang, yakni bebaskan diri daripada nafsu dan syaitan, sentiasa bebaskan diri, keluarga dan masyarakat daripada cara hidup Yahudi dan Nasrani. Dengan kata yang lain, jadilah orang Allah dan Rasul, yakni hiduplah secara Islam, untuk itu bebaskan diri dari musuh-musuh Allah iaitu nafsu, syaitan dan Yahudi laknatullah. Cukuplah kita ditipu konon dengan meniru barat saja jalan selamat. Bukankah Allah sendiri yang memberitahu, bahawa sekali-kali tidak redha Yahudi dan Nasrani sehingga kamu mengikut jalan mereka.

S : Biarpun DSRM sudah melakukan banyak kebaikan di negara ini tetapi kenapa sesetengah pihak masih memberikan gambaran negatif terhadap isteri Perdana Menteri?

UMMU JAH: DSRM, kalau membuat kebaikanyang banyak itu, dengan niat untuk Allah dan betul caranya nescaya Allah akan terima. Namun demi kasih sayangNya Allah uji kejujuran DSRM. laitu manusia tidak boleh terima. Teruslah melakukannya, yang penting Allah terima. Manusia satu dunia pun kalau menentang, nescaya akan sia-sia bilamana Allah membelanya. Bukankah kita berjanji di dalam setiap kali sembahyang kita bahawa apa saja kebaikan yang kita buat ialah untuk Allah? Dan yakinlah bahawa Allah amat tahu bagaimana caranya kebaikan itu akan dibalasi jua sudahnya.

S : Dalam konteks Ummu Jah pula apa pengalaman dan pendekatan yang dilakukan sehingga masyarakat dan orang ramai boleh menerima Ummu Jah sebagal pendorong dan pencetus semangat allahyarham Ashaari Muhammad yang pernah mencetuskan isu dan kontroversi suatu ketika dahulu?

UMMU JAH: Allah, Rasul dan Abuya tahu saya betul-betul membantu mereka. Ummu Jah buat apa yang Abuya buat. Saya berbuat dengan cara mereka, sebab itu mereka membela saya. Tuhan dan Nabi tidak akan saya gadaikan dalam apa keadaan pun. Islam yang cantik tidak akan dilihat buruk, selagi pejuang sanggup mempertahankannya walaupun dalam apa hal dan bagaimana.

S : Kalaulah Ummu Jah diberikan ruang untuk bertemu secara empat mata dengan DSRM apakah perkara pertama akan dicadangkan pada waktu itu?

UMMU JAH : Saya akan katakan kepada DSRM, tiada jalan lain yang menjamin keselamatan dunia akhirat selain jalan Allah atau Siratul Mustaqim. Kita sepatutnya terlalu cintakan Allah, terlalu takutkan Allah, sebab kalau Allah berhentikan oksigen dan matahari, Raja pun tak boleh hidup. Rasul pula wajib dirindui. Janganlah dunia yang dirindui. Sebab tanpa pesuruh Allah (Nur Muhammad), Roh yang terus hidup itu siapa lagi yang boleh hubungkan kita dengan pembekal oksigen dunia akhirat itu. Allah SWT itu ghaib, Nabi pun ghaib tapi kita ada (roh) hati yang mampu berhubung dengan mereka di sana. Berhubung secara teknologi roh. Hati macam handphone. Orang Islam hari ini, mentang-metanglah hal-hal ghaib itu tidak logik, tapi tergamak mereka putus hubungan hati dengan Allah, Rasul dan akhirat. Adakah itu yang Allah dan Rasul maksudkan dalam firmanNya, bahawa Roh itu urusan Tuhan, kamu tidak diberi faham melainkan sedikit? Walhal maksud sebenar ialah mengenai roh itu, hendaklah diyakini dan ditaati saja.Walaupun kamu tak faham, sebab hal-hal ajaib itu, hanya Allah yang faham. Dengan itu, barulah umat Islam akan dapat dihubungkan semula dengan kerajaan Allah yang Maha Ajaib itu. Dan barulah umat Islam jadi kuat untuk melepasi segala tipu daya dan kekuatan Yahudi.

-Norzah Kepol-

Wakil GISB bertemu DS Rosmah Mansor di London
Wakil GISB bersama DS Rosmah di London….

  • Pandangan GISB kebangkitan islam di malaysia (3)
Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

3 thoughts on “***Apa kata Bonda Ummu Jah AR tentang DS Rosmah Mansor***

  • May 19, 2012 at 12:58 pm
    Permalink

    Assalammualaikum&Selawat dari ana.Kalau Ustadz Anjang tidak keberatan,ada kan PETA/RAJAH,mana letaknya Irbid,Jerash,Jordan,Mekkah Mall,Haramain dll.Mudah untuk ana “imagine” lah.HEHEHE.
    Sebenarnya,ana kurang faham bila Heliconia yang mula2 post tentang bab diatas pada bulan April 2012 di ikuti pulak seorang Muslimah di SiberMelayu {ana sarankan beliau ke HW@M}.
    Apa yang ana komen adalah semata mata “tambahan2 tentang wanita” yang tidak seberapa itu yang mungkin Bonda Ummu Jah boleh utarakan sebagai peringatan kepada DSRM jika diberi peluang/keizinan untuk bertemu bual dengan beliau.Tapi bila ana semak semula HW@M semalam,rata2 komen adalah mengenai BUJ.Bukan itu aje, komen2 ana pun “DAH GHAIB”???.HEHEHE.
    Kadang2,apa yang ana tulis dalam buku nota tidak di “thumb” semuanya.Tengok mood & rasa lah bila “thumbing”.Kadang2 ada yang tertinggal begitu aje.Kadang2 ditambah secara spontan & sebagainya,insya’Allah.Maafkan ana.Bahagian 1/2.Syukran,Selawat & Salam dari ana.

    Reply
  • May 19, 2012 at 2:21 pm
    Permalink

    Assalammualaikum&Selawat dari ana.Sambungan,bahagian 2/2.Sebenarnya,ana tak ambil pusing sangat tentang politik tau.HEHEHE.Kerana Islam tu SYUMUL & politik tu sendiri dalam Islam,tak bolehlah dipisah pisahkan {seperti DUNIA DALAM AKHIRAT,bukan DUNIA & AKHIRAT}.Kerana HATI tu SATU!!!.Mana boleh BERPISAH.Allah LEPAS TANGAN lah.KOCAR KACIR jadi.Kita sendiri jadi saksi kepada dunia dihadapan mata kita.Rata2 tonggang langgang,terbalik tonggang & langgang tonggang.
    Ana tak kenal sangat si DSRM ni secara “peribadi”.Maklumlah,orang seberang tembok,err tambak.Tapi penglibatan beliau dalam bab2 kesihatan & kesejahteraan rakyat,khususnya wanita & pelajaran & pengasuhan kanak2 di lihat sebagai MURNI & SUCI {RETRIBUTION}.Alhamdulillah.
    Kalaulah pentadbiran Manusia Sejagat iaitu Rasulullah {SAW} terlalu “jauh” & SAYIDI dah GHAIB,contohilah pentadbiran ABUYA {just behind our own backyard}.ABUYA,bukan sahaja “dekatkan”,malah “menzahirkan”.Masha’Allah.
    Yang penting sekali,diri sendiri nak ubah lah,ubah kepada AlQuran & Hadis.Tutup AURAT.Dorang ni termasuk kaum kerabat di Raja ikut/taklid kepada Mazhab Hanafi ke???.Jambul terdedah.Sanggul nampak.Baju ketat.Subhanallah.Ada pengechualian ke???.Ana tak tahu lah.Ilmu tak seberapa,belum agaknya.
    Ada 2 sifat Allah yang Allah TEGAH manusia untuk mendekatinya.KEBESARAN {pakaian NYA} & KESOMBONGAN {tudung NYA},dalam Hadis Qudsi.MUSNAH!!!.HANCUR!!!.Dengan pendekatan2 “asal bantai KEHARUSAN aje”,ini lama kelamaan boleh mendekatkan kita ke sifat2 K & K DIA {hukum hakam DIA diazali adalah HARUS}.
    Ada juga hadis yang mengatakan setiap wanita yang masuk NAR,dia akan bawa bersama 4 kategori lelaki yang DAYUS,iaitu,1}bapa dia,2}paman2 dia,3}suami dia & 4} anak2 lelaki dia.Nauzubillahi Minzalik Wal Iyu Zubillah.Syukran,Selawat & Salam dari ana.

    Reply
  • February 4, 2013 at 2:29 am
    Permalink

    Pala hotak ko ,anjang muor,kaki bodek,zah bt kepol,tu sepupu karim baba ,ahli gisb melaka.zah kepol cakap,semua yg ditulis dbuletin rakyat tu,semua uj yg karang,d fax ke pejabat buletin rakyat.uj dah bayar b rakyat ,utk menyiarkan artikel tersebut

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *